BAGAIMANA MERAWAT PESAKIT GUNA AYAT AL-QURAN

Ramai pesakit yang datang berubat bertanya, mampukah al-Quran mengubati penyakit? Bagaimana hanya dengan membaca rangkaian ayat al-Quran, sakit dihidapi mampu sembuh?

Percayalah! Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Rasulullah SAW dan kepada kita sebagai umat baginda.Al-Quran merupakan kalam Allah dan sememangnya kuasa penyembuh itu adalah milik Allah.

Bukanlah sesuatu yang janggal apabila al-Quran dikatakan mampu menjadi ejen penyembuh penyakit. Firman Allah di dalam surah Al-Isra', ayat 82: Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.

Secara umum, rawatan bermula dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Kalimah mulia ini sebagai pembuka pintu kepada setiap sesi rawatan bagi pesakit. Kalimah ini membezakan muslim dan bukan muslim.

Kalimah inilah sebagai penyaksian sewaktu lahir dan sebelum kematian. Maka, memulakan rawatan dengan lafaz dua kalimah syahadah. Ini menunjukkan tawakal dan kebergantungan kita kepada zat yang Maha Penyembuh, iaitu Allah.

Seterusnya,membaca surah Al-Fatihah. Surah ini bukanlah hanya boleh digunakan semasa solat, sebaliknya surah Al-Fatihah turut terbukti sebagai ejen penyembuh penyakit yang luar biasa mujarabnya. Kerana itu surah ini digelar ibu segala surah dan dimuliakan menjadi surah pembukaan di dalam mushaf al-Quran.

Di dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a., ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat Rasulullah keluar bermusafir. Di tengah perjalanan mereka singgah di sebuah perkampungan Badwi.

Mereka meminta makanan, tetapi penduduk kampung enggan memberinya. Dengan takdir Allah, salah seorang penduduk kampung disengat binatang berbisa.

Salah seorang sahabat Rasulullah bersedia untuk mengubatinya. Lalu membaca sesuatu dan ditiupkan ke tempat luka lelaki tadi. Dengan kuasa Allah, lelaki itu sembuh.

Para sahabat lain hairan, apakah ayat yang dibacakan oleh sahabat tadi? Sedangkan sahabat mereka bukan seorang tabib atau pernah mengubati penyakit. Sahabat itu menyatakan, dia hanya membaca surah Al-Fatihah. Berita ini sampai kepada Nabi Muhammad dan baginda mengesahkan perbuatan lelaki tersebut.

Riwayat ini membawa pengajaran kepada kita mengenai betapa besar fadhilat surah Al-Fatihah.

Kalau difikirkan dari sudut logik akal, mustahil hanya dengan membaca ayat, bisa daripada binatang boleh sembuh.Ini yang dikatakan kuasa penyembuh milik mutlak Allah dan kita harus berikhtiar.

Apa yang pasti, kisah ini membawa pengajaran berguna, bahawa ayat suci al-Quran bukan sahaja bertindak sebagai panduan hidup, malah sebagai ejen penyembuh penyakit yang sangat mujarab.

Di kalangan masyarakat Melayu khususnya di Malaysia, ramai meyakini ayat suci al-Quran mampu menjadi penawar, namun hanya bagi penyakit bersifat spiritual atau penyakit kerohanian. Misalnya sihir, santau, saka, rasukan, jin dan lain-lain.

Masyarakat kita masih ramai yang kurang yakin bahawa ayat suci al-Quran mampu malah berkesan merawat penyakit bersifat fizikal seperti kencing manis, darah tinggi, tiroid, ketumbuhan dalam otak dan kanser. 

Contohnya surah Al-Isra' ayat 40 hingga 55 untuk menyembuhkan penyakit berkaitan jantung, surah Qaf ayat 16 hingga 45 untuk menyembuhkan penyakit berkaitan urat saraf dan tulang manakala surah Muhammad ayat 21 hingga 32 untuk menurunkan stress pesakit.

Rata-rata kita tidak melihat "proses” penyembuhan melalui ayat al-Quran. Sukar diterima akal, hanya dengan membaca ayat suci al-Quran, penyakit fizikal sembuh tanpa ubat atau pembedahan.

Ramai di antara kita lebih mempercayai perubatan moden, yang Kita tidak menolak rawatan moden, malah menggalakkan pesakit merujuk kepada doktor atau menjalani rawatan moden.

Namun, apa yang hendak ditekankan adalah, al-Quran juga mampu menjadi penawar penyakit fizikal.

Firman Allah; Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman…” (Surah Yunus, ayat 57)

Bagaimana al-Quran boleh bertindak sebagai ejen penyembuh? 

Persoalan ini tidak dapat dijelaskan oleh logik akal manusia, namun sebagai sedikit gambaran kepada pembaca, pertama sekali kita harus yakin bahawa al-Quran adalah mukjizat agung dan firman Allah sendiri menyatakan di dalamnya mempunyai syifa atau penyembuh. Ayat al-Quran mempunyai aura tersendiri yang sepadan dengan jenis penyakit.

Misalnya, sakit kanser, ayat al-Quran yang selari dengannya adalah surah Al-Mukminun ayat 91 hingga 100 dan surah Al-Hajj ayat 31 hingga 55. Ada lagi ayat lain yang berkaitan dengan penyakit kanser.

Begitu juga dengan sakit lain, terdapat ayat al-Quran, yang fungsinya sebagai penyembuh untuk sakit tersebut. Apabila ayat ini dibaca oleh pesakit, maka aura ayat suci ini akan bertindak terhadap penyakit yang dihidapi dengan izin Allah.Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat suci al-Quran ini bertindak umpama rawatan moden, namun prosesnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar dan dijelaskan dengan logik akal.

Selain amalan pembacaan al-Quran secara istiqamah dan konsisten, doa kepada Allah dan keyakinan tinggi terhadap mukjizat agung al-Quran sebagai ejen penyembuh hendaklah diamalkan oleh pesakit.

Kesimpulannya, al-Quran adalah mukjizat agung yang diturunkan Allah untuk umat Nabi Muhammad dan kalau bukan kita, siapa lagi yang patut mendaulatkan al-Quran?

Rugi besar jika orang Islam mensesiakan al-Quran dan tidak meyakininya. Yakinlah dengan al-Quran, bukan sahaja sebagai kitab yang dibaca sebagai pertunjuk, tetapi sebagai ubat yang diamal setiap hari sebagai penyembuh.

Akhir sekali, harapan agar suatu hari nanti, ramai doktor Muslim dapat menerima al-Quran sebagai medium penyembuh penyakit serta menggunakannya bersama rawatan perubatan moden mereka.

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah di bawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al A'raf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Tiada ulasan:

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga