Akal adalah kurniaan Allah kepada makhluk yang bernama manusia. Melalui akal manusia dapat menganalisis dan seterusnya mengenali kebesaran penciptanya yang telah membekalkan akal dan pemikiran untuk meredah kehidupan.
Segala sesuatu penciptaan akan menunjukkan kepada kebijaksanaan dan kebesaran Tuhan Yang Maha Pencipta.
Inilah sikap orang herakal. Mereka akan sentiasa memikirkan tentang segala apa yang diciptakan Allah sama ada di langit mahupun di bumi untuk melihat kebesaran Allah. Orang yang beriman akan menundukkan pandangan akalnya untuk sujud kepada kebesaran dan mengagungkan pujian hanya kepada Allah pemilik dan pencipta akal yang boleh berfikir.
Firman Allah dalam surah Ali Imran melalui ayat 189 hingga 191 ini menceritakan sikap orang berakal.
"Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi, dan Allah Maha kuasa
atas tiap - tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan Siang,ada tanda tanda (kekuasaan,kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang orang yang berakal. Iaitu orang - orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata ):"Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda benda ini dengan sia sia, Maha Suci Engkcau,maka peliharalah kami dari azab neraka"
atas tiap - tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan Siang,ada tanda tanda (kekuasaan,kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang orang yang berakal. Iaitu orang - orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata ):"Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda benda ini dengan sia sia, Maha Suci Engkcau,maka peliharalah kami dari azab neraka"
Antara bukti dan petunjuk kepada kebesaran Allah adalah melalui penciptaan cap jari manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia akan membawa bersamanya identiti yang tersendiri dan berbeza antara satu dengan yang lain. Manusia seperti makhluk hidup yang lain turut memiliki beberapa rangkaian kromosom yang tersimpan kukuh dalam bentuk genetik dan baka pewarisan. Walaupun generasi demi generasi silih berganti dan turun - temurun dilahirkan dari sepasang suami isteri namun cap jari manusia tetap memiliki banyak misteri dan seribu satu keunikan yang sukar ditafsirkan oleh ilmu sains dan teknologi. Melainkan ianya adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang Maha Pencipta.
Tanda Kekuasaan Allah SWT
Menurut kefahaman dalam agama Islam semua bani manusia akan dihidupkan dan dibangkitkan semula pada hari pembalasan. Apabila seseorang manusia itu mati dan telah dikuburkan maka tubuh serta jasad manusia akan mereput dimamah cacing dan ulat sehingga yang tinggal hanyalah tulang - belulang yang berserakan. Namun menurut janji Allah manusia akan tetap dihidupkan dan dibangkitkan semula dalam rupa bentuk fizikal seperti kehidupan di dunia.
Allah SWT telah berjanji bahawa pada Hari Kiamat kelak Allah SWT akan mengumpulkan kembali segala tulang - belulang biarpun dari mana sahaja ia berada walaupun tulang - belulang tersebut telah menjadi atom atom, zarah, abu mahupun debu - debu yang halus.
Seorang sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Adwi Ibnu Abi Rabiah telah bertanya : Adakah selepas kematian ini ada kebangkitan semula? Dan bagaimanakah Allah SWT akan mengumpulkan tulang belulang selepas ianya sudah bertukar menjadi habuk?
Maka Allah SWT telah berfirman melalui maksud ayat Surah Al - Qiyamah ayat 4 di bawah yang bermaksud :
"Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang - tulang jarinya,dan tulang yang lebih halus dari yang lain".
Ternyata kehebatan dan keagungan Allah SWT dalam mengembalikan rupa asal manusia hatta sekalipun sehingga rupa asal jari jemari dan urat urat jari yang kita kenali sebagai cap jari.
Kekuasaan Allah dalam membangkitkan manusia tiada batasan. Sedangkan anggota manusia yang paling kecil iaitu hujung jarinya dapat Allah seragamkan apatah lagi anggota badannya yang lebih besar.
Merujuk ayat diatas lafaz banaanah ertinya ‘hujung hujung jarinya.’ Di khaskan penyebutannya disini adalah untuk menunjukkan betapa rupa bentuknya yang sangat ajaib. Begitu halus dan terlalu rapi serta teliti buatan tuhan di samping terdapat rajah dan jaluran yang pelbagai jenis.
Kekuasaan dan kebesaran Allah tampak jelas terpancar apabila rajah dan jaluran jari jemari setiap orang ini tidak sama antara satu dengan yang lain. Lantaran perbezaan inilah zahirlah hikmah penciptaan tuhan iaitu untuk dijadikan pengenalan diri seseorang yang menjadi teras penyelesaian banyak masalah yang melibatkan cap jari dan kemanusiaan.
Dalam ayat ini Allah SWT telah menerangkan bahawa manusia akan dibangkitkan dan dikembalikan rupa bentuk jasad tubuh badan milik manusia bermula dari sebesar - besar tulang anggota tubuh badan sehinggalah sekecil - kecil tulang termasuk jalur - jalur yang ada di hujung - hujung jari manusia. Tulang jari dan segala daging di jari serta cap jari akan dikembalikan dalam rupa asal. Inilah beberapa bukti dan keterangan kepada manusia yang mengingkari hari kebangkitan.
Aplikasi Cap Jari Melalui Kaedah Saintifik
Para saintis di seluruh dunia telah membuktikan bahawa setiap manusia memiliki sepasang set cap jari yang menentukan identiti pemiliknya tersendiri berbeza dengan apa yang dimiliki oleh orang lain walaupun dari pasangan kembar seiras.
Cap jari manusia merupakan pola bekas yang tinggal pada mana - mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari. Kulit timbul ini juga dikenali sebagai "rabung dermis" atau "pap ila dermis".
Cap jari mungkin ditinggalkan oleh rembesan biasa dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit tangan, ataupun boleh dibuat oleh dakwat dan bahan cemar lain yang terkena jari dan ditinggalkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari. Cap jari biasanya digunakan sebagai kaedah yang tepat bagi mengenal pasti individual Secara unik.
Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, sebahagian besar ciri - ciri cap jari ditentukan oleh persekitaran pada tempoh bulan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan ia tidak akan bertukar. Secara praktikal, parut dan ketuat mampu mengubah cap jari. Secara fakta, tiada individu pun, termasuk kembar seiras, dipercayai memiliki cap jari yang sama.
Pada tahun 1892, Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memiliki 35-50 titik pengenalan ("minutiae") dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 bilion. Dengan jumlah penduduk dunia hanya 6.5 bilion pada tahun 2006 berbanding 64 bilion ianya mustahil bagi mengenal pasti dua cap jari yang sama.
Hujung jari bukannya satu satu bahagian badan manusia yang mempunyai rabung geser (friction ridges). la juga terdapat pada sepanjang jari, telapak tangan, dan kulit yang seumpamanya pada ibu jari kaki dan ianya turut juga digunakan sebagai pengenalan forsenik.
Tegasnya pasti ada hikmah dan rahsia yang tersirat dan tersimpan di sebalik perbezaan rupa cap jari yang telah diciptakan Allah Yang Maha Pencipta dengan rupa yang berbeza. Melalui pengkajian dan penemuan para sainstis perbezaan ini dapat diaplikasikan kepada banyak lapangan kehidupan manusia. Antara fungsi yang terpenting melalui perbezaan cap jari manusia ini ialah, pembemukan sistem pengenalan diri. Melalui kepelbagaian perbezaan cap jari sistem kad pengenalan dapat dibentuk.
Pembentukan sistem pengenalan ini dapat membantu menyelesaikan banyak kes kes polis seperti kecurian, pembunuhan serta jenayah yang melibatkan perlakuan seksual apabila teknologi DNA ( Deoxyribonucleic Acid ) dan perbezaan cap jari dapat dikenal pasti oleh Unit Forensik pihak polis. Sistem pengenalan diri melalui perbezaan cap jari juga akan membantu mewujudkan sistem kerajaan elektronik atau lebih dikenali sebagai istilah e-government. Sistem keselamatan rekod bank dan aset milik individu juga turut terjamin apabila sistem pengenalan diri dapat mengenal pasti pemilik sebenar demi memelihara keselamatan akaun peribadi dan tidak mudah diselewengkan dengan sewenangwenangnya oleh penjenayah kolar putih
Rahsia Jari —Jemari Manusia
jari - jemari manusia menyimpan seribu satu, rahsia pemiliknya. Antara misteri jari ialah penentu kepada kesihatan manusia. Menurut ajaran Islam seseorang perempuan yang ingin dikahwini juga adalah diseru agar dilihat dan diperhatikan kepada jari. Melaluinya kesihatan keseluruhan tubuh badan dapat dipastikan oleh pihak lelaki.
Sebagai bukti kekuasaan Allah yang telah menjadikan jari ialah bagaimana penghidap kencing manis juga adalah dinasihatkan oleh pakar kesihatan agar membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari - jemari dan juga jari kaki yang sering kebas untuk mengesan tanda luka atau jangkitan. Ini kerana deria rasa sakit penghidap kencing manis akan berkurangan. Rawatan awal ini dapat mengelak jangkitan merebak dengan lebih dahsyat.
Selain itu perokok tegar juga dapat dikesan melalui tanda-tanda tindak balas bahan kimia dalam rokok yang terdapat di jari-jemari. Buktinya setiap kali perokok menyedut, dia akan menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh perokok. Antara kesan serius ini ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari-jemari perokok akan menjadi kuning.
Manakala dalam masyarakat Cina lebih gemar menilik dan membelek tangan serta kulit timbul di jari jemari untuk menilik masa depan seseorang. Pemerhatian yang mendalam dengan mengambil kira susur galur urat di jari-jemari akan menceritakan banyak rahsia seperti kebahagiaan dan kecelakaan seseorang menurut pengamalan masyarakat Cina.
Manakala dalam masyarakat Melayu yang sinonim dengan penghayatan Islam pula mengembalikan rahsia jari dan cap jari adalah milik Allah pencipta manusia. Namun sekiranya kita perhatikan jaluran urat di tapak tangan kanan akan tertera nombor Arab 18 dan tapak tangan di bahagian kiri pula akan tercatat nombor 81. jika seorang hamba Allah berdoa maka kedua-dua tapak tangan ini akan dicantumkan dan cantuman ini akan menjadikan angka. 99. Nombor 99 ini boleh diertikan dengan 99 nama Allah yang Maha Agung lagi Maha Mulia.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah memberitahu para sahabat dan umat Islam bahawa Allah memiliki 99 nama yang indah dan diberkati maka berdoalah kepada Allah melalui sifat-Nya yang agung dan terpuji.
Hakikatnya jari dan cap jari merupakan tanda di antara tanda kekuasaan Allah.
Kondisi dan struktur jaringan halus urat timbul yang kompleks ini telah menyebabkan proses sains dan teknologi makin berkembang pesat untuk mengkaji serta menyelidik demi menambah baik kesenangan dan keselesaan hidup manusia pada masa mendatang. Walaupun situasi jenayah makin bertukar dan berkembang pesat selari dengan kepesatan teknologi namun adalah sesuatu yang mustahil di alam ini bagi menghilangkan dan melenyapkan identiti diri kerana setiap penciptaan manusia ada hikmah yang tersirat dan tersimpul di sebalik kejadiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan