Hadis Niat

عَنْ أَمِيرِ المُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ ابْنِ الخَطَّابِ رضى الله عنه ‏ ‏قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏ ‏إِنَّمَا الْأَعْمَالُ ‏ ‏بِالنِّيَّاتِ ‏ ‏وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله. ومن كانت هجرته لدنيا ‏ ‏يُصِيبُهَا ‏ ‏أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ ‏

Dari Amirul Mukminin Umar Ibn Al-Khattab R.A.berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesungguhnya amalan-amalan bergantung dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang bergantung kepada apa yang diniatkan; maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ingin ia berhijrah kerananya

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

Sebelum khatam Al Qur'an,

Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

Sebelum para muslim meredhai kamu,

Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....




"Bertanya Aisyah :



"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"



Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

99 NAMA-NAMA TUHAN & FADHILATNYA




1) AR-RAHMAN : Yang Dermawan
- Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan .

Fadhilat-nya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik,fikiran tegas serta murah hati .

2) AR-RAHIM : Yang Pengampun
- Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati .

3) AL-MALIK : Maharaja Teragung
- Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain .

4) AL-QUDDUS : Yang Suci
- Ia bebas dari segala kesilapan,kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan,

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari, insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan .

5) AS-SALAM : Punca Keamanan
- Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit,boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.

6) AL-MU'MIN : Wali Kepercayaan
- Barang siapa menempatkan kepercayaan pada hamba-Nya,peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya,kemudian berikanlah ketenteraman .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali,insyaALLAH akan jauh dari bahaya .

7) AL-MUHAIMIN : Penjaga
- Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang,insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar .

8) AL'AZIZ : Maha Perkasa
- Ialah yang tak dapat ditaklukkan .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari,insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.
9) AL-JABBAR : Pemaksa
- Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendak-Nya .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali,tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya,ataupun terdedah oleh bahaya, kesukaran mahupun kekerasan .

10) AL-MUTAKABBIR :Yang Mulia
- Ia menunjukkan kebesaran- Nya.Membaca berulangkali sebelum bersetubuh dengan isterinya, insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.

11) AL-KHALIQ :Pembuat
- Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya .

12) AL-BARI' :Penjadi
- Ia menjadikan segala-galanya sempurna .

13) AL-MUSAWWIR :Pereka
- Ia reka segala-galanya .

Fadhilatnya :Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya,hendaklah ia berpuasa selama 7 hari,dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA-BARI',YA-MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air. InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan .

14) AL-GHAFFAR :Pengampun
- Ia sangat pengampun .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali , insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya .

15) AL-QAHHAR :Penakluk
- Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya.

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali,insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya, dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain .


16) AL-WAHHAB :Penganugerah
- Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan dimurahkan rezeki .

17) AL-FATTAH :Pembuka
- Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali,InsyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya .

18) AL-'ALIM :Yang Maha Mengetahui
- Ia mengetahui segala-galanya.

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali,InsyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci .

19) AL-QABID :Pengekang
- Ia mengekang .

Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari,insyaALLAH ia tidak akan kebuluran .

20) AL-BASIT :Pembesar
- Ia berkuasa membesarkan .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya ke atas dan kemudiannya menyapu tapak tangan ke mukanya,insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain.
21) AL-KHAFID :Perendah diri
- Yang mengurangkan .

Fadhilatnya :Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari,hendaklah menyebut nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali,insyaALLAH ia akan dipelihara daripada musuhnya .

22) AR-RAFI' :Peninggi
- Yang meninggikan .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam, insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya, kekayaannya serta darjatnya .

23) AL-MU'IZZ :Penghormat
- Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun.

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya' setiap hari isnin dan jumaat,insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain .

24) AL-MUZILL :Penguji
- Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang, insyaALLAH akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan memeliharanya .

25) AS-SAMI' :Maha Mendengar
- Ia mendengar segala-galanya .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepas sembahyang zohor ( tengah hari ) ,insyaALLAH Allah akan mengkabulkan apa sahaja kehendaknya .

26) AL-BASIR :Yang Maha Melihat
- Ia melihat segala-galanya .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat, InsyaALLAH Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai .

27) AL-HAKKAM :Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.

28) AL-'ADL :Pengadil
- Sesungguhnya adil .

Fadhilatnya :Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan mengikut kehendaknya.

29) AL-LATIF :Pelemah Lembut
- Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia. Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia .

Fadhilatnya :Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan,sebutlah nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan), insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .

30) AL-KHABIR :Maha Mengetahui
- Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya .

Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula,sebutlah nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian .

31) AL-HALIM :Penyabar
- Ianya berkuasa .

Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas,setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam,insyaALLAH bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa .

32) AL- 'AZIM :Yang Maha Besar
- Ia mulia .

Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan dihormati .

33) AL-GHAFUR :Maha Pengampun
- Ia mengampuni semua hambaNya .

Fadhilatnya :Sesiapa dihidapi penyakit kepala,demam atau dukacita ,sebutlah nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan sembuh .

34) ASH-SHAKUR :Yang Bersyukur
- Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya .

Fadhilatnya :Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali, diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi air dan membasuh mukanya, insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega .

35) AL-'ALI :Yang Termulia
- Ianya yang paling mulia .

Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH keyakinannya akan teguh .

36) AL-KABIR :Yang Maha Besar
- Ialah yang paling besar .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari,insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan.

37) AL-HAFIZ :Pemelihara
- Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka.

38) AL-MUQIT :Penjaga
- Ia menjaga .

Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan,menyebut nama-Nya.

39) AL-HASIB :Maha Penghitung
- Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan seseorang sepanjang hayat .

Fadhilatnya :Apabila seseorang takut dirompak,maupun akibat dengki musuhnya, mulakan menyebut ...........atau membaca nama-Nya 70 kali pada hari khamis - siang atau malam.Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib.InsyaALLAH ia akan selamat.

40) AL-JALIL :Maha Tinggi
- Ianya maha kaya serba berkuasa .

Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit,kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar,insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia .

41) AL-KARIM :Yang Maha Pemurah
- Ianya sangat pemurah .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.

42) AR-RAQIB :Maha Waspada
- Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini .

43) AL-MUJIB :Maha Pengkabul
- Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia .

Fadhilatnya :Sesiapa memohon kepadaNya,insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .

44) AL-WASI' :Yang Menyeluruh
- Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas.

Fadhilatnya :Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian, sebutlah nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik .

45) AL-HAKIM :Yang Bijaksana
- Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus (dari masa ke masa), insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya .

46) AL-WADUD :Yang Maha Penyayang
- Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak .

Fadhilatnya :Andainya dua orang bergaduh,sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makanan yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu,insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai .

47) AL-MAJID :Yang Maha Mulia
- Ianya sangat mulia .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan menerima kebahagiaan .

48) AL-BA'ITH :Pembangkit Semula
- Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari pengadilan .

Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH .

49) ASH-SHAHID :Saksi
- Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya.

Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu, insyaALLAH anak itu akan menurut perintah .

50) AL-HAQQA :Kebenaran
- KeujudanNya tiada perubahan .

Fadhilatnya :Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang .

51) AL-WAKIL :Wali
- Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik .

Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas,hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan,dari masa ke semasa,insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH .

52) AL-QAWI :Paling Kuat
- Dia yang terkuat .

Fadhilatnya :Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya,tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan,insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya .

53) AL-MATIN :Teguh
- Dia berkuasa dan teguh,tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya .

Fadhilatnya :Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya, insyaALLAH kesusahannya akan lenyap .

54) AL-WALI :Pelindung
- Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil .

Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah .

55) AL-HAMID :Pujian
- Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk .

Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH akan disayangi dan dipuji .

56) AL-MUHSI :Penghitung
- Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satu darinya .

Fadhilatnya :Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan,dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali, insyaALLAH akan mempunyai kemudahan .

57) AL-MUBDI :Pengasal
- Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh .

Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran,insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya .

58) AL-MU'ID :Pemulih
- Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk.

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya,insyaALLAH orang itu akan pulang dengan selamat .

59) AL-MUHYI :Pemberi Kehidupan
- Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan

Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari,insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan .

60) AL-MUMIT :Pencipta Kematian
- Dialah yang mencipta kematian .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya .

61) AL-HAYY :Hidup
- Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya .

Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang .

62) AL-QAYYUM :Hidup Sendiri
- Dialah yang memegang seluruh alam semesta .

Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian .

63) AL-WAJID :Penemu
- Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya.

Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati .

64) AL-MAJID :Berhati Mulia
- Dialah yang mulia hatinya,yang membuat kebajikan dan dermawan .

Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH akan diterangkan hatinya .

65) AL-WAHID :Yang Maha Istimewa
- Ianya tunggal dalam segala tindakanNya,tidak ada berteman atau bersifat yang sama dengan sesiapa pun,bahkan perawakan dan perintah .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi, insyaALLAH akan bebas daripada ketakutan serta kebingunan .

66) AL-AHAD : Yang Tunggal .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali,insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .
67) AS-SAMAD : Yang Berkekalan
- Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan.

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain .

68) AL-QADIR :Sentiasa Sanggup
- Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH harus sedar akan kebenaran .

69) AL-MUQTADIR :Berkuasa
- Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya .

Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH ia menyedari kebenarannya .

70) AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling ,insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya .

71) AL-MU'AKHKHIR : Maha Penagguh
- Ianya menangguhkan apa sahaja yang dikehendakiNya .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari, insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal.Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya .

72) AL-AWWAL : Peng awal .

Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan,ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat .

73) AL-AKHIR : Yang Akhir .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.

74) AZ-ZAHIR : Penzahir .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat, insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya .

75) AL-BATIN : Pembatin .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari,insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya .

76) AL-WALI : Wali atau Pemerintah .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya,insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara .

77) AL-MUTA'ALI : Yang Teramat Mulia
- Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan,cara atau keadaan,bahkan fikiran seorang manusia.Ianya adalah yang paling tinggi.

78) AL-BARRA : Sumber Segala Kebaikan
- Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya,haiwan dan segala binatang-binatang, tentulah baik kepada semuanya .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya,insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan .

79) AT-TAWWAB : Penerima Ketaubatan .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH taubatnya akan diterima .

80) AL-MUNTAQIM : Penghukum
- Ia menghukum mereka yang bersalah.

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya .

81) AL-'AFUW :Pengampun
- Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat,seolah-olah mereka tidak berdosa .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan .

82) AR-RA'UF : Maha Pengasih dan Penyayang
- Ianya sungguh pengasih dan penyayang.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan dikasihi Allah .

83) MALIK-UL-MULK : Pemilik Kedaulatan Yang Kekal .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan dihormati Allah .

84,85) DHUL-JALAL-WAL-IKRAM : Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan .

86) AL-MUQSIT :Maha Pengadil
- Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan .

87) AL-JAME' :Pengumpul
- Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang .

88) AL-GHANI :Serba Lengkap .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki .

89) AL-MUGHNI :Pengmakmur .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat,insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun .

90) AL-MANI' :Pencegah .

Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia .

91) AD-DARR :Pengganggu
- Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah .

Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya berulang-ulang setiap malam Jumaat,insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan .

92) AN-NAFI' :Makmur
- Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari, insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya .

93) AN-NUR :Cahaya
- Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam,wajah,fikiran serta hati makhluknya .

Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH hatinya akan lebih terang .

94) AL-HADI :Penuntun
- Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia .

Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan ruhani .

95) AL-BADI :Tiada BandinganNya
- Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH kesusahannya akan hilang.( Ya,ALLAH,Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini . )

96) AL-BAQI : Yang Kekal .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit, insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan .

97) AL-WARITH : Waris Agung
- Ialah menguasai segala-galanya .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang,insyaALLAH akan hidup lama .

98) AR-RASHID : Pemimpin Ke Arah Kebenaran
- Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing makhlukNya ke arah kebenaran .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya', insyaALLAH kesusahannya akan hilang .

99) AS-SABUR : Penyabar .

Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali, insyaALLAH ia akan terselamat
Wallahu A'lam..
*** 22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir ***
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan,buku, gambar,risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar.Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta,perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna,sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar,manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina,minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan,meninggalkan sembahyang,mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong,terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura.Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian,bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga,sering berlaku pembunuhan,peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong,yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

jawab azan



apabila azan dilaungkan oleh muazzin, kita yang mendengar disunatkan menjawab seruan azan tersebut seperti berikut:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
Dijawab juga اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
Dijawab juga أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ
Dijawab juga أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ

حَيَّ عَلَى الصَّلاَةِ
Dijawab pula لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ


حَيَّ عَلَى الْفَلاَحِ
Dijawab pula لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ




اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
Dijawab juga اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
Dijawab juga لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

ADAB HARI JUMAAT

Hari Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari yang berada dalam seminggu, oleh itu setiap orang Islam harus menghormati hari tersebut dengan banyak melakukan amal ibadah yang dapat mendekatkan lagi diri dengan Allah SWT. Kehadiran hari jumaat bukan istirehat dalam Islam tetapi hari untuk melilpatgandakan amal ibadah dalam seminggu. Berikut diterangkan adab hari Jumaat:-

a) Sunat memotong kuku, rambut, janggut, misai, bulu ari-ari dan bulu ketiak.

b) Sunat memakai bau-bauan sebelum pergi ke masjid

c) Jangan makan bawang putih atau merah sebelum ke masjid.

d) Sunat mandi dan menyucikan diri sebelum pergi sembahyang Jumaat dan bersugi

e) Memakai pakaian yang suci dan bersih

f) Sunat membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat

g) Sunat berwudhuk sebelum pergi ke masjid

h) Sunat pergi lebih awal ke masjid

i) Sunat beri'tikaf di dalam masjid, membaca al-quran dan berzikir semasa menunggu khatib membaca khutbah dan solat jumaat

j) Elakkan bercakap dengan orang lain, banyakkan berzikir

k) Jangan bercakap ketika khatib membaca khutbah

l) Banyakkan berdoa di antara dua khutbah

m) Jangan meninggalkan masjid dengan tergesa-gesa setelah selesai solat

n) Banyakkan berdoa sepanjang hari Jumaat.

ADAB DALAM MASJID



Masjid adalah satu tempat yang mulia oleh orang islam, haram bagi orang kafir memasuki masjid kerana mereka adalah najis maknawi pada sisi agama islam. Berikut diterangkan adab memasuki masjid, berada di dalam masjid, dan keluar dari masjid:-

a) Memakai pakaian yang suci dan bersih

b) Haram bagi perempuan yang haid memasuki masjid

c) Masuk dengan menggunakan kaki kanan

d) Mengerjakan solat sunat (تحية المسجد) paling kurang dua (2) rakaat sebelum duduk di dalam masjid

e) Elakkan bercakap tentang hal duniawi di dalam masjid

f) Niat I'tikaf semasa berada di dalam masjid

g) Jangan berzikir, membaca al-quran dengan suara yang nyaring sehingga menggangu jemaah yang lain dalam melakukan ibadah

h) Jangan melintas di hadapan orang yang sedang bersembahyang

i) Jangan masuk dengan berebut-rebut ke dalam masjid

j) Jangan keluar dengan gopoh-gapah

k) Masuk dan keluar masjid dengan berdoa


Doa masuk masjid

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ


Doa keluar masjid

اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْئَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

Niat I'tiakaf

نَوَيْتُ الإِعْتِكَافَ فِيْ هَذَا الْمَسْجِدِ لِلّهِ تَعَالَى

Maksudnya : sahaja aku beri'tikaf di dalam masjid ini kerana Allah taala

ADAB BERDOA


Dalam mengemukakan permohonan dan doa kepada tuhan, kita seharusnya beradab, kerana ia adalah tempat kita memohon perlindungan dan harapan yang kukuh dan tidak putus-putus. Diantara adab yang perlu bagi setiap mukmin yang hendak berdoa itu mestilah:-

a) Menjauhi yang diharamkan, samada tentang makanan, minuman dan juga pakaian

b) Berdoa dengan ikhlas

c) Baik sekali jika di dahului dengan sembahyang.

d) Mengucapkan kalimah tahmid (الحمد لله رب العالمين) dan selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad di awal dan akhir doa.

e) Berdoa dengan khusyuk dan tenang

f) Berdoa dengan suara yang rendah dan mengharap sepenuh hati

g) Mengulangi beberapa kali dengan tidak berputus asa.

h) Menghadirkan hati pada tuhan.

i) Jangan berdoa untuk berbuat dosa

j) Jangan berkata "aku telah berdoa tetapi tidak diperkenankan allah"
k) Jangan jemu untuk berdoa

l) Menadah tangan ke langit dengan penuh harapan

m) Selalu memohon supaya di panjangkan umur dalam kebaikan

n) Jangan berdoa untuk kejahatan orang lain

o) Merasa rendah diri semasa mengungkapkan doa

Kedudukan Hukum Lelaki Memberi dan Menjawab Salam Perempuan.



Sunat bagi perempuan memberi salam kepada sesama perempuan dan wajib ke atas yang diberi salam menjawab salam tersebut sebagaimana keadaan hukumnya antara lelaki dengan lelaki memberi dan menjawab salam.

Jika perempuan itu adalah isteri kepada lelaki tersebut atau mahramnya, maka kedudukannya sama seperti keadaan lelaki memberi dan menjawab salam dengan sesama lelaki, iaitu sunat salah seorang daripada mereka memulai memberi salam dan salah seorang lagi wajib menjawab salam tersebut.

Jika perempuan itu adalah orang asing (ajnabiyah) bagi lelaki tersebut, apatah lagi perempuan itu tergolong dalam kategori perempuan yang cantik yang ditakuti menimbulkan fitnah, maka makruh lelaki itu memberi salam kepada perempuan seperti ini. Jika dia(lelaki) memberi salam juga, haram bagi perempuan itu menjawab salam tersebut. Begitu juga bagi perempuan haram memberi salam kepada lelaki dan jika dia(perempuan) memberi salam juga, makruh bagi lelaki menjawab salam tersebut.
Jika perempuan yang ajnabiyah itu pula adalah perempuan yang sudah tua, sekira-kira tidak menimbulkan fitnah, maka boleh(sunat) perempuan itu memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki itu menjawab salamnya, begitu juga hukumnya salam lelaki kepada perempuan tersebut.

Adapun jika perempuan itu yang terdiri dari bilangan yang ramai, dibolehkan(harus) bagi seorang lelaki memberi salam kepada mereka atau sekiranya lelaki terdiri dari bilangan yang ramai, maka boleh(harus) mereka memberi salam kepada seorang perempuan, dengan syarat tidak ditakuti terjadinya fitnah, sama ada kepada lelaki atau perempuan tersebut.


Situasi yang Dimakruhkan Memberi Salam


Walaupun penyebaran salam itu sangat dituntut, akan tetapi ada tempat dan ketikanya kita dimakruhkan mengucapkannya. Adapun keadaan yang dimakruhkan itu antara lain ialah:

1. Memberi salam kepada orang yang sedang buang air. Dalam hal ini, dimakruhkan memberi salam. Sekiranya orang seperti ini diberi salam, tidak wajib ke atasnya menjawab salam tersebut.

2. Orang yang sedang tidur atau mengantuk.

3. Mengucapkan salam kepada orang yang sedang azan, iqamat dan sembahyang.

4. Orang yang makan sedang makanan berada di mulutnya. Sekiranya dia diberi salam ketika itu, maka tidak wajib ke atasnya menjawab salam itu. Akan tetapi jika dia makan tetapi tidak ada makanan dalam mulutnya, maka tidak mengapa diberi salam dan salam itu wajib dijawab.

5. Ketika sedang khutbah Jumaat. Imam an-Nawawi berpendapat, makruh memberi salam kepada jamaah yang hadir, kerana mereka disuruh untuk berdiam diri mendengarkan khutbah.

6. Orang yang sedang membaca al-Qur’an, menurut pendapat Imam Abu al-Hasan al-Wahidi, adalah lebih afdal tidak memberi salam kepadanya. Jika dia diberi salam, cukup baginya menjawab dengan isyarat. Akan tetapi jika dijawabnya dengan lisan, sambungan bacaan al-Qur’annya dimulai lagi dengan Isti‘adzah

7. Makruh memberi salam kepada orang yang membaca talbiah ketika berihram, kerana memutuskan talbiah itu adalah makruh. Tetapi jika dia diberi salam, maka dijawabnya salam itu dengan lisan (bukan dengan isyarat).

8. Makruh juga hukumnya jika seseorang itu memberi salam dengan mengatakan ‘alaikassalam’ sungguhpun begitu, wajib dijawab salam tersebut, kerana ianya termasuk dalam kategori salam, sepertimana yang diriwayatkan daripada Abu Jurai al-Hujaimi Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya: “Aku telah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam lalu aku berkata : Ya Rasulullah! Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jangan awak katakan “alaikassalam” kerana sesungguhnya ucapan “alaikassalam” itu adalah salam untuk orang-orang yang telah mati.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Termizi)

9. Makruh memberi salam dengan isyarat, ini berdasarkan keterangan dari Jabir Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya: “Janganlah kamu memberi salam seperti orang-orang Yahudi, kerana sesungguhnya mereka memberi salam menggunakan dengan kepala, tangan dan isyarat.” (Hadis riwayat an-Nasa’i)

Adapun larangan ini ditujukan khas bagi sesiapa yang mampu memberi salam tetapi tidak mengucapkannya, kecuali jika ada keuzuran, seperti orang bersembahyang, bisu dan orang yang diberi salam itu jauh jaraknya sepertimana yang diriwayatkan daripada ِAsma’ Radhiallahu ‘anha, beliau berkata:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melalui dalam masjid dan dalamnya terdapat sekumpulan wanita yang duduk, maka Baginda memberi isyarat salam dengan tangan Baginda.” (Hadis riwayat at-Termizi)

10. Menentukan salam kepada seseorang atau kumpulan tertentu. Kita ditegah menentukan salam kepada seseorang yang tertentu, kerana salam bertujuan kemesraan, damai dan persaudaraan. Jika menentukan salam, ianya akan menimbulkan buruk sangka serta perasaan iri hati yang membawa kepada permusuhan.

Dari huraian ini, dapatlah disimpulkan bahawa perkara memberi dan menjawab salam itu bukanlah juga mudah, kerana atas tanggapan ia sudah menjadi perkara biasa, tetapi ia mempunyai huraian dan permasalahan yang patut difahami oleh masyarakat kita.
Islam mengajarkan umatnya supaya menanamkan dalam diri dan menjadikan budaya memberi salam sebagai salah satu cara hidup bermasyarakat. Islam menyeru umatnya agar mendoakan saudaranya dengan kesejahteraan. Oleh sebab itu, untuk memupuk amalan memberi salam, kita harus menanamkan budaya memberi salam di kalangan anak-anak kita sejak kecil lagi.

Allah Subhanahu wata’ala telah mengaturkan cara salam untuk umat Islam bagi menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama yang penuh kedamaian, ketenteraman dan ketenangan. Dalam hubungan ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menjadikan salam itu sebagai cara penghormatan bagi ummat kita juga sebagai tanda kesejahteraan bagi orang-orang Zimmi yang ada dalam lindungan kita.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Berikut ini adalah sedutan secara bebas dari Al-Nawawi di dalam al-Azkar . Katanya, memberi salam dan menjawab salam antara lelaki dan perempuan adalah seperti hukum memberi dan menjawab salam sesama lelaki. Sunat bagi seorang perempuan memberi salam kepada lelaki, dan begitulah sebaliknya. Dan, salam itu wajib dijawab. Itu jika perempuan itu adalah mahramnya. Bagaimana pula jika perempuan berkenaan bukan mahramnya?

Apabila perempuan itu bukan mahramnya dan dia merupakan seorang yang cantik jelita yang dikhuatiri akan menimbulkan fitnah, maka seorang lelaki tidak boleh memberi salam kepadanya.

Jika lelaki itu memberi salam, perempuan berkenaan tidak boleh menjawabnya. Begitu juga dengan perempuan itu, dia tidak boleh memberi salam. Jika perempuan itu memberi salam juga, maka makruh hukumnya menjawab salam itu.

Dari Atha’ al-Khurasani, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada bagi wanita itu salam, dan tiada ke atasnya salam.” (HR Ibnul Jauzi) Ia bermaksud, perempuan tidak boleh memberi dan menerima salam kepada atau dari lelaki yang bukan mahramnya.

Dan, jika perempuan itu tua dan tidak mungkin akan menimbulkan fitnah, maka sudah tentu dia boleh memberi salam kepada seorang lelaki. Dan salam itu wajib dijawab oleh lelaki berkenaan. Di atas, adalah hukum memberi salam antara lelaki dan perempuan – seorang dengan seorang.

Bagaimana pula jika memberi salam kepada sekumpulan perempuan yang bukan mahram? Atau perempuan memberi salam kepada sekumpulan lelaki yang bukan mahram?

Al-Nawawi mengatakan bahawa jika perempuan-perempuan berkumpul dalam satu kelompok, maka orang lelaki boleh memberi salam kepada mereka. Atau orang-orang lelaki dalam suatu kelompok memberi salam kepada seorang perempuan, maka hal itu dibolehkan – Apabila tidak ditakutkan timbulnya fitnah bagi kedua belah pihak.

Mengenai perkara ini terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lainnya, dari Asma’ binti Yazid r.a. yang berkata: “Rasulullah s.a.w. lalu di depan sekelompok perempuan yang sedang duduk, maka baginda memberi salam kepada kami.”

Bukhari pula meriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a., katanya: “Ada seorang perempuan tua yang sedang memasak dan menggiling biji-biji sya’ir (gandum). Apabila kami selesai sembahyang Jumaat, pergilah kami memberi salam kepadanya, lalu dia menghidangkan makanan untuk kami.”

Begitulah sebahagian pendapat al-Nawawi di dalam al-Azkar mengenai hukum salam kepada perempuan.

Kesimpulan

1. Memberi salam kepada perempuan mahram adalah seperti hukum memberi salam kepada sesama lelaki.

2. Tidak boleh memberi salam atau menjawab salam perempuan yang dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.

3. Dibenarkan memberi salam kepada perempuan yang dikhuatiri tidak akan menimbulkan fitnah. Dan wajib menjawab salam dari perempuan berkenaan.

4. Dibenarkan memberi salam kepada kelompok wanita. Atau kelompok lelaki memberi salam kepada seorang wanita.

Sekian. Wallahu a’lam.

MENUTUP RAMBUT BAGI WANITA Dr. Yusuf Al-Qardhawi





PERTANYAAN

Ada sebagian orang mengatakan bahwa rambut wanita tidak termasuk aurat dan boleh dibuka. Apakah hal ini benar dan bagaimana dalilnya?

JAWABAN
Telah menjadi suatu ijma' bagi kaum Muslimin di semua negara dan di setiap masa pada semua golongan fuqaha, ulama, ahli-ahli hadis dan ahli tasawuf, bahwa rambut wanita itu termasuk perhiasan yang wajib ditutup, tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan muhrimnya.

Adapun sanad dan dalil dari ijma' tersebut ialah ayat Al-Qur'an:

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah
mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya,
dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka
menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).

Maka, berdasarkan ayat di atas, Allah swt. telah melarang bagi wanita Mukminat untuk memperlihatkan perhiasannya. Kecuali yang lahir (biasa tampak). Di antara para ulama, baik dahulu maupun sekarang, tidak ada yang mengatakan bahwa rambut wanita itu termasuk hal-hal yang lahir; bahkan ulama-ulama yang berpandangan luas, hal itu digolongkan perhiasan yang tidak tampak.

Dalam tafsirnya, Al-Qurthubi mengatakan, "Allah swt. telah melarang kepada kaum wanita, agar dia tidak menampakkan perhiasannya (keindahannya), kecuali kepada orang-orang tertentu; atau perhiasan yang biasa tampak."

Ibnu Mas'ud berkata, "Perhiasan yang lahir (biasa tampak) ialah pakaian." Ditambahkan oleh Ibnu Jubair, "Wajah" Ditambah pula oleh Sa'id Ibnu Jubair dan Al-Auzai, "Wajah, kedua tangan dan pakaian."

Ibnu Abbas, Qatadah dan Al-Masuri Ibnu Makhramah berkata, "Perhiasan (keindahan) yang lahir itu ialah celak, perhiasan dan cincin termasuk dibolehkan (mubah)."

Ibnu Atiyah berkata, "Yang jelas bagi saya ialah yang sesuai dengan arti ayat tersebut, bahwa wanita diperintahkan untuk tidak menampakkan dirinya dalam keadaan berhias yang indah dan supaya berusaha menutupi hal itu. Perkecualian pada bagian-bagian yang kiranya berat untuk menutupinya, karena darurat dan sukar, misalnya wajah dan tangan."

Berkata Al-Qurthubi, "Pandangan Ibnu Atiyah tersebut baik sekali, karena biasanya wajah dan kedua tangan itu tampak di waktu biasa dan ketika melakukan amal ibadat, misalnya salat, ibadat haji dan sebagainya."

Hal yang demikian ini sesuai dengan apa yang diriwayatkanoleh Abu Daud dari Aisyah r.a. bahwa ketika Asma' binti Abu Bakar r.a. bertemu dengan Rasulullah saw, ketika itu Asma' sedang mengenakan pakaian tipis, lalu Rasulullah saw. memalingkan muka seraya bersabda:

"Wahai Asma'! Sesungguhnya, jika seorang wanita
sudah sampai masa haid, maka tidak layak lagi bagi
dirinya menampakkannya, kecuali ini ..." (beliau
mengisyaratkan pada muka dan tangannya).

Dengan demikian, sabda Rasulullah saw. itu menunjukkan bahwa rambut wanita tidak termasuk perhiasan yang boleh ditampakkan, kecuali wajah dan tangan.

Allah swt. telah memerintahkan bagi kaum wanita Mukmin, dalam ayat di atas, untuk menutup tempat-tempat yang biasanya terbuka di bagian dada. Arti Al-Khimar itu ialah "kain untuk menutup kepala," sebagaimana surban bagi laki-laki, sebagaimana keterangan para ulama dan ahli tafsir. Hal ini (hadis yang menganjurkan menutup kepala) tidak terdapat pada hadis manapun.

Al-Qurthubi berkata, "Sebab turunnya ayat tersebut ialah bahwa pada masa itu kaum wanita jika menutup kepala dengan akhmirah (kerudung), maka kerudung itu ditarik ke belakang, sehingga dada, leher dan telinganya tidak tertutup. Maka, Allah swt. memerintahkan untuk menutup bagian mukanya, yaitu dada dan lainnya."

Dalam riwayat Al-Bukhari, bahwa Aisyah r.a. telah berkata, "Mudah-mudahan wanita yang berhijrah itu dirahmati Allah."

Ketika turun ayat tersebut, mereka segera merobek pakaiannya untuk menutupi apa yang terbuka.


Ketika Aisyah r.a.didatangi oleh Hafsah, kemenakannya, anak dari saudaranya yang bernama Abdurrahman r.a. dengan memakai kerudung (khamirah) yang tipis di bagian lehernya, Aisyah r.a. lalu berkata, "Ini amat tipis, idak dapat menutupinya."

Fatawa Qardhawi: Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Cetakan Kedua, 1996
Penerbit Risalah Gusti
Jln. Ikan Mungging XIII/1
Telp./Fax. (031) 339440
Surabaya 60

latihan pendidikan islam tingkatan 2: saiyidina abu hurairah

TINGKATAN 2: SAIDINA ABU HURAIRAH

JAWAB SEMUA SOALAN:

1. Biodata S. Abu Hurairah. (4m)

i.Nama:…………………………………………………………ii.Keturunan………………………………………

iii.Gelaran…....................................................iv.Tarikh wafat/Umur……………………

2. Jelaskan sifat peribadi beliau yang unggul. (3m)

i…………………………………………………………………….ii……………………………………………………………..
iii…………………………………………………………………………………………………………………………………..
3. Saidin Abu Hurairah merupakan salah seorang ‘Ahli Suffah’ yang terkenal. Terangkan maksudAhli Suffah. (2m)

i……………………………………………………………………………………………………………………………………
4. Jelaskan faktor-faktor kejayaan Saidina Abu Hurairah dalam meriwayatkan Hadis (4m)

i……………………………………………………………………ii……………………………………………………………

iii………………………………………………………………….1v…………………………………………………………

5. Sayyidina Abu Hurairah merupakan salah seorang sahabat yang banyak meriwayatkan hadis. Jelaskan sumbangan beliau dalam bidang tersebut. (4m)

i…………………………………………………………………ii……………………………………………………………..

iii………………………………………………………………iv…………………………………………………………...
6. Sebagai seorang pelajar, nyatakan tiga iktibar/pengajaran yang patut dicontohi daripada keperibadian Abu Hurairah. (3m)

i…………………………………………………………………ii………………………………………………………………

latihan pendidikan islam tingkatan 2: menghayati bulan ramadhan

TINGKATAN 2: MENGHAYATI BULAN RAMADHANJAWAB SEMUA SOALAN:1. Terangkan maksud Ramadhan dari segi bahasa dan istilah.Bahasa:………………………………………………………………..Istilah:……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….(4m)2. Apakah maksud “Syahru Mubarak” (2m)………………………………………………………………………………………………………………………………….Nyatakan keistimewaan bulan ramadhan. (4m)i……………………………………………………………………ii……………………………………………………………..iii…………………………………………………………………iv…………………………………………………………….

teknik kuiz

TEKNIK KUIZ
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
Tujuannya ialah :
Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga