Deoxyribonucleic acid atau lebih dikenali sebagai DNA ialah suatu istilah baru yang dipelopori oleh Profesor Alex Jeffrey pada tahun 1985 ketika menjalankan ujian rutin terhadap gen manusia lalu menemui susun jalur yang menakjubkan di dalam DNA tersebut yang membezakan setiap individu seperti cap jari.Penemuan fakta saintifik ini kemudian disahkan oleh Eric Lander dan menamakannya sebagai 'pengesahan identiti terakhir'selepas menemui semua ciri-ciri asas yang diperlukan untuk membezakan identiti setiap manusia melalui DNA ini sekalipun berada dalam pelbagai keadaan dan DNA ini mampu dilakukan dengan adanya kesan air mani,darah atau air liur yang kering.Begitu juga sisa tulang,rambut,kulit dan sebagainya walaupun telah melalui tempoh yang panjang.Proses ini akan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan serta teknik-teknik moden.
Sebahagian akademi-akademi fiqh telah mengetahui sesungguhnya DNA ini merupakan struktur genetik yang terperinci yang menunjukkan identiti setiap individu tertentu dan penemuan saintifik ini merupakan realiti yang menakjubkan bagi manusia yang mana Allah SWT telah memerintahkan untuk menelitinya sepertimana firman Allah SWT yang berbunyi :
Maksudnya : Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu).
Jesteru, diwajibkan ke atas kita untuk mezahirkan tanda syukur kepada golongan-golongan pengkaji ini.
Adapun kesan DNA ini dari sudut Fiqh dan syarak,ianya telah wujud di dalam masalah-masalah yang banyak yang mempunyai kaitan dengan hasil penemuan saintifik ini.
HASIL PERTAMA :
Sesungguhnya DNA akan mengesahkan identiti seseorang individu dengan sifat yang khusus yang akan membezakannya dengan yang lain yang mana tidak akan ada persamaan seorang pun manusia dengannya. Daripada hasil ini, kemungkinan dapat mengetahui siapakah individu yang hadir di satu tempat tertentu, atau siapakah yang meletakkan tangan atau mana-mana bahagian anggotanya ke atas sesuatu melalui kaedah menyiasat apa yang ditinggalkan dari kesan-kesan manusia seperti darah, air mani dan air liur atau sehingga ke titisan peluh begitu juga dengan rambut, tulang dan sebagainya di lokasi kejadian jenayah atau sebagainya. Kemungkinan juga dapat diambil iktibar dari hasil ini di dalam masalah-masalah yang berbagai antaranya :
Pertama -mengesahkan identiti individu yang telah hilang setelah beberapa tahun kemudian pulang semula dalam keadaan imejnya yang telah berubah dan ahli keluarganya juga menafikannya.
Kedua - boleh mendedahkan penipuan identiti individu yang telah hilang dengan tujuan untuk mengambil harta peninggalannya atau melakukan serangan ke atas isterinya.
Ketiga - mengetahui identiti penjenayah untuk memudahkan pengadilan.
HASIL KEDUA :
DNA juga dapat mengesahkan identiti seseorang individu dengan sifat-sifat asalnya iaitu sifat-sifat yang dikongsi bersama keturunan dan juga pewarisnya. Daripada hasil ini kemungkinan dapat diketahui ibu-ibu,bapa-bapa dan anak-anak mereka. Kemungkinan juga hasil ini dapat memberikan manfaat di dalam masalah-masalah yang berbagai antaranya : menyelesaikan pertelingkahan nasab apabila bercampurnya anak-anak yang dilahirkan di hospital-hospital dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat menghalang penipuan dalam mendakwa nasab anak pungut seperti melakukan helah dalam mem 'bin' kan anak tersebut kepada yang diharamkan. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber'bin' kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama.
Di dalam setiap sudut, sesungguhnya DNA ini akan membuka suatu lembaran fiqh yang baru untuk mengesahkan nasab dan kembali pertimbangkan dalam menasabkan anak zina kepada pelakunya selepas mengetahuinya melalui DNA ini. Jesteru, golongan ahli Fiqh wajib menitikberatkan hal ini sebagai persiapan untuk menghadapi isu-isu saintifik di masa hadapan yang tidak dapat dielakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan