KITA YANG MEROSAKKAN ANAK-ANAK

KITA semua sedang mengikuti perkembangan kes pasangan Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Norshal yang didakwa memukul tangan salah seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.

Pihak kerajaan Malaysia sedang mengusahakan agar mereka segera dibicarakan dan anak-anak mereka dapat ditempatkan di bawah jagaan keluarga Muslim. Pihak NGO juga sudah mula membantu dari sudut perundangan dan kemanusiaan.

Betapa pun, pasangan tersebut sebenarnya melaksanakan saranan Rasulullah s.a.w mengenai cara menyuruh anak sembahyang.

Sabda baginda:  “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam pada kita mengikuti kes itu, apakah kita juga seperti mereka di Sweden itu? Apakah kita memukul anak kita yang tidak solat seperti saranan Rasulullah s.a.w? Atau apakah kita setakat berleter kepada anak yang leka bermain komputer hingga lewat untuk solat?

Atau lebih buruk pula, apakah kita ingat akan tanggungjawab ini? Jika kita sendiri sudah lupa, bolehkah kita mengandaikan diri kita sendiri sebagai ibubapa yang tidak bertanggungjawab?

Sebahagian besar daripada kita adalah generasi pasca merdeka. Kita adalah generasi dalam sebuah negara membangun dan yang ingin maju menjadi sebuah negara perindustrian enam tahun lagi di mana Wawasan 2020 menjadi realiti bila fajar pagi 1 Januari 2020 bersinar di ufuk timur.

Oleh kerana kita seronok menjadi anak-anak merdeka dengan segala pembangunan di sekeliling kita, maka kita sudah lupa pada susah payah, jerih perih, kehidupan merana dan melarat yang kita sendiri lalui.

Sebenarnya, sebahagian besar daripada kita ini adalah dari golongan miskin. Kita juga orang kampung. Tidak ramai ibubapa kita terdiri daripada mereka yang berpendidikan sekolah menengah, apatah lagi universiti.Tetapi mereka ada ilmu survival. Dengan ilmu itu, mereka membina kita.

Ramai di antara kita yang hanya ada sepasang sepatu untuk ke sekolah pagi.Sepatu yang sama digunakan untuk ke sekolah petang. Kita berjalan kaki atau berbasikal. Kita belajar di bawah sinar pelita minyak tanah yang sawangnya menghitamkan hidung.

Bagi yang bernasib baik sedikit, mereka akan gunakan lampu pam yang lebih terang. Ramai yang lelaki pula berseluar pendek ke sekolah meskipun sudah ke sekolah menengah.

Yang perempuan pun rata-ratanya tidak bertudung. Pada zaman selepas merdeka, hanya orang tua bertudung yang dinamakan selendang.Emak-emak kita yang memakainya masih menampakkan rambut dan sanggul. Ramai yang mandi perigi, mandi sungai atau mandi di pili air yang kerajaan pasang di tepi jalan. Ketika itu, ramai ibu yang mandi berkemban. Tidak ada orang kisah pun kerana itulah cara hidupnya.

Sudahlah kita rata-rata miskin, kita juga jahil. Jahil agama kerana tidak pernah dengar erti tutup aurat mengikut cara Islam. Di waktu itu, orang pandai agama yang paling hampir dengan kita hanyalah ustaz sekolah agama, pak imam, pak bilal atau yang dianggap lebih handal sedikit adalah tuan kadi. Tuan kadi pun kita hanya temui bila dia hendak menikahkan pasangan pengantin.

Walau apa pun kesusahan yang dilalui, orang-orang tua kita sentiasa mengingatkan… ‘Kita ini orang miskin, kita ini orang susah.’

Kata-kata yang diulang-ulang itulah yang menjadikan kita sentiasa sedar diri dan tahu dek untung bahawa kita orang miskin. Namun, kata-kata itu jugalah azimat buat kita untuk belajar kerana kata orang tua kita, ‘Kami tidak tinggalkan apa-apa harta. Hanya ilmu pengetahuan sahajalah harta buat bekalan kamu sekalian.

Belajarlah rajin-rajin sampai pandai.’ Dalam kesusahan lagi jahil itulah kita belajar hingga berjaya dan bekerjaya.Tetapi sesudah kita berjaya hingga berkeluarga, kita tidak perturunkan apa jua jerih perih yang orang tua kita alami. Kita juga tidak mahu berkongsi susah payah yang kita lalui. Ketiadaan kita dahulu sudah berganti dengan keberadaan. Susah dahulu tidak mahu diingat-ingat apatah lagi dikenang-kenang.

Kerana itu, anak-anak kita tidak diceritakan segala kesusahan datuk nenek mereka mahupun apa yang kita lalui sebagai ibubapa mereka. Biarlah mereka senang pula sementelah kita susah dahulu. Akibatnya anak-anak kita tidak mengerti apa itu kesusahan, apakah itu kemiskinan?

Mereka ingat, ‘yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek’ akan mengiringi mereka di sepanjang hayat. Siapakah yang melalaikan mereka, siapa pula yang merosakkan mereka hingga menjadi manja dan lembik jika tidak kita sendiri?

Bencana-bencana yang Akan Datang Jika Menjauhi Dari Al-Quran:

Pertama : Bencana Moral. 

Apabila seseorang tidak berpedoman kepada kitabullah Al-Quran, maka tentu dia akan mengikuti hawa nafsunya. Apabila banyak orang yang berlaku demikian, maka tentu akan berlaku bencana moral dalam masyarakat. Kerana moral seorang muslim tentu dibentuk atas dasar petunjuk dari Al-Quran.

Kedua : Bencana Fizikal. 

Hal ini diungkapkan Allah swt dalam surat Al-A'raaf ayat 96: "Akan tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami azab mereka akibat kedustaan mereka". 

Kepada kaum-kaum penentang sebelumnya, Allah swt telah menurunkan azab, gelombang seperti tsunami terhadap kaum nabi Nuh AS, hujan batu yang menimpa kaum Nabi Luth as kerana menganut homoseks, Firaun yang ditenggelamkan kerana menentang Musa AS, dan tentunya tengoklah apa yang menimpa para penentang Nabi Muhammad SAW, seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Umayyah bin Khalaf, Musailamah Al-Kazzab.

Ketiga : Bencana Ekonomi. 

Kata Ma'isyatan Dhonka dalam surat Thaaha: 124 bermakna mata pencarian yang sempit. Rezeki akan susah, tekanan ekonomi semakin berat, lantaran mereka jauh dari Al-Quran.

Keempat : Bencana Sosial. 

Manakala kaum muslimin jauh dari Al-Quran, tentu hubungan ukhuwwah sesama muslim tidak akan baik. Hubungan dengan jiran tetangga, hubungan-hubungan sosial akan rosak. Hal ini merupakan bibit-bibit perpecahan ummat bahkan perpecahan bangsa. Jika ini berlaku, tentu merupakan bencana sosial bagi kita semua.

Kelima : Bencana Keimanan; 

Kerosakan iman kaum muslimin akan menjadi sasaran akhir jauhnya mereka dari pedoman hidup Al-Quran. Tidak faham Al-Quran, sehingga mereka tidak faham kenapa perlu mengerjakan solat, mengapa diwajibkan berpuasa, mengapa perlu membayar zakat, haji dan seterusnya. Lama kelamaan mereka akan mula bertanya, mengapa kita harus beriman?

Merotan Anak

Memukul atau merotan merupakan hukuman fizikal. Ibubapa yang menggunakan hukuman fizikal bertujuan menghentikan kerenah anak yang tidak baik. Walaupun terdapat banyak kajian yang membuktikan bahawa hukuman fizikal ini kurang berkesan malah mendatangkan implikasi yang negatif, tapi bagi saya, masih ada situasi tertentu di mana ibubapa perlu jugak merotan anak sebagai hukuman, terutamanya dalam perkara yang membabitkan hukum syari’ah. 

Dalam solat misalnya, Nabi Muhamad (saw) pernah berpesan supaya mengajar anak bersolat ketika berusia 7 tahun dan merotan(memukul) anak yang tidak bersolat ketika mereka berusia 10 tahun. 3 tahun ialah jarak masa yang diambil untuk mendidik anak bersolat melalui tunjuk ajar dan nasihat yang baik. Dalam masa 3 tahun ini sepatutnya sikap anak boleh dibentuk secara positif. Sekiranya mereka masih berdegil, maka ibubapa boleh merotan sebagai usaha terakhir dalam mendidik mereka menunaikan kewajipan terhadap Allah. 

Ketika anak-anak berusia 10 tahun, mereka telah mencapai tahap mumayyiz yakni boleh membezakan di antara perkara yang baik dan tidak baik. Mereka boleh memahami bahawa hukuman rotan yang diterima adalah di atas sikap degil dan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun begitu, sekiranya ibubapa mempunyai cara yang lebih efektif, elakkan dari mengenakan hukuman fizikal terhadap anak-anak.

Adakah cara selamat untuk merotan atau memukul?

Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan yang buruk jika dilakukan oleh ibubapa yang “authoritative” dibandingkan dengan ibubapa yang “autoritarian”. Hukuman fizikal yang dilakukan sekali sekala oleh “authoritative parents” tidak menjejaskan hubungan rapat di antara ibubapa dan anak-anak. Sebaliknya, jika hukuman fizikal itu dilakukan oleh ibubapa yang autoritarian, ia boleh menjadi batu penghalang kepada hubungan rapat antara ibubapa dan anak-anak yang mengakibatkan semakin sukar bagi ibubapa untuk mengenali dan mendidik anak-anak mereka.

Sebelum mengenakan hukuman fizikal ini, ibubapa wajar memahami dan mengenali perwatakan dan sikap anak-anak. Ibubapa juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka dengan anak-anak.Sekiranya anak-anak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibubapa (closed bonding), maka hukuman fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak-anak.Sebaliknya jika ibubapa tidak begitu rapat dengan anak-anak, hukuman fizikal mungkin akan mengakibatkan emosi anak-anak terganggu seperti menyimpan dendam, marah dan sebagainya.

Ibubapa perlu meneliti, samada hukuman fizikal itu dilakukan secara reflex atau secara terancang. Hukuman fizikal yang terancang ialah ibubapa mempunyai peraturan yang tertentu misalnya anak-anak wajib menunaikan solat lima waktu, andainya anak-anak tidak mengikut peraturan tersebut maka mereka dikenakan hukuman fizikal. Pastikan anak-anak memahami peraturan dan tahu akibat dari kedegilan mereka, mereka akan menerima hukuman fizikal. Di sini, anak-anak diberi pilihan samada mengikut peraturan atau menerima hukuman. Manakala hukuman fizikal secara reflex pula ialah yang berlawanan dengan hukuman fizikal terancang, tidak ada peraturan yang dibuat, asal anak buat kerenah saja, ibubapa terus mengenakan hukuman fizikal. 

Istilah yang biasa kita gunakan ialah ringan tangan. Ringan tangan di sini bukan bermakna rajin tapi cepat sangat menampar anak. Pantang silap sikit, anak-anak mesti kena, mungkin kena penampar, mungkin kena cubit dan sebagainya. Inilah cara pendidikan yang kurang berkesan kerana anak-anak kerap akan mengulangi kerenah yang sama. Setiap kali ibubapa mengenakan hukuman fizikal, pastikan kita memberi penerangan kepada anak-anak kenapa mereka dipukul dan sebagainya. “Highlight” kan kelakuan anak-anak yang tidak dapat kita terima. Buat peraturan tentang perkara itu dan beritahu anak-anak, mereka akan menerima hukuman yang sama setiap kali mereka berkelakuan begitu.

Ibubapa juga harus memastikan bahawa mereka tidak dalam keadaan marah ketika hukuman fizikal dilakukan. Sekiranya kita merotan atau memukul dalam keadaan yang marah, mungkinterjadi kes penderaan. Orang yang dalam keadaan marah tidak dapat mengawal emosi dengan baik, dan melepaskan ledakan emosi kepada anak-anak melalui hukuman fizikal. Sekiranya disedari bahawa hati kita tengah panas, eloklah kita elakkan diri daripada anak-anak sehingga kemarahan kita reda.

Ibubapa seharusnya tahu bagaimana cara merotan yang selamat dan tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak. Merotan anak-anak di tempat yang kurang sensitive seperti tapak tangan. Jangan sesekali memukul dibahagian muka atau di tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya seperti di kepala atau perut. Pukulan yang diberikan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat memberi pengajaran kepada anak-anak agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Sama seperti kita menjaga anak-anak daripada kecederaan fizikal ketika merotan atau memukul, begitulah juga kita harus menjaga anak-anak daripada kecederaan emosi. Jangan merotan di khalayak ramai atau di depan kawan-kawan sehingga memalukan mereka terutama pada anak-anak remaja.

Sebagai kesimpulan, selain dari hukuman fizikal, masih terdapat banyak bentuk disiplin yang lebih positif dan efektif. Hukuman fizikal mungkin sebagai langkah terakhir apabila cara-cara disiplin yang lain tidak berkesan dan hendaklah dilakukan dengan cara yang paling selamatagar tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak baik dari segi fizikal atau pun emosi.

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga