Kenapa perlu berkomunikasi dengan baik?
Kerana kita ingin melahirkan generasi yang hebat, cemerlang dan lebih baik dari generasi kita, para ibu bapa dan guru sekalian. Jika komunikasi kita dengan anak-anak kita lemah, maka sukarlah bagi kita mendidik mereka sesuai dengan apa yang kita harapkan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian,
Sebelum kita nak belajar belajar berkomunikasi dengan anak, kita perlu memiliki gambaran bagiamana kita nak mendidik anak-anak. Sebabnya, kita perlu kenal peribadi anak-anak ini. Mengapa? Kerana setiap anak berbeza. Setiap anak adalah unik. Kita dapati,tidak ada satu kembar pun yang sama peribadinya apatah lagi anak-anak kita yang sudah pasti berbeza peribadinya. Abang Long perangai macam ini, Kak Ngahnya begini, Dik bongsunya macam ini dan pelbagai lagi peribadi yang boleh kita lihat sendiri di pejabat kita, di sekolah dan di mana sahaja di muka bumi ini.Oleh itu,kita perlu yakin dan percaya, setiap anak dilahirkan dengan cemerlang. Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, suci bersih dan terpulanglah bagaimana kita selaku ibu bapa untuk mencoraknya. Setiap anak kita adalah unik, masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.Oleh itu, mari kita fikir positif.
Fikir POSITIF bahawa anak-anak kita memang dilahirkan untuk CEMERLANG!
Jadi kita kembali kepada persoalan tajuk di atas, Mengapa anak kita berbeza?
Yalah, namakan berbeza. Ada nama Ahmad, ada nama Hanif, ada nama Nabil dan berbagai lagi nama-nama yang baik2 yang telah tuan-tuan dan puan-puan sendiri yang tentukan. Ketahuilah bahawa, nama ini akan memberikan kesan pada personaliti anak-anak.
Lahir pada waktu yang berbeza-beza. Ada yang lahir pada waktu malam, ada waktu siang. Ada yang lahir pada awal bulan, ada yang lahir akhir bulan. Takkanlah Allah menentukan sesuatu tanpa sebab. Mesti ada sebab.Mungkin kesan sampingan berbeza waktu kelahiran ini, turut membezakan peribadi anak-anak kita.
Berlainan jantina, anak lelaki perangai macam ini, anak perempuan perangai macam ini.Urutan dalam keluarga. Anak sulung tak sama dengan kak Ngah. Yang Bongsu takkan sama dengan Kak Lang dan begitulah seterusnya.Ibu yang mengandung mempunyai emosi yang berbeza-beza.
Ikut kajian personaliti anak-anak akan terkesan dengan keadaan emosi ibu yang mengandung. Ciri ini pula bergantung, sejauh mana kita baca Al-Quran, sejauh mana kita ikut syariat Allah, sejauh mana akhlak kita juga turut menyumbang dalam perbezaan peribadi anak-anak.Jadi melalui beberapa ciri di atas, sebenarnya memberi kesan bagaimana kita berkomunikasi dengan anak-anak.Oleh itu,ketahuilah bahawa anak kita semuanya berbeza-beza, maka kaedah berkomunikasi dengan mereka juga perlulah berbeza juga.
Bagaimana mereka menerima dan mentafsirkan mesej dan maklumat yang kita sampaikan kepada mereka juga perlulah berbeza. Ada yang cepat faham, ada yang lambat faham, ada yang perlu dijelaskan dengan detail dan lain-lain.Maka tanamkan dalam kepala tuan-tuan dan puan-puan, SETIAP ANAK ADALAH BERBEZA, MAKA LAYANAN DAN CARA BERKOMUNIKASI JUGA PERLULAH BERBEZA.
Akhir kata, ibu bapa wajar,harus, wajib untuk FIKIR POSITIF terhadap anak-anak.Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan