Pengklonan ialah istilah yang digunapakai untuk menyatakan kaedah apabila lahirnya seekor biri-biri yang diberi nama Dolly. Dolly ialah haiwan pertama dari kumpulan mamalia yang lahir melalui proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Individu pertama yang menemui dan menghebahkan kaedah ini ialah kumpulan saintis genetik di bawah kelolaan Dr Ian Wilmut yang berpusat di Edinburgh, Britain pada bulan Februari 1997. Jadi amatlah penting bagi kita untuk mengambil istilah yang dimaksudkan dari penemuan ini sebagai “KLON” yang dipetik dari istilah Inggeris “cloning” seperti istilah biologi yang digunapakai pada masa kini. Di dalam bahasa arab pula kaedah ini dikenali sebagai “at-tansil” oleh sebahagiannya atau “al-istinsaq” oleh sebahagian yang lain.
Isu berkaitan pengklonan ini telah memberi kesan yang mendalam dan menggegarkan aspek akhlak dan agama yang mempunyai per perbezaan dari segi akidah dan ajarannya. Sekalipun mereka bersepakat mereka tidak menentang ilmu atau kemajuan dari segi sains, tetapi mereka memberi amaran bahawasanya penyalahgunaan ilmu akan mendatangkan kesan yang buruk kepada institusi kekeluargaan manusia.
Fiqh Islam berusaha untuk menyelesaikan isu pengklonan ini bersandarkan kepada kaedah-kaedah umum dan juga maksud syarak agar ianya bertepatan dengan nas-nas syarak bahkan juga dengan hukum Fiqh warisan dan membezakan di antara pengklonan manusia dengan pengklonan haiwan yang mana pengklonan manusia itu masih dianggap sebagai satu khayalan sains kerana tiadanya maklumat rasmi mengenai kejayaan eksperimennya mereka.
Adapun pengklonan manusia kebanyakan para penyelidik dan golongan Fuqaha’ kontemporari berpendapat ianya haram dan menuntut agar dihentikan segala jenis percubaan penyelidikannya. Ini kerana ianya menjadi penghalang kepada keharmonian dan kasih sayang di kalangan manusia dengan hukum pembiakan secara berpasangan yang mana Allah jadikannya sebagai petunjuk di dalam ayat al-Quran bahkan pengklonan ini juga bercanggah dari tabiat semulajadi manusia. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat ayat 13 :
Maksudnya : Wahai umat manusia sesungguhnya sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa agar kamu berkenal-kenalan.
Allah SWT juga berfirman di dalam surah ar-Rum ayat 21 yang berbunyi :
Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir.
Pengklonan manusia ini juga akan mengundang kefasadan dan kemudharatan yang tidak dapat ditanggung oleh institusi kekeluargaan manusia dari pelbagai aspek antaranya mengalami penuaan awal disebabkan berlakunya pembahagian sel yang cepat dan berterusan. Selain itu, pengklonan ini akan menghilangkan faktor emosi dan juga ruh di antara ahli keluarga kerana menyisihkan peranan salah seorang dari ibu bapanya di dalam kelahiran yang baru serta menghilangkan nasab keturunan. Pengklonan ini juga akan menyebabkan wujudnya keturunan manusia yang tidak normal kerana wajud manusia yang serupa. Ini kerana klon yang dihasilkan ini akan menyamai atau hampir menyamai individu yang asal dan seterusnya akan menyebabkan berlakunya penyamaran ini bagi sebahagian dari mereka.
Sebahagian kecil ahli Fiqh berpendapat pengharaman hukum pengklonan ini adalah suatu pendapat yang tergesa-gesa kerana tiadanya penjelasan yang jelas selepasnya. Dan mereka menyeru agar eksperimen pengklonan manusia ini diteruskan dan menyokongnya kerana inilah yang dinamakan sebagai kuasa sains. Manusia berhak untuk menyingkap rahsia-rahsia kehidupan. Namun segala keputusan eksperimen tersebut adalah ketentuan Allah SWT. Sesuatu perkara itu tidak akan berlaku kecuali Allah SWT menginginkannya. Selain itu, tiada nas yang melarang perbuatan ini. Pensyariatannya bersandarkan kepada keharusan yang asal.
Bagi pengklonan haiwan pula kebanyakan para penyelidik dan ahli Fiqh kontemporari menyokong pensyariatannya berdasarkan kepada prinsip tidak khuatir adanya larangan dari segi syarak seperti percampuran nasab. Ini kerana pengklonan haiwan ini membawa kepada pertambahan sumber makanan kepada manusia kerana haiwan adalah sumber kurniaan Allah SWT kepada manusia. Allah SWT berfirman :
Ertinya : Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan keguaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya.
Sebahagian kecil dari golongan Fiqh pula berpendapat kepada pengharaman aktiviti pengklonan haiwan kerana bercanggah dari pendekatan semulajadi dalam proses pembiakan dan dikhuatiri akan menghasilkan baka-baka haiwan yang tua yang akan memudharatkan sumber pemakanan manusia.
Dan isu ini memerlukan kepada pemerhatian dari sudut Fiqh apabila memperolehi maklumat yang baru dari ujikaji sains yang dilakukan. Hukum bagi sesuatu perkara itu adalah satu cabang dari gambarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan