ADAB HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari yang berada dalam seminggu, oleh itu setiap orang Islam harus menghormati hari tersebut dengan banyak melakukan amal ibadah yang dapat mendekatkan lagi diri dengan Allah SWT. Kehadiran hari jumaat bukan istirehat dalam Islam tetapi hari untuk melilpatgandakan amal ibadah dalam seminggu. Berikut diterangkan adab hari Jumaat:-

a) Sunat memotong kuku, rambut, janggut, misai, bulu ari-ari dan bulu ketiak.

b) Sunat memakai bau-bauan sebelum pergi ke masjid

c) Jangan makan bawang putih atau merah sebelum ke masjid.

d) Sunat mandi dan menyucikan diri sebelum pergi sembahyang Jumaat dan bersugi

e) Memakai pakaian yang suci dan bersih

f) Sunat membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

g) Sunat berwudhuk sebelum pergi ke masjid

h) Sunat pergi lebih awal ke masjid

i) Sunat beri'tikaf di dalam masjid, membaca al-quran dan berzikir semasa menunggu khatib membaca khutbah dan solat jumaat

j) Elakkan bercakap dengan orang lain, banyakkan berzikir

k) Jangan bercakap ketika khatib membaca khutbah

l) Banyakkan berdoa di antara dua khutbah

m) Jangan meninggalkan masjid dengan tergesa-gesa setelah selesai solat

n) Banyakkan berdoa sepanjang hari Jumaat.

Tiada ulasan:

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga