ADAB DALAM MASJID



Masjid adalah satu tempat yang mulia oleh orang islam, haram bagi orang kafir memasuki masjid kerana mereka adalah najis maknawi pada sisi agama islam. Berikut diterangkan adab memasuki masjid, berada di dalam masjid, dan keluar dari masjid:-

a) Memakai pakaian yang suci dan bersih

b) Haram bagi perempuan yang haid memasuki masjid

c) Masuk dengan menggunakan kaki kanan

d) Mengerjakan solat sunat (تحية المسجد) paling kurang dua (2) rakaat sebelum duduk di dalam masjid

e) Elakkan bercakap tentang hal duniawi di dalam masjid

f) Niat I'tikaf semasa berada di dalam masjid

g) Jangan berzikir, membaca al-quran dengan suara yang nyaring sehingga menggangu jemaah yang lain dalam melakukan ibadah

h) Jangan melintas di hadapan orang yang sedang bersembahyang

i) Jangan masuk dengan berebut-rebut ke dalam masjid

j) Jangan keluar dengan gopoh-gapah

k) Masuk dan keluar masjid dengan berdoa


Doa masuk masjid

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ


Doa keluar masjid

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْئَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

Niat I'tiakaf

نَوَيْتُ الإِعْتِكَافَ فِيْ هَذَا الْمَسْجِدِ لِلّهِ تَعَالَى

Maksudnya : sahaja aku beri'tikaf di dalam masjid ini kerana Allah taala

Tiada ulasan:

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga