Usman bin Affan merupakan salah satu sahabat Nabi yang
sudah dijamin masuk syurga. Ada beberapa fakta mengenai Usman. Berikut
beberapa di antaranya yang dikumpulkan dari pelbagai sumber.
1. Beliau menjadi Khalifah selama 12 tahun iaitu pada
tahun 23-35 Hijrah (644-656 Masehi) setelah Amirul Mukminin Umar bin Khatab ra
meninggal dunia.
2. Beliau masuk Islam setelah Abu Bakar ra.
3. Beliau termasuk Sahabat Rasulullah yang terkaya dan
dermawan, rendah hati dan penyayang namun dibenci dan dikritik hebat oleh Kaum
Syiah kerana dianggap merampas tampuk pemerintahan dari tangan Ali Bin Abi
Talib ra. Padahal Ali Bin Abi Talib ra meluluskan Usman bin Affan ra sebagai
Khalifah.
4. Beliau mendapat gelaran Dzun Nurain (orang yang
mempunyai 2 cahaya) kerana beliau dinikahkan 2 kali oleh Rasulullah dengan
puteri Rasulullah. Isteri beliau yang pertama adalah Ruqayyah, setelah isteri
beliau wafat, Rasulullah menikahkan Ummu Kulsum dengan Usman bin Affan ra.
5. Beliau hidup dengan harta yang banyak semenjak kecil
hingga wafat namun tidak membuat beliau menjadi kikir, tamak atau sombong.
6. Jasa-jasa beliau di antaranya seperti melanjutkan
pembangunan Masjid Nabawi; membentuk angkatan laut; memperluas daerah-daerah
Islam seperti Khurasan, Armenia, Tunisia, Azarbaijan; berjaya mencipta al-Quran
sehingga disebut Mushaf Usmani dan menyumbang harta peribadi yang sedemikian
banyaknya untuk kemajuan dakwah Islam.
7. Apabila beliau membaca al-Quran di rumahnya, kaum
pemberontak berjaya menyelinap masuk dan membunuh beliau hingga wafat pada tahun
35 Hijrah (656 Masihi) dalam usia 82 tahun.
8. Imam Muslim telah meriwayatkan dari 'Aisyah, seraya
berkata, "Pada suatu hari Rasulullah sedang duduk dimana peha beliau
terbuka, maka Abu Bakar meminta izin kepada beliau untuk menutupinya dan beliau
mengizinkannya, lalu peha beliau tetap dalam keadaan semula (terbuka). Kemudian
Umar minta izin untuk menutupinya dan beliau mengizinkannnya, lalu peha beliau
tetap dalam keadaan semula (terbuka), ketika Usman meminta izin kepada beliau,
maka beliau melepaskan pakaiannya (untuk menutupi peha terbuka). Ketika mereka
telah pergi, maka aku (Aisyah) bertanya, 'Wahai Rasulullah, Abu Bakar dan Umar
telah meminta izin kepadamu untuk menutupinya dan engkau mengizinkan keduanya,
tetapi engkau tetap berada dalam keadaan semula (membiarkan pehamu terbuka),
sedangkan ketika Usman meminta izin kepadamu,maka engkau melepaskan
pakaianmu (dipakai untuk menutupinya). 'maka Rasulullah menjawab,' Wahai
Aisyah, Bagaimana aku tidak merasa malu dari seseorang yang malaikat saja
merasa malu kepadanya.
9. Ibnu 'Asakir dan yang lainnya menjelaskan dalam kitab
"Fadhail ash Sahabah" bahawa Ali bin Abi Talib ditanya tentang
Usman, maka beliau menjawab, "Usman itu seorang yang mempunyai kedudukan
yang terhormat yang dipanggil dengan Dzunnuraini, di mana Rasulullah
menikahkannya dengan kedua-dua anak perempuannya.
10. Dalam sejarah umat islam adalah beliau membukukan
Al-Quran dalam satu versi bacaan dan membuat beberapa salinannya yang
dihantar ke beberapa negeri negeri Islam. Serta memerintahkan umat Islam agar
berpedoman kepadanya dan memusnahkan mushaf yang dianggap bertentangan dengan
salinan tersebut. Atas Izin allah Subhanahu wa ta'ala, melalui tindakan beliau
ini umat Islam dapat memelihara keaslian Al-Qur'an sampai sekarang ini.
Semoga Allah membalasnya dengan balasan yang terbaik.
11. Diriwayatkan dari oleh Imam Ahmad bin Hanbal dalam
kitab Musnadnya dari Yunus bahawa ketika al Hasan ditanya tentang orang yang
berehat pada waktu tengah hari di masjid? Maka ia menjawab, "Aku melihat
Usman bin Affan berehat di masjid, padahal beliau sebagai Khalifah, dan ketika
ia berdiri nampak sekali bekas batu kerikil pada bahagian rusuknya, sehingga kami
berkata, 'Ini amirul mukminin, Ini amirul mukminin'."
12. Diriwayatkan oleh Abu Na'im dalam kitabnya
"Hulyah al Auliyah" dari Ibnu Sirin bahawa ketika Usman terbunuh,
maka isteri beliau berkata, "Mereka telah sanggup membunuhnya, padahal mereka
telah menghidupkan seluruh malam dengan Al-Quran."
Ibnu Abi Hatim telah meriwayatkan dari Abdullah bin
Umar, seraya ia berkata dengan firman Allah. "(Apakah kamu hai orang musyrik
yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan
sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan
rahmat Tuhannya? Katakanlah: 'Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?' Sesungguhnya orang yang berakallah yang
dapat menerima pelajaran, "(Az-Zumar: 9) yang dimaksud adalah Usman
bin Affan.
13. Ia wafat pada tahun 35 H pada pertengahan tasyriq
tanggal 12 Dzul Hijjah, dalam usia 80 tahun lebih, dibunuh oleh kaum
pemberontak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan