Rahsia Solat di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada Waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Menyingkap Kebesaran Allah Melalui Cap Jari



Akal adalah kurniaan Allah ke­pada makhluk yang berna­ma manusia. Melalui akal manusia dapat menganali­sis dan seterusnya menge­nali kebesaran penciptanya yang telah membekalkan akal dan pemikiran untuk meredah kehidupan.

Segala sesuatu pen­ciptaan akan menunjukkan kepada ke­bijaksanaan dan kebesaran Tuhan Yang Maha Pencipta.

Inilah sikap orang her­akal. Mereka akan sentiasa memikirkan tentang segala apa yang diciptakan Allah sama ada di langit mahupun di bumi un­tuk melihat kebesaran Allah. Orang yang beriman akan menundukkan pandangan akalnya untuk sujud kepada kebesaran dan mengagungkan pujian hanya kepa­da Allah pemilik dan pencipta akal yang boleh berfikir.

Firman Allah dalam surah Ali Imran melalui ayat 189 hingga 191 ini menceritakan sikap orang berakal.

"Dan bagi Allah jualah kuasa pemer­intahan langit dan bumi, dan Allah Maha kuasa
atas tiap - tiap sesuatu. Sesung­guhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan Siang,ada tanda tanda (kekuasaan,kebijak­sanaan, dan keluasan rahmat Allah) ba­gi orang orang yang berakal. Iaitu orang - orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring
mengiring,dan mereka pula memikirkan tentang ke­jadian langit dan bumi (sambil berkata ):"Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda benda ini dengan sia sia, Maha Suci Engkcau,maka pelih­aralah kami dari azab neraka"

Antara bukti dan petunjuk kepada kebesaran Allah adalah melalui pencip­taan cap jari manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia akan membawa bersamanya identiti yang tersendiri dan berbeza antara satu dengan yang lain. Manusia seperti makhluk hidup yang lain turut memiliki beberapa rangkaian kromosom yang tersimpan kukuh dalam bentuk genetik dan baka pewarisan. Wa­laupun generasi demi generasi silih ber­ganti dan turun - temurun dilahirkan dari sepasang suami isteri namun cap jari manusia tetap memiliki banyak mis­teri dan seribu satu keunikan yang sukar ditafsirkan oleh ilmu sains dan teknologi. Melainkan ianya adalah bukti kebe­saran dan kekuasaan Tuhan yang Maha Pencipta.

Tanda Kekuasaan Allah SWT

Menurut kefahaman dalam agama Islam semua bani manusia akan dihidup­kan dan dibangkitkan semula pada hari pembalasan. Apabila seseorang manusia itu mati dan telah dikuburkan maka tu­buh serta jasad manusia akan mereput dimamah cacing dan ulat sehingga yang tinggal hanyalah tulang - belulang yang berserakan. Namun menurut janji Al­lah manusia akan tetap dihidupkan dan dibangkitkan semula dalam rupa bentuk fizikal seperti kehidupan di dunia.

Allah SWT telah berjanji bahawa pada Hari Ki­amat kelak Allah SWT akan mengumpulkan kembali segala tulang - belulang biarpun dari mana sahaja ia berada wa­laupun tulang - belulang tersebut telah menjadi atom atom, zarah, abu mahu­pun debu - debu yang halus.

Seorang sahabat nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Adwi Ibnu Abi Rabi­ah telah bertanya : Adakah selepas kematian ini ada kebangkitan semula? Dan bagaimanakah Al­lah SWT akan mengumpulkan tu­lang belulang selepas ianya sudah bertukar menjadi habuk?

Maka Al­lah SWT telah berfirman melalui maksud ayat Surah Al - Qiyamah ayat 4 di bawah yang bermaksud :

"Bukan sebagaimana yang di­sangka itu, bahkan kami berkuasa menyusun dengan sempurnanya segala tulang - tulang jarinya,dan tulang yang lebih halus dari yang lain".

Ternyata kehebatan dan ke­agungan Allah SWT dalam mengembalikan rupa asal manusia hatta sekalipun sehingga rupa asal jari jemari dan urat urat jari yang kita kenali sebagai cap jari.

Kekuasaan Allah dalam membangkitkan manusia tiada batasan. Sedangkan anggota manusia yang paling kecil iaitu hujung jarinya dapat Allah seragamkan apatah lagi anggota badannya yang lebih besar.

Merujuk ayat diatas lafaz banaanah ertinya ‘hujung hujung jarinya.’ Di khaskan penyebutannya disini adalah untuk menunjukkan betapa rupa bentuknya yang sangat ajaib. Begitu halus dan terla­lu rapi serta teliti buatan tuhan di samp­ing terdapat rajah dan jaluran yang pel­bagai jenis.

Kekuasaan dan kebesaran Allah tampak jelas terpancar apabila rajah dan jaluran jari jemari setiap orang ini tidak sama antara satu dengan yang lain. Lan­taran perbezaan inilah zahirlah hikmah penciptaan tuhan iaitu untuk dijadikan pengenalan diri seseorang yang menjadi teras penyelesaian banyak masalah yang melibatkan cap jari dan kemanusiaan.

Dalam ayat ini Allah SWT telah men­erangkan bahawa manusia akan dibang­kitkan dan dikembalikan rupa bentuk jasad tubuh badan milik manusia ber­mula dari sebesar - besar tulang anggota tubuh badan sehinggalah sekecil - kecil tulang termasuk jalur - jalur yang ada di hujung - hujung jari manusia. Tulang ja­ri dan segala daging di jari serta cap jari akan dikembalikan dalam rupa asal. Ini­lah beberapa bukti dan keterangan ke­pada manusia yang mengingkari hari ke­bangkitan.

Aplikasi Cap Jari Melalui Kaedah Saintifik

Para saintis di seluruh dunia telah membuktikan bahawa setiap manusia memiliki sepasang set cap jari yang me­nentukan identiti pemiliknya tersendiri berbeza dengan apa yang dimiliki oleh orang lain walaupun dari pasangan kem­bar seiras.

Cap jari manusia merupakan po­la bekas yang tinggal pada mana - mana permukaan rata oleh kulit timbul pada hujung jari. Kulit timbul ini juga dike­nali sebagai "rabung dermis" atau "pap­ ila dermis".

Cap jari mungkin ditinggal­kan oleh rembesan biasa dari kelenjar ekrin yang terdapat di kulit tangan, atau­pun boleh dibuat oleh dakwat dan bahan cemar lain yang terkena jari dan diting­galkan pada permukaan yang agak licin seperti kad cap jari. Cap jari biasanya di­gunakan sebagai kaedah yang tepat ba­gi mengenal pasti individual Secara unik.

Asas pengenalan cap jari adalah kekal dan berlainan. Secara teori, seba­hagian besar ciri - ciri cap jari ditentu­kan oleh persekitaran pada tempoh bu­lan ke-3 dan ke-4 semasa mengandung, dan ia tidak akan bertukar. Secara prakti­kal, parut dan ketuat mampu mengubah cap jari. Secara fakta, tiada individu pun, termasuk kembar seiras, dipercayai me­miliki cap jari yang sama.

Pada tahun 1892, Sir Francis Galton mendapati bahawa cap jari biasa memi­liki 35-50 titik pengenalan ("minutiae") dan kemungkinan dua yang sama adalah 1 dalam 64 bilion. Dengan jumlah pen­duduk dunia hanya 6.5 bilion pada tahun 2006 berbanding 64 bilion ianya mustahil bagi mengenal pasti dua cap jari yang sama.

Hujung jari bukannya satu satu bahagian badan manusia yang mempu­nyai rabung geser (friction ridges). la ju­ga terdapat pada sepanjang jari, telapak tangan, dan kulit yang seumpamanya pada ibu jari kaki dan ianya turut juga di­gunakan sebagai pengenalan forsenik.

Tegasnya pasti ada hikmah dan rah­sia yang tersirat dan tersimpan di sebalik perbezaan rupa cap jari yang telah dicip­takan Allah Yang Maha Pencipta dengan rupa yang berbeza. Melalui pengkajian dan penemuan para sainstis perbezaan ini dapat diaplikasikan kepada banyak lapangan kehidupan manusia. Antara fungsi yang terpenting melalui perbezaan cap jari manusia ini ialah, pembemukan sistem pengenalan diri. Melalui kepel­bagaian perbezaan cap jari sistem kad pengenalan dapat dibentuk.

Pembentukan sistem pengenalan ini dapat membantu menyelesaikan banyak kes kes polis seperti kecurian, pem­bunuhan serta jenayah yang melibat­kan perlakuan seksual apabila teknologi DNA ( Deoxyribonucleic Acid ) dan per­bezaan cap jari dapat dikenal pasti oleh Unit Forensik pihak polis. Sistem penge­nalan diri melalui perbezaan cap jari ju­ga akan membantu mewujudkan sistem kerajaan elektronik atau lebih dikenali sebagai istilah e-government. Sistem ke­selamatan rekod bank dan aset milik in­dividu juga turut terjamin apabila sistem pengenalan diri dapat mengenal pasti pemilik sebenar demi memelihara kes­elamatan akaun peribadi dan tidak mu­dah diselewengkan dengan sewenang­wenangnya oleh penjenayah kolar putih

Rahsia Jari —Jemari Manusia

jari - jemari manusia menyimpan seribu satu, rahsia pemiliknya. Antara misteri jari ialah penentu kepada kesi­hatan manusia. Menurut ajaran Islam se­seorang perempuan yang ingin dikahwini juga adalah diseru agar dilihat dan diper­hatikan kepada jari. Melaluinya kesihat­an keseluruhan tubuh badan dapat di­pastikan oleh pihak lelaki.

Sebagai bukti kekuasaan Allah yang telah menjadikan jari ialah bagaimana penghidap kenc­ing manis juga adalah dinasihatkan oleh pakar kesihatan agar membuat pemerik­saan sendiri terutamanya pada jari - je­mari dan juga jari kaki yang sering kebas untuk mengesan tanda luka atau jangki­tan. Ini kerana deria rasa sakit penghi­dap kencing manis akan berkurangan. Rawatan awal ini dapat mengelak jangki­tan merebak dengan lebih dahsyat.

Selain itu perokok tegar juga dapat dikesan melalui tanda-tanda tindak bal­as bahan kimia dalam rokok yang ter­dapat di jari-jemari. Buktinya setiap ka­li perokok menyedut, dia akan menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk pada setiap inci tubuh pero­kok. Antara kesan serius ini ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari-je­mari perokok akan menjadi kuning.

Manakala dalam masyarakat Cina lebih gemar menilik dan mem­belek tangan serta kulit timbul di jari jemari untuk menilik masa depan ses­eorang. Pemerhatian yang mendalam dengan mengambil kira susur galur urat di jari-jemari akan mencerita­kan banyak rahsia seperti kebahagia­an dan kecelakaan seseorang menurut pengamalan masyarakat Cina.


Antara tanda kebesaran Allah yg ada pada tubuh manusia

Manakala dalam masyarakat Melayu yang sinonim dengan penghayatan Islam pula mengembalikan rahsia ja­ri dan cap jari adalah milik Allah pen­cipta manusia. Namun sekiranya kita perhatikan jaluran urat di tapak tan­gan kanan akan tertera nombor Ar­ab 18 dan tapak tangan di bahagian kiri pula akan tercatat nombor 81. ji­ka seorang hamba Allah berdoa ma­ka kedua-dua tapak tangan ini akan dicantumkan dan cantuman ini akan menjadikan angka. 99. Nombor 99 ini boleh diertikan dengan 99 nama Al­lah yang Maha Agung lagi Maha Mulia.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah mem­beritahu para sahabat dan umat Islam bahawa Allah memiliki 99 nama yang in­dah dan diberkati maka berdoalah ke­pada Allah melalui sifat-Nya yang agung dan terpuji.

Hakikatnya jari dan cap jari meru­pakan tanda di antara tanda kekuasaan Allah.

Kondisi dan struktur jaringan halus urat timbul yang kompleks ini telah menyebabkan proses sains dan teknologi makin berkembang pesat untuk meng­kaji serta menyelidik demi menambah baik kesenangan dan keselesaan hidup manusia pada masa mendatang. Walau­pun situasi jenayah makin bertukar dan berkembang pesat selari dengan kepe­satan teknologi namun adalah sesuatu yang mustahil di alam ini bagi meng­hilangkan dan melenyapkan identiti diri kerana setiap penciptaan manusia ada hikmah yang tersirat dan tersimpul di se­balik kejadiannya.

Nasihat Untuk Penuntut Ilmu

Ketahuilah, salah seorang murid Al Ghazali yang telah menyertai gurunya selama bertahun-tahun bertanya-tanya kepada dirinya. Ia berguru, menemani dan melayani gurunya dalam waktu yang cukup lama. Berbagai ilmu dan pengalaman spiritual telah diperolehnya, tetapi ia masih merasa ragu terhadap dirinya. Ia berkata kepada dirinya, "Saya telah membaca berbagai macam ilmu. Usiaku habis untuk belajar dan mengumpulkan bermacam-macam ilmu. Hingga sekarang saya tidak mengetahui ilmu yang mana yang bermanfaat bagiku dan menemaniku kelak di alam kubur. Saya juga tidak tahu ilmu mana yang tidak bermanfaat bagiku sehingga saya harus meninggalkannya. Padahal Rasulullah saw. telah berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat."

Ia terus berfikir dan berfikir hingga akhirnya mengambil keputusan untuk menulis surat kepada gurunya, Al Ghazali. Ia mengadu kepadanya kegelisahan hatinya dan meminta nasihat. Ia mengaku sudah banyak memperolehi ilmu pelajaran dari gurunya, namu yang dicari belum ditemui. Salah satu ucapan yang disampaikan kepada gurunya adalah sebagai berikut: "Beberapa buku karangan Syeikh, seperti Kitab Ihya’ dan kitab-kitab yang lain memang sudah menjawab masalah saya. Akan tetapi, maksud saya di sini adalah agar Syeikh menuliskan untuk saya nasihat yang tertulis hanya dalam beberapa lembaran kertas yang saya dapat membawanya sepanjang hidup saya dan mengamalkannya."


Kemudian Al Ghazali membalas surat itu kepada muridnya sebagaimana berikut:

Ilmu adalah Untuk Diamalkan

Ketahuilah, wahai anakku yang mulia dan sahabat yang ikhlas, - semoga Allah menetapkan ketaatanmu kepadaNya dan melangkahkan kakimu dijalan para kekasihNya-, Sesungguhnya tebaran nasihat ditulis dari risalah Rasulullah saw. Jika nasihat dari Baginda telah sampai kepadamu, maka nasihat apa lagi yang kamu perlukan dariku. Jika belum sampai, maka katakan kepadaku apa yang telah kamu perolehi selama bertahun-tahun ini dari ilmu yang telah kau raih? Sementara pada saat yang sama engkau habiskan waktumu mencari ilmu itu.

Wahai Anakku di antara nasihat Rasulullah saw yang sangat berharga adalah sabda Baginda ini:

"Tanda-tanda Allah berpaling dari hambaNya adalah kesibukan hamba itu dengan sesuatu yang tidak bererti. Jika seseorang sesaat saja dari usianya hilang untuk sesuatu yang tidak berguna bagi tujuan penciptaannya, maka patut baginya mendapatkan kerugian yang panjang; dan barangsiapa telah melewati umur 40 tahun dan kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah ia ke neraka."

Nasihat ini sudah cukup bagi orang yang benar-benar menuntut ilmu. Wahai Anakku, urusan nasihat sangat mudah, yang susah adalah menerima nasihat. Kerana menerima nasihat bagi hawa nafsu terasa pahit, sementara larangan-larangan itulah yang disukai oleh sebahagian besar manusia, khususnya bagi orang yang hanya sibuk mencari ilmu, di mana ilmunya itu digunakan hanya untuk memperoleh keagungan dan kemulian dunia. Dengan upayanya mencari ilmu itu - dia hanya bertujuan untuk mendapatkan ilmu semata - bukan untuk diamalkan - agar ilmu tersebut dinisbatkan kepadanya.

Dengan demikian orang akan berkata "Si Fulan seorang yang berilmu (sarjana, master, doktor dll) dan mulia". Orang yang terakhir ini hidupnya hanya sibuk mengurusi nafsu dan memasuki lorong-lorong kehidupan dunia. Ia mengira bahawa dengan mendapatkan ilmu semata, kehidupannya akan selamat dan terlepas dari kesengsaraan. Ia tidak perlu beramal. Ini adalah keyakinan para filosofi( ahli falsafah/Muktazilah). Mahasuci Allah. Ia tidak mengetahui ketentuan ini ketika sudah mendapatkan ilmu dan tidak mengamalkannya, jesteru ia berhujah dengan pelbagai dalil yang memperkuatkan pandangannya bahawa ilmu untuk ilmu, bukan untuk amal. Rasulullah saw. bersabda:

"Manusia yang mendapatkan azab paling berat di akhirat adalah orang yang berilmu yang Allah tidak memberinya kemanfaatan atas ilmunya."

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi meriwayatkan dari Mansur Ibn Zadan yang berkata, "Telah sampai khabar kepada kami, bahawa apabila orang berilmu tidak memperolehi manfaat dari ilmunya itu, para penghuni Neraka berteriak kerana mencium baunya yang busuk. Mereka—para penghuni neraka itu— berkata kepadanya, "Apa yang telah kamu perbuat, wahai orang yang keji? Kamu telah mengganggu kami dengan baumu yang busuk. Apakah tidak cukup bagimu rasa sakit dan keburukan kami?" Orang yang berilmu itu menjawab, "Dulu aku ini orang berilmu, tetapi aku tidak memperoleh manfaat dari ilmuku."

Diriwayatkan bahawa Al Junaidi setelah wafat memperlihatkan dirinya dalam tidurku(mimpi), lalu ditanyakan kepadanya, "Apa kkabar? hai Abu Al Qasim (panggilan Al Junaidi)?" Ia menjawab, "Semua ungkapan (ilmu) telah rosak dan isyarat-isyarat (ilmu yang lebih dalam) juga musnah. Tidak ada yang memberi kami manfaat kecuali rakaat-rakaat yang kami rukuk di tengah malam."

Wahai Anakku, Janganlah kamu menjadi orang yang muflis sebab amalmu, dan jangan pula batinmu dalam keadaan kosong dari zikir pada Allah. Yakinlah bahawa ilmu semata-mata tanpa amal tidak mungkin boleh diharapkan.

Contohnya, andainya seorang lelaki gagah di tengah gurun sendirian memiliki sepuluh pedang India yang sangat kuat dan beberapa harta lainnya dan dia dikenali seorang yang berani dan pahlawan perang.Kemudian seekor singa yang sangat besar menghampirinya dan mahu menerkamnya. Apa pendapatmu, apakah senjata-senjata yang hebat itu mampu mencegah lelaki itu dari terkaman singa jika ia tidak menggunakan dan menghentamkannya kepada singa? Sudah pasti senjata-senjata itu tidak mampu melindunginya kecuali dengan digerak-gerakkan.

Demikian juga jika seseorang telah membaca 100 000 masalah ilmiah dan berhasil menguasainya, tetapi tidak mengamalkannya, maka ilmu-ilmu itu tidak akan memberinya manfaat kecuali dengan mengamalkannva.

Contoh lain; jika seseorang yang menghidapi sakit kuning, dan ia mengetahui bahawa kesembuhannya hanya dengan ubatan tertentu, maka ia tidak mungkin sembuh kecuali dengan meminum ubat itu.

Seandainya kamu telah belajar puluhan tahun, membaca banyak buku dan menguasai berbagai macam ilmu, lalu kamu menyimpan kitah-kitab sebagai bahan koleksi pribadi, maka semua itu tidak akan menolong dan menjadikanmu memperolehi manfaat kecuali dengan mengamalkannya.

Allah swt. berfirman:

"Dan bahwa manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."
(QS. Al Najm: 39).

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya. maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh." (QS. Al Kahfi: 110).

"Sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan."
(Qs. Al Taubah: 82).

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh. bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya. mereka tidak ingin berpindah darinya." (QS. Al Kahfi: 107-108).

"Kecuali orang-orang yang bertobat, beriman dan mengerjakan amal saleh." (Qs. Al Furqan: 70).

Apa pula pendapatmu tentang hadis berikut ini:

"Islam dibangunkan di atas lima [dasar]: bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah bagi yang mampu [menempuh] perjalanan ke sana."

Iman adalah diucapkan dengan lidah, dibenarkan dengan hati dan dilakukan dengan organ-organ tubuh. Ini merupakan antara dalil yang menunjukkan keharusan beramal bagi orang yang menganggap bahawa seseorang boleh sampai ke syurga berkat keutamaan dan kemuliaan Allah. Akan tetapi, hal ini hanya mungkin tercapai setelah orang itu melakukan ketaatan dan beribadah kepadaNya, kerana rahmat dan keutamaan Allah hanya untuk orang-orang yang mendekati kebaikan. Yakni golongan orang baik.

Seandainya dikatakan pula bahwa syurga dapat dicapai dengan iman semata-mata, maka kami jawab, "Benar, tetapi sampai bila?" Berapa banyak rintangan untuk menuju syurga yang harus ditempuh jika benar-benar ingin sampai. Ujian pertama adalah ujian iman. Apakah iman yang dimilikinya berjaya dipertahankan dan tidak tercabut dari hatinya, atau sebaliknya? Jika imannya selamat, apakah ia termasuk orang yang khianat atau muflis?

Hasan Basri berkata. "Allah pada hari kiamat akan berkata kepada hamba-hambaNya, "Masuklah hai hamba-hambaKu ke syurga sebab rahmatKu dan berbahagialah kamu dengan amalmu."

Wahai Anakku, selama kamu tidak beramal, maka kamu tidak mendapatkan upah (pahala).
Dikisahkan bahawa seorang pemuda Bani Israil telah menyembah Allah selama 70 tahun. Allah swt. ingin memperlihatkannya kepada para malaikat, Maka diutuslah satu malaikat untuk memberikan khabar kepadanya bahawa ibadah yang selama ini dilakukannya belum menjadikannya layak masuk syurga. Ketika khabar itu diterimanya, ia menjawabnya demikian. "Kami memang diciptakan untuk beribadah. Kerana itu, kami harus menyembahNya." Ketika malaikat itu kembali dan menghadap Allah, ia mengadu, "Tuhanku, Engkau lebih tahu atas apa yang ia katakan." Allah pun menjawab, "Jika ia tidak berpaling dari beribadah kepada Kami, maka Kami bersama kemuliaan Kami tidak berpaling darinya. Saksikanlah, hai malaikat-malaikatKu, sesungguhnya Aku telah mengampuninya."

Umar Al-Khatab berkata:
"Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab dan timbanglah amal kalian sebelum (amal)kalian ditimbang."

Ali bin Abi Thalib ra berkata, "Barangsiapa mengira bahawa dengan tanpa amal boleh sampai ke syurga, maka ia seorang kaki angan-angan (pengkhayal). Barangsiapa menyangka bahawa ia boleh sampai ke syurga hanya kerana amalnya, bererti ia adalah orang yang tidak merasa perlu akan rahmat Allah."

Al Hasan berkata, "Mencari syurga dengan tanpa amal adalah satu di antara dosa-dosa [besar]." la juga berkata, "Tanda kebenaran yang hakiki adalah meninggalkan perbuatan yang memperhatikan amal dan bukan meninggalkan amal."

Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang cerdik adalah orang yang jiwanya dekat (pendek) dan beramal untuk sesuatu sesudah mati. Orang yang bodoh adalah orang yang mengikuti hawa nafsu dan mengangan-angankan Allah dengan angan-angan."
(Al Imam Al Ghazali)

~Allah..Allah..semoga kita dapat istiqomah dalam beramal dan tidak tertipu dengan apa yang kita miliki..kerana nilai Syurga amatlah tinggi dan tidak ternilai,pasti maharnya(usaha memperolehi Syurga) juga tinggi..beramallah sebanyak-banyaknya bukan sekadar untuk mengejar nikmatnya Syurga, tapi kerana itulah nilai sebenar kehambaan kita pada Maha Pencipta...Semoga Allah memudahkan jalan kita menuju padaNYA..aminn Ya Rabb..

Nikmat Syurga

Abu Hurairah r.a. berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga! Jawabnya yang bermaksud:

Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: imam (pemimpin hakim) yang adil. Dan orang puasa ketika berbuka. Dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya.

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus). Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu: Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.

Ibn Abbas r.a. berkata: Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku.

Mujahid berkata: Bumi syuga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.

Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.

Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini? Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan). Nabi s.a.w. bertanya: Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada' dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka.

Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta redaMu, Kami minta redaMu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka

dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.

Abul-Laits berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihatNya. Dan erti nasihat kepadaNya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan: Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.

Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.

Dalam riwayat lain: Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.

Zaid bin Arqam r.a. berkata: Seorang ahli kitab datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan munum? Jawab Nabi s.a.w.: Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, seorang ahli syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum dan jima' (bersetubuh). Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran? Jawab Nabi s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat) yang berbau harum bagaikan kasturi.

Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.

Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.

Ibn Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum dan yang kedua Ud khuluha bisalamin aminin yang ketiga: Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun. Dan yang keempat: Rufi'at ankumul ahzanu wal humum. Kelima: Albasakum alhuli wal hulal. Keenam: Zawwa jakum ul hurul iin. Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun. Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassdidiqin. Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun. Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran. Ertinya:-

1. Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.

2. Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.

3. Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

4. Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.

5. Kami memberimu pakaian dan perhiasan.

6. Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.

7. Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.

8. Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.

9. Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.

10. Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.

Abul-Laits berkata: Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima macam:-

1.Menahan dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu dari maksiat maka syurga tempatnya.

2.Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.

3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah yang bermaksud: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.

4.Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud: Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.

5.Memperbanyak doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah. Sebagaimana ahli nikmat berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidk pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia. Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang; Kamu cukup dengan itu tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan itu untuk syurga sedang kau jadikan untuk tandas, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.

Ibrahim bin Adham ketika akan masuk ke tempat pemandian, dilarang oleh penjaganya:

Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya, maka ia menangis dan berdoa: Ya Allah

seorang untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa upah, maka bagaimana

saya akan masuk ke tempat para nabi dan siddiqin tanpa upah (Cuma-Cuma)?

Tersebut dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: Hai Anak Adam

kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mahu membeli syurga dengan

harga murah, ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan,

tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat.

Abu Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka. Padahal kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran.

Yahya bainMu'adz Arrazi berkata: Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka neraka berdoa: Ya Allah hindarkan ia dari neraka.

Semoga Allah menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami ke dalam syurga. Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.

Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini. Jawab Tuhan: Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu. Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan: Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya: Apakah kau tidak minta? Jawabnya: Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah: Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.

Abdullah bin Mas'ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.

Dalam hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.

Firman Allah yang bermaksud:

Kami cipta mereka baru dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya untuk orang-orang ahli yamin.

Hadis kedua: Iman, Islam dan Ihsan

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .

[رواه مسلم]



Arti hadits / ترجمة الحديث :

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi lalu melagakan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahawa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu baginda bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhirat dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu baginda bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (bila kejadiannya)”. Baginda bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, baginda bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian baginda (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.(Riwayat Muslim)

Catatan :

Hadits ini merupakan hadits yang sangat dalam maknanya, kerana didalamnya terdapat pokok-pokok ajaran Islam, iaitu Iman, Islam dan Ihsan.

Hadits ini mengandung makna yang sangat agung kerana berasal dari dua makhluk Allah yang dipercayai,iaitu: Amiinussamaa’ (kepercayaan makhluk di langit/Jibril) dan Amiinul Ardh (kepercayaan makhluk di bumi/ Rasulullah)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

Disunnahkan untuk memperhatikan kondisi pakaian, penampilan dan kebersihan, khususnya jika menghadapi ulama, orang-orang mulia dan penguasa.

Siapa yang menghadiri majlis ilmu dan menyangka bahawa orang–orang yang hadir tidak bertanya untuk mengetahui suatu masalah, maka wajib baginya bertanya tentang hal tersebut meskipun dia mengetahuinya agar peserta yang hadir dapat mengambil manfaat darinya.

Jika seseorang yang ditanya tentang sesuatu maka tidak ada cela baginya untuk berkata: “Saya tidak tahu“, dan hal tersebut tidak mengurangi kedudukannya.

Kemungkinan malaikat tampil dalam wujud manusia.

Termasuk tanda hari kiamat adalah banyaknya pembangkangan terhadap kedua orang tua. Sehingga anak-anak memperlakukan kedua orang tuanya sebagaimana seorang tuan memperlakukan hambanya.

Didalamnya terdapat dalil bahawa perkara ghaib tidak ada yang mengetahuinya selain Allah ta’ala.

Didalamnya terdapat keterangan tentang adab dan cara duduk dalam majlis ilmu.

Hadis Pertama Bab setiap amal menurut niat

عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَابِ قًالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ
وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنَّيَا يُصِيْبُهَا أَوِمْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهَجْرَتُهُ إِلَى مَا هَا جَرَإِلَيْهِ

Dari Umar bin Khattab r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Amal itu hanya dengan niat,
Setiap orang hanya memperoleh menurut apa yang diniatkan.
Sesiapa yang ada niat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya memperoleh (pahala hijran) kerana Allah dan RasulNya
Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak
dicapainya atau wanita yang hendak dikahwininya, maka
hijrahnya (mendapat balasan) menurut tujuan hijrahnya".
Hadis sahih riwayat Muslim

Huraian

Hadis ini membicarakan tentang persoalan niat dalam melakukan amalan-amalan.

Niat dari sudut bahasa bermaksud mensasarkan sesuatu perbuatan atau hasrat untuk melakukan sesuatu tindakan. Dari sudut Syara` ia bermaksud berhasrat melakukan sesuatu serta diringi dengan perlakuan.

Tujuan berniat terbahagi pada dua. Pertamanya; bertujuan membezakan status antara amalan. Ia pula terbahagi dua. Pertamanya niat yang bertujuan membezakan antara amalan adat dan amalan ibadat. Contohnya untuk membezakan antara perbuatan mandi keranan adat kebiasaan harian di awal pagi atau kerana mengangkat hadas besar. Kedua, niat yang bertujuan membezakan antara amalan wajib dan sunat. Misalnya perbuatan memberi harta kepada orang miskin. Adakah ia kerana bayaran zakat atau kerana sedekah yang sunat. Niat akan membezakan status amalan kedua-duanya.

Keduanya, niat yang bertujuan membezakan untuk siapa seseorang itu beramal. Niat inilah yang diberikan contoh oleh baginda dalam hadis. Adakah seseorang itu berhijrah kerana Allah? Atau kerana berhasrat mendapatkan habuan dunia? Atau kerana seorang perempuan?

Sebaik penghijrahan Nabi saw ini, semua orang Islam yang berada di Mekah diwajibkan berhijrah ke Madinah keranan Madinah telah menjadi negeri Islam dan Mekah pula adalah negeri kufur. Orang Islam wajib berhijrah dari negeri kufur yang memerangi Islam dan tidak membenarkan penganutnya beraqidah dan beramal dengan Islam. Justeru itu, para sahabat mula keluar berhijrah ke Madinah secara beramai-ramai. Tetapi apakah niat mereka ketika berhijrah?Niat adalah amalan di dalam hati. Tiada siapa yang mengetahuinya. Justeru niat hijrah hanya diketahui oleh Allah. Sekiranya seseorang itu berhijrah dengan hasrat dan niat menuju redha Allah maka hukumnya di sisi Allah ialah hijrah itu adalah hijrah menuju kepada Allah dan RasulNya. Sebaliknya jika keranna dunia atau perempuan maka hijrahnya tidak mendapat pahala.

Dunia mempunyai dua maksud. Pertamanya amalan dunia yang harus seperti mengumpul harta dan berkahwin. Keduanya amalan dunia yang haram seperti mengumpul harta dengan cara haram dan berkahwin dengan mahram sendiri. Amalan dunia yang harus tidak dicela. Ia diharuskan dengan maksud tidak dikira pahala atau dosa. Namun, amalan dunia yang harus boleh bertukar menjadi sunat atau haram dengan niat. Umpamanya mengumpul harta dengan niat membina masjid untuk umat Islam, maka hukumnya adalah sunat. Sekiranya diniatkan untuk membeli barang-barang haram maka hukumnya adalah haram.

Hijrah ke Madinah adalah amalan yang wajib. Sesiapa yang berhijrah terlepaslah dosanya. Adapun persoalan pahala, ia bergantung kepada niat. Sekiranya dilakukan kerana Allah pasti diberi pahala. Sebaliknya jika dilakukan dengan tujuan mendapat habuan dunia yang harus, maka pahalanya tidak akan diperolehi.Ini kerana syarat mendapat pahala ialah sesuatu amalan dilakukan kerana Allah. Oleh kerana ia dilakukan kerana Allah, wajarlah bagi Allah memberi ganjarannya di Akhirat. Tetapi jika dilakukan untuk mendapat habuan dan ganjaran serta imbalan dunia semata-mata maka tentu tidak wajar menuntut ganjaran pahalanya daripada Allah

Kisah Juha dengan perompak

Suatu ketika, Juha adalah seorang saudagar yang terkenal lagi kaya raya dan dia juga di kenali sebagai saudagar yang pemurah lagi baik hati, amanah serta suka membuat kebajikan. Dia hidup berdua sahaja iaitu dengan isterinya di dalam sebuah rumah yang sungguh besar. Mereka ditakdirkan Allah tidak mempunyai cahaya mata walaupun seorang.

Maka telah menjadi kebiasaan bagi Juha bahawa seluruh hartanya sama ada yang diperolehi dari hasil perniagaan atau sebagainya dia akan menyimpannya di dalam sebuah peti besi yang besar yang kemudiannya peti besi tersebut di simpan di dalam sebuah bilik khas di dalam rumahnya.

Dalam masa yang sama dia tidak pernah mengupah pengawal walau seorang pun untuk menjaga rumahnya sedangkan rumahnya itu sentiasa menjadi intipan perompak-perompak yang berkeliaran di dalam bandar tersebut. Juha hanya bertawakal kepada Allah swt atas segalanya.

Maka untuk jadi cerita, pada suatu malam entah macamana tiba-tiba Juha terkejut dari tidur. Kerana apa! kerana dia terdengar suara tapak kaki orang berjalan-jalan di atas bumbung rumahnya. Dia merasakan sudah pastilah ada orang menceroboh masuk ke dalam kawasan rumahnya, dan orang itu tak lain mestilah perompak.

Serta merta badannya menggeletar ketakutan kerana kebetulan dia terdengar si perompak di atas bumbung rumahnya itu mengatakan sesama mereka: "Malam ini kita mesti rompak seluruh harta yang dimiliki oleh Juha....kita jangan tinggalkan walau satu pun. Dan kalau dia melawan, maka kita bunuh dia dan isterinya !".

Bertambah menggeletarlah Juha dibuatnya kerana terlalu takut. Tetapi dia cuba mengawal diri dan perasaannya....lalu dia duduk di atas katil, termenung seketika sambil mulutnya kumat-kamit tidak habis-habis mengucapkan kalimah syahadah. Dan dalam kepalanya terfikir bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini, bagaimana untuk menyelamatkan dirinya, isterinya dan juga harta benda kepunyaannya.

Tanpa berlengah dia terus mengejutkan isterinya dengan perlahan dan tenang dan dia memberitahu isterinya tentang apa yang sedang berlaku. Setelah agak lama, akhirnya Juha mendapat satu jalan, maka dia pun meminta isterinya supaya berpura-pura berselisih faham dengannya serta memarah-marahnya dengan suara yang tinggi supaya dapat di dengar oleh perompak yang berada di atas bumbung rumah mereka. Juha memberitahu isterinya supaya menanyakan kepadanya dengan suara yang lantang tentang dari manakah dia memperolehi seluruh harta yang di milikinya sekarang ini...dan bagaimanakah caranya! : "Kamu tanyakanlah berulang-kali sehingga aku terpaksa menceritakan tentang rahsia diriku yang sebenarnya kepada kamu yang ianya sama sekali tidak di ketahui oleh sesiapa pun !" tambah Juha dengan berbisik-bisik kepada isterinya.

Lantas si isteri pun mulalah bertanya sepertimana yang di pinta oleh Juha dengan suara yang lantang berulang-kali isterinya berkata :

"Wahai Juha! aku ini isteri kamu. Jadi mengapa pulak kamu tidak percaya denganku!. Mengapa mesti kamu rahsiakan dariku tentang perkara yang sebenarnya ! tentang bagaimana caranya kamu boleh beroleh seluruh harta kekayaan yang kamu miliki sekarang ini....kita sudah lama berkahwin dan aku masih ingat lagi bahawa semasa kita berkahwin dulu kamu tidaklah kaya seperti ini....bahkan hidup kamu miskin papa kedana. Dan aku rasa orang tua kamu tidak ada mewariskan apa-apa harta kekayaan buat kamu. Jadi tolonglah ceritakan kepadaku apakah rahsianya! janganlah kamu menyembunyikannya dariku wahai Juha!".

Lalu Juha pun berkata dengan nada yang perlahan bercampur sedih: "Setelah begini lama kamu hidup denganku barulah kamu mahu bertanya dari mana dan bagaimana aku memperolehi seluruh harta kekayaan yang aku milikinya sekarang ini!".

"Wahai isteriku! bukankah kamu tahu bahawa aku ini adalah seorang saudagar aku ini seorang peniaga yang mahsyur yang dulunya aku terpaksa bekerja keras...bertungkus lumus menempuh berbagai kesusahan dan rintangan maka sudah wajarlah aku memperolehi segala apa yang aku miliki sekarang ini. Dan semua hartaku ini adalah datang dari hasil usahaku yang halal hingga dengan itu aku dapat membuat berbagai kebajikan...aku boleh sedekah sana sini. Dan aku rasa semua orang tahu akan cerita ini, jadi bagaimanalah kamu isteriku tak tahu tentang ini, teman hidup sematiku.... sepatutnya kamulah yang lebih tahu tentang ini. Tetapi kamu yang banyak bertanya pula, sepatutnya kamulah orang yang paling faham dan yang paling tahu tentangku. Semoga Allah mengampunkan kamu wahai isteriku!".

Isterinya tambah tidak berpuashati bahkan si isteri terus berkata serta melaungkan suara semakin kuat: "Wahai Juha suamiku! janganlah kamu berpura-pura! kamu banyak bersedekah dan berbuat kebajikan semua itu supaya orang mengatakan bahawa kamu adalah seorang yang baik hati!. Aku sama sekali tidak percaya segala apa yang kamu sebutkan tadi semua itu adalah tipu dan bohong belaka. Yang semoga dengan itu kamu akan dapat menipu orang ramai dengan begitu mudah sekali. Walau bagaimana pun aku yakin dan percaya bahawa di sebalik ini semua tersembunyi suatu rahsia yang besar dan penting sekali. Masakan harta kekayaan ini semua kamu dapat memperolehinya dalam masa yang singkat!".

Segala pertelingkahan mereka berdua sebenarnya didengar oleh perompak-perompak yang berada di atas bumbung. Mereka mendengar dengan penuh teliti sekali sehinggakan mereka tidak sabar untuk mengetahui apakah rahsia Juha yang sebenarnya saling mereka berpandangan sesama mereka. Dan perkara ini menimbulkan tanda tanya dalam kotak fikiran mereka dan mulalah mereka menyangka yang bukan-bukan tentang bagaimana Juha memperolehi segala harta kekayaannya.

Dan kebetulan mereka pun tidak pernah mendengar bagaimana kisah Juha menjadi kaya, mereka tidak pernah tahu bagaimana kisah perniagaan Juha. Yang mereka tahu ialah tiba-tiba Juha mempunyai rumah besar, harta yang banyak. Di kala itu juga mereka cuba-cuba untuk mengintai-ngintai ke bawah, untuk melihat apa yang sedang di lakukan oleh Juha.

Selang beberapa ketika..kedengaran suara isteri Juha memaksa Juha untuk menceritakan juga apakah rahsia yang sebenarnya. Dia berharap semoga Juha tidak lagi menyimpam rahsia tersebut darinya. Kerana sesungguhnya dia telah berbakti dengan penuh ikhlas sebagai isterinya jadi janganlah pula Juha tidak mempercayainya, bersungguh-sungguh isteri Juha memujuknya, hingga akhirnya oleh kerana tidak tahan isteri Juha pun terus menangis sambil terluncur dari mulutnya :

"Wahai Juha! aku mengingatkan kamu buat kali yang terakhir, iaitu jika kamu tetap juga tidak mahu menceritakan rahsia tersebut, maka sekarang ini juga aku akan keluar rumah meninggalkan kamu seorang diri dan aku tidak akan pulang ke sini sampai bila-bila !".

Juha terperanjat melihatkan gelagat isterinya, hinggakan sanggup dia memperkatakan yang sedemikian itu. Akan tetapi ini semakin menjadikan dia bersemangat untuk memperlakonkan kedudukannya dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Maka dia pun menenangkan isterinya, di pujuknya sambil dia berjanji bahawa dia akan menceritakan rahsia tersebut tetapi dengan syarat hendaklah si isteri menyimpan rahsia tersebut dengan penuh amanah, jangan di ceritakan pada sesiapa pun dan jangan rahsianya terbocor. Serta-merta isterinya berhenti menangis seraya berjanji bahawa dia tidak akan membocorkan rahsia tersebut.

Kemudian Juha pun mulalah bercerita: "Sebenarnya aku dulu adalah seorang perompak yang terkenal...yang sangat pintar....lagi sungguh hebat. Aku mempunyai pengikut yang ramai...mereka semuanya berani, ganas lagi jahat. Bagaimana aku boleh jadi ketua ! sebab aku mempunyai satu ilmu yang ilmu itu tidak ada pada perompak yang lain. Iaitu aku telah mempelajari satu ilmu sihir daripada seorang ahli sihir hindu yang ilmu tersebut sangat merbahaya tetapi sungguh canggih !".

"Kelebihan ilmu ini ialah apabila aku mahu merompak rumah orang kaya caranya begini....aku akan masuk ke dalam rumah orang kaya tersebut tanpa di ketahui...dan aku akan ambil seluruh harta kepunyaannya...setelah itu aku akan keluar semula dengan selamat. Lamalah juga aku melakukannya hinggalah aku benar-benar kaya sekarang ini....setelah agak lama barulah aku berpindah ke bandar ini. Aku bawa seluruh harta kepunyaanku dan orang di bandar ini tidak tahu langsung asal usul ku...apa yang aku lakukan sebelum ini. Tetapi semua itu bukan boleh di lakukan begitu saja...ianya ada bacaan tertentu !".

Ini menjadikan perompak-perompak mendengar bersungguh-sungguh....mereka tidak sabar untuk mengetahui apakah bacaan tersebut. Mereka bertambah seronok lagi apabila mendengar isteri Juha segera memujuknya agar memberitahu apakah bacaan tersebut. Juha tersetuju...tetapi dengan syarat jangan di bocorkan rahsianya ini kerana dia tidak mahu orang lain menggunakannya untuk melakukan kejahatan lagi kerana dia telah bertaubat. Si isteri pun bersetuju....Juha pun menghampiri isterinya...jadi para perompak pun terpaksalah mendengar dengan penuh teliti sekali.

Juha menyambung ceritanya lagi : "Cara aku merompak dulu ialah.....aku akan panjat ke atas bumbung rumah orang tersebut...dan tempat yang aku cari mula-mula sekali ialah aku cari tempat ruang di mana cahaya bulan boleh masuk ke dalam rumah tersebut. Sudah mestilah cahaya bulan kena terang...jadi aku akan pastikan bahawa cahaya bulan dapat masuk melalui ruang tersebut hingga sampai ke dalam rumah. Setelah itu aku akan berdiri betul-betul di atas ruang tersebut sambil mengenakan badanku pada cahaya bulan lantas aku akan menyebut bacaan :

"Syaulam ! Syaulam !"....sebanyak 7 kali. Maka dengan sendirinya cahaya bulan tadi akan membawa aku turun masuk ke dalam rumah melalui ruang tersebut... seakan-akan aku turun dari tangga. Jadi bila dah sampai dalam rumah apa lagi, aku ambil lah segala harta benda dan kemudian aku berdiri semula pada cahaya bulan tadi lantas aku menyebutkan bacaan yang sama sebanyak 7 kali !".

"Serta-merta cahaya bulan itu akan membawa aku dan semua harta yang aku curi naik semula ke atas bumbung rumah. Semua itu aku lakukan tanpa di sedari langsung oleh tuan rumah....sedar-sedar keesokan paginya seluruh harta bendanya telah habis aku curi !. Begitu hebat sekali ilmu yang aku amalkan !".

Kemudian tidak semena-mena Juha pun melaungkan suaranya kepada si isteri : "Ha ! sekarang baru kamu puashati ! kamu dah tenang dah ! kamu dah tahu siapa aku sebenarnya....yang penting kamu mesti simpan rahsia ini betul-betul jangan sampai bocor !. Baiklah ! sekarang ni kita tidurlah...sebab besok banyak kerja yang hendak aku selesaikan...tidurlah !".

Mereka berdua pun kembali masuk ke dalam bilik tidur...tetapi sebenarnya mereka berpura-pura tidur. Juha yakin bahawa sedikit sebanyak cerita yang di reka-rekanya itu tadi dapat menipu daya para perompak yang sedang berada di atas bumbung rumahnya...dan dia yakin sudah pasti mereka akan melakukan sesuatu rentetan dari ceritanya itu tadi.

Bila para perompak tahu bahawa mereka berdua telah masuk semula ke bilik tidur...bukan main seronoklah di buatnya...nak-nak mereka dah tahu rahsia sebenar Juha. Maka ada peluanglah untuk mereka mengamalkan ilmu yang baru mereka perolehi itu.

Suasana senyap buat seketika.. kemudian si ketua perompak mengambil keputusan untuk melakukan seperti apa yang telah di ceritakan oleh Juha. Terus dia mencari ruang di mana cahaya bulan boleh masuk ke dalam rumah. Dan kebetulan pula malam itu bulan mengambang...jadi cahaya bulan pun agak terang. Setelah puas si ketua perompak menjenguk ke dalam ruang tersebut, tahulah dia bahawa ruang tersebut boleh masuk terus ke dalam bilik di mana Juha menyimpan seluruh harta-hartanya.

Dia pun terus berdiri bertepatan dengan ruang tersebut...di kenakan badannya pada cahaya bulan lalu dengan suara yang kuat dia pun menyebut : "Syaulam ! Syaulam !"....sebanyak 7 kali.

Tetapi dia merasa hairan kerana tidak berlaku sepertimana menurut cerita Juha tadi. Mulalah dia tidak berpuashati berulang-kali dia menyebutkan bacaan tersebut tetapi badannya tidak mahu juga bergerak. Akhirnya oleh kerana hilang sabar dia pun terus melompat masuk ke dalam ruang tersebut...kot-kot dengan berbuat demikian akan berlaku sepertimana yang di sangka.

Akan tetapi memang nasibnya kurang baik...memang benar bahawa cahaya bulan tidak berperanan sama sekali. Tanpa di duga dia terus terjatuh ke dalam rumah dari atas bumbung rumah...apa lagi bunyinya seperti nangka busuk jatuh....berdentum. Oleh kerana terlalu sakit dia tidak dapat menahan terus menjerit kesakitan : "Aduh ! Aduh !".

Juha dan isterinya yang memang sudah menyangka akan berlaku sedemikian, bila terdengar suara orang menjerit kesakitan terus bingkas bangun....di capainya sebatang tongkat lalu meluru ke arah bilik khas tempat di simpan peti besi. Tanpa kasihan terus Juha memukul si ketua perompak dengan sekuat hatinya....si ketua perompak pun terus menjerit-jerit bertambah lagi kesakitannya.

Hal ini menyedarkan para perompak yang sedang berada di atas bumbung....tahulah mereka bahawa ketua mereka telah terpedaya dengan cerita Juha...dan sekarang ini dia telah di tangkap oleh Juha. Tanpa berlengah mereka pun terus melompat dari atas bumbung...lari menyelamatkan diri sebelum di tangkap oleh orang ramai.

Dalam masa yang sama Juha dan isterinya sama-sama menjerit-jerit meminta tolong dari penduduk bandar : "Tolong Tolong ! pencuri masuk ke rumahku !".....apa lagi orang ramai pun terjaga dek jeritan tersebut. Mereka terus bangun lalu beramai-ramai berlari menuju ke rumah Juha untuk memastikan apa yang berlaku. Juha pun meminta isterinya mengambil tali lalu mengikat si ketua perompak.

Lembik si ketua perompak di buatnya....Juha terus memukulnya dengan tongkat. Setelahmana orang ramai berkumpul di depan rumah Juha...Juha pun mengeret si ketua perompak yang telah di ikatnya itu keluar. Lalu mereka beramai-ramai membawanya kerumah Tuan Hakim untuk di bicarakan. Sambil berjalan orang ramai tidak putus-putus mengucapkan tahniah kerana telah berjaya menangkap perompak yang selama ini bermaharaja lela di bandar tersebut.

Tuan Hakim terus membicarakan si ketua perompak...dan akhirnya ketua perompak mengaku bersalah seraya memberitahu siapakah pengikutnya... di mana tempat mereka bersembunyi dan begitu juga tempat di mana mereka menyembunyikan segala harta-harta penduduk bandar yang telah mereka curi.

Lantas Tuan Hakim mengeluarkan arahan supaya semua barang-barang curi tersebut di pulangkan kepada tuan-tuannya semula dan semua para perompak di tangkap dan di penjarakan.

Orang ramai merasa gembira..mereka semakin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Juha.Pagi itu juga pihak keselamatan menangkap semua perompak-perompak..... dan semua barang-barang yang mereka curi di pulangkan semula pada tuan-tuannya. Suasana menjadi riuh rendah buat seketika.....mereka tidak sudah-sudah mengucapkan terima kasih kepada Juha dan juga Tuan hakim....sambil mereka beramai-ramai memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt.

Dalam riuh rendah itu...tiba-tiba isteri Juha datang menghampirinya seraya berkata :

"Nampaknya semua perompak dah tertangkap ! menunjukkan ini ada pelung untuk kamu amalkan semula ilmu kamu tu ! kalau kamu merompak pun orang tak akan tahu siapa yang melakukannya...bukankah ilmu kamu tu hebat lagi canggih !".

Juha terperanjat sebentar bila mendengar kata-kata isterinya....rupa-rupanya si isteri percaya segala apa yang di reka-rekanya malam tadi. Oleh kerana terlalu gelihati dia pun terus ketawa terdekah-dekah : "Kah ! kah ! Kah!"... sambil di dalam hatinya berkata : "Tidak sangka bahawa isteriku boleh terfikir seperti yang demikian !".

Kisah Juha dengan seorang penipu

Pada suatu hari Juha sedang duduk termenung di depan pintu rumahnya..dia merenung kepada seutas rantai emas di tangannya. Rantai emas tersebut adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Kerana yang selainnya sudah habis di jual untuk membayar segala hutang-hutangnya. Sebab sebelum ini dia banyak berhutang setelahmana dia menanggung kerugian dalam berniaga.

Oleh kerana dia sekarang ini terlalu kesempitan harta, maka dia tidak bercadang untuk menjual rantai emas tersebut. Biarlah rantai tersebut di simpan buat selama-lamanya kerana ianya adalah satu-satunya harta peninggalan orang tuanya yang masih ada. Akhirnya dalam masa yang sama dia mengambil keputusan untuk bermusafir iaitu untuk membina hidup baru dengan azam baru. Tanpa berlengah terus dia bersiap sedia untuk memulakan permusafirannya kerana kebetulan dalam masa yang sama ada satu kabilah yang di pimpin oleh seorang saudagar yang terkenal akan berangkat pulang ke negaranya dengan barang dagangan serta hasil keuntungan yang banyak. Kabilah tersebut adalah dari negara jiran. Dia pergi berjumpa saudagar tersebut...lalu meminta untuk bekerja dengannya. Tanpa banyak bicara saudagar tersebut terus menerimanya menjadi salah seorang pekerjanya.

Pergilah dia bersama-sama dengan kabilah tersebut....sampai di negara tersebut dia pun terus bekerja dengan saudagar tersebut dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh sekali. Setelah agak lama dia bekerja si saudagar tadi melihat bahawa Juha adalah seorang pekerja yang baik...bagus...rajin lagi tekun. Maka tanpa banyak fikir dia memilih Juha untuk turut serta dengan kabilah yang bakal di hantarnya besok hari untuk pergi berniaga ke negara jiran.

Setelahmana Juha mendapat tahu bahawa dia terpilih untuk turut serta dengan kabilah tersebut....maka mulalah dia terfikir bahawa sudah pasti berbulan-bulan lamanya dia akan pergi....perjalanan pula memakan masa agak lama....jadi rantai emas satu-satunya peninggalan orang tuanya mesti di simpam baik-baik....dia tidak boleh untuk membawanya. Kerana mana tahu dalam perjalanan nanti kabilahnya akan di rompak.



Puas dia berfikir pada siapa hendak dia amanahkan rantai emas tersebut untuk di simpan. Sebab apa ! sebab dia orang baru di situ....dia baru tinggal di situ buat beberapa bulan saja...jadi dia belum kenal banyak orang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kepada jiran sebelahnya....kerana dia melihat bahawa jiran sebelahnya boleh di percayai. Orangnya agak berumur, pemurah, baik hati, juga seorang peniaga yang terkenal di bandar tersebut.

Pada keesokan harinya sebelum bertolak....pagi-pagi lagi Juha telah pergi kerumah orang tua tersebut. Dia mengetuk pintu rumah...tidak lama kemudian pintu pun di buka dan keluarlah orang tua tadi dengan senyuman lebar. Tanpa banyak bicara Juha pun berkata :

"Wahai Tuan ! aku adalah jiran kamu dan aku adalah orang asing di sini. Baru beberapa bulan saja aku tinggal di sini. Jadi aku mahu bermusafir dengan kabilah saudagar si polan untuk berniaga ke negara jiran. Oleh kerana merasa bimbang jadi aku minta agar kamu sudi untuk menerima suatu amanah untuk kamu simpankan buat seketika. Bila pulang nanti aku akan ambil semula...barang tersebut ialah rantai emas ini !".

Juha pun mengeluarkan rantai tersebut dari poket jubahnya. Bila orang tua tadi terlihat rantai emas tersebut....matanya tidak berkelip-kelip.....tetapi untuk menyembunyikan perasaan tamaknya dia pun berkata demi menenangkan hati Juha :
"Wahai saudaraku ! sesungguh amanah adalah suatu yang besar lagi berat. Aku boleh menerimanya tetapi dengan syarat kalaulah berlaku apa-apa janganlah kamu menyalahkan aku. Sebab apa ! aku ni pun dah berumur dan uzur pulak tu....katalah di takdirkan Allah aku mati sedangkan kamu belum pulang-pulang lagi lebih-lebih pulak aku tidak ada waris untuk aku amanahkan rantai ini !".

Berkata Juha : "Wahai Tuan ! tidak mengapalah aku yakin bahawa kamu adalah seorang yang amanah. Seandainya berlaku yang sedemikian aku memaafkannya terlebih awal....walau bagaimanapun kamu cubalah cari sesiapa yang boleh menyimpan amanah ini sementara aku pulang semula nanti. Dan seandainya aku yang mati dulu sebelum kamu, maka aku berharap kamu dapat jualkan rantai emas ini dan duitnya kamu sedekahkah kepada fakir miskin juga sesiapa yang memerlukannya !. Rasanya kita tidak memerlukan sesiapa pun untuk menjadi saksi kerana Allah swt sudah cukup untuk menjadi saksi !".

Orang tua tadi pun setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Juha.....di terimanya amanah tersebut. Lalu tanpa berlengah Juha pun terus meminta izin untuk pergi kerana kabilahnya sudah hampir mahu berangkat. Tidak lama kemudian berangkatlah Juha bersama-sama kabilah tersebut dengan hati penuh tenang....dengan penuh keyakinan terhadap orang tua tadi.

Permusafirannya memakan masa agak lama... berbulan-bulan lamanya. Selang beberapa bulan barulah Juha pulang berserta kabilah perniagaannya dengan membawa hasil keuntungan yang banyak. Sebelum pulang Juha sempat membeli satu hadiah untuk dia hadiahkan kepada orang tua yang menyimpan amanahnya tanda terima kasihnya. Sudah pastilah ianya juga adalah suatu hadiah yang juga berharga.

Bila sampai saja...tanpa berlengah terus Juha meminta izin untuk pergi kerumah orang tua tersebut. Oleh kerana terlalu gembira saudagar yang punya kabilah pun terus mengizinkannya. Juha terus berlari kerumah orang tua tersebut dengan hati penuh gembira...tidak sabar untuk melihat semula rantai emas peninggalan orang tuanya.

Sampai saja kerumah orang tua tersebut terus dia mengetuk pintu sambil memberi salam : "Assalamualaikum!" kemudian kedengaran suara menjawab dari dalam sambil lewa sahaja....mahu tak mahu seakan-akan tidak menghiraukan siapa yang memberi salam : "Waalaikumussalam !!".

Setelah agak lama menunggu barulah pintu di buka....tuan rumah membuka pintu untuk melihat siapa yang memberi salam tadi. Juha terus melemparkan senyuman manis kepada orang tua tersebut. Akan tetapi orang tua tersebut sama sekali tidak membalas senyuman Juha...seakan-akan dia tidak pernah mengenali Juha.

Walau bagaimana pun Juha terus menghulurkan bungkusan hadiah di tangannya kepada orang tua tersebut seraya berkata : "Aku harap kamu sudi menerima hadiahku ini sebagai tanda terima kasihku terhadap kamu. Kerana kamu sudi menerima amanahku...terima kasihlah kerana kamu sungguh baik hati !".

Akan tetapi orang tua tadi memberi isyarat seakan-akan dia tidak faham apa maksud kata-kata Juha....dia memberi isyarat seakan-akan dia sama sekali tidak mengenali Juha....lantas dia berkata : "Eh ! apa yang kamu katakan ini ! apa dia amanah yang kamu katakan itu ! dan aku tak pernah pun mengenali kamu !". Dengan serba salah Juha pun berkata : "Eh ! bukankah aku ada meminta kamu menyimpan rantai emas sebagai satu amanah pada kamu dulu !".

Dengan suara yang tinggi tiba-tiba orang tua tadi berkata sambil menudingkan jari kepada Juha : "Pergilah kamu dari sini ! aku rasa kamu ni gila ! aku tak pernah berkenalan dengan kamu langsung dan aku tidak ada menerima apa-apa amanah dari kamu !. Aku harap kamu boleh pergi segera sebelum aku memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Seakan-akan mahu tercabut kepala Juha dari badan bila mendengar kata-kata si orang tua tadi. Dia cuba menenangkan orang tua tersebut....dia cuba menceritakan cerita sebenar, tetapi orang tua tadi menolak mentah-mentah....semuanya di nafikan dengan memaki serta menjerit-jerit ke muka Juha : "Pergi kamu dari sini ! aku tidak mahu tengok muka kamu!".

Tanpa banyak bicara terus Juha meninggalkan rumah orang tua tersebut dengan hati penuh tanda tanya... penuh kecewa...tidak tahu apa yang hendak di lakukan lagi. Lama dia duduk termenung di depan pintu rumahnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Tuan Hakim lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.....di ceritakan tentang orang tua yang telah mengkhianatinya. Tetapi sebelum pergi kerumah Tuan Hakim hati kecilnya berkata :
"Apa pula yang akan dapat di lakukan oleh Tuan Hakim selagimana si orang tua itu tetap juga menafikan bahawa dia tidak ada menerimana apa-apa amanah dariku...lebih-lebih lagi aku tidak mempunyai bukti mahupun saksi !....mana mesti aku dapatkan bukti dan saksi sebab aku tidak ada menulis apa-apa tentang amanah tersebut !?".

Akan tetapi Juha sama sekali tidak berputus asa dan yang penting dia tidak mahu kehilangan satu-satunya harta peninggalan orang tuanya. Terus dia berfikir dan berfikir bagaimana untuk mendapatkan semula hartanya itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi bertemu terus dengan Tuan Gabenor bandar tersebut untuk mengadu hal. Tanpa berlengah terus dia pergi kerumah Tuan Gabenor. Sampai di depan pintu istana dia meminta izin untuk masuk...tetapi pengawal pintu tidak mengizinkannya selagimana dia tidak menceritakan apa sebab dia mahu bertemu Tuan Gabenor.

Juha pun menceritakan tujuannya dengan nada penuh sedih. Lalu pengawal pun berkata : "Baiklah ! kamu tunggu di sini sebentar...aku akan berjumpa Tuan Gabenor untuk meminta izin buat kamu masuk menemuinya !". Juha pun menunggu di pintu istana dengan penuh pengharapan. Tidak lama kemudian pengawal pun datang seraya berkata : "Ha ! masuklah Juha ! Tuan Gabenor telah mengizinkan kamu masuk !".

Dengan penuh gembira...tanpa berlengah terus Juha masuk ke dalam istana untuk bertemu Tuan Gabenor. Sampai di depan Tuan Gabenor terus Juha ceritakan apa yang sebenarnya berlaku...oleh kerana tidak tertahan kesedihannya Juha pun menangis semahu-mahunya. Simpati Tuan Gabenor di buatnya lantas beliau berkata : "Kenapa kamu tidak pergi terlebih dahulu kepada Tuan Hakim !?".

Jawab Juha : "Kerana aku tidak mempunyai apa-apa bukti ataupun saksi. Dan kerana aku katakan padanya bahawa saksi kita ialah Allah swt !". Mendengar yang demikian beliau pun berkata : "Kalau begitu ! aku pun tidak boleh untuk berbuat apa-apa....kamu tidak mempunyai apa-apa bukti. Kalaulah di bawa orang tua itu kesini sudah pasti dia akan menafikannya wahai Juha !".

Mereka semua menjadi buntu, suasana senyap seketika. Tiba-tiba Juha berkata : "Wahai Tuan Gabenor ! aku ada satu jalan...kalau berjaya jalan ini, maka akan jelaslah bahawa orang tua tersebut adalah seorang penipu dan suka mengkhianati amanah orang. Akan tetapi sekiranya perancangan aku ini tidak berjaya, maka janganlah kamu lakukan apa-apa kekerasan terhadap orang tua tersebut !".

Tuan Gabenor pun bersetuju untuk mendengarnya....Juha pun mulalah memberitahu tentang perancangannya satu persatu. Tuan Gabenor mendengarnya dengan teliti sekali. Beliau mendengarnya dengan begitu minat sekali sambil terdetik di dalam kepalanya : "Bahawa Juha ini seorang yang cerdik juga !". Akhirnya beliau pun bersetuju untuk melakukan seperti apa yang telah di sarankan oleh Juha demi memberi pengajaran kepada orang tua yang suka menipu tadi.

Pada keesokan paginya Juha terus membawa sebuah kerusi lalu di letakkan betul-betul di depan kedai kepunyaan orang tua tersebut....lalu dia pun duduk di atas kerusi tersebut...dia duduk dengan penuh ego dan sombong sekali. Lantas dia melemparkan pandangannya ke arah orang tua yang sedang duduk di dalam kedainya dengan pandangan sinis dan tajam seolah-olah sedang bermusuhan. Melihatkan yang demikian orang tua tadi pun merasa pelik...lama kelamaan dia mula naik marah. Oleh kerana tidak sabar dia terus bangun menuju ke arah Juha yang sedang duduk di depan kedainya. Juha tetap tenang dan tidak bergerak sama sekali, seakan-akan tidak memperdulikannya.

Bertambah marahlah si orang tua tadi....dengan kemarahan yang membuak dia terus menyentap leher baju Juha seraya berkata : "Eh ! kenapa kamu duduk di sini tanpa keizinan dariku....ini adalah kawasan kedaiku. Aku beri amaran sekiranya kamu tidak mahu pergi aku akan memanggil pihak keselamatan untuk menangkap kamu !".

Rupa-rupanya secara sepontan beberapa orang pengawal istana pun datang....mereka terus meleraikan pergaduhan tersebut. Orang tua tadi tidak berpuashati seraya berkata : "Orang ini duduk di depan kedaiku tanpa keizinanku, sudah begitu dia melihat ke arahku dengan penuh ego dan sombong sekali sedangkan aku tidak pernah mengenalinya !".

Serta-merta pengawal tersebut berkata dengan suara penuh lembut : "Tuan ! kawasan ini adalah jalan umum. Orang ramai berhak untuk berbuat apa saja...samaada mahu duduk...berdiri. Jadi Tuan yang mulia ini tak salah. Dia berhak duduk di sini walaupun kamu kata kawasan ini berada dalam hak kamu. Dia berhak walaupun kalau dia mahu duduk di atas kepala kamu sekalipun. Jadi adakah kamu faham wahai orang tua yang tak sedar diri !?".

Bentak si pengawal sambil mempersilakan Juha duduk semula ke atas kerusinya : "Silakan duduk Tuan! silakan!" lantas si pengawal tadi pun mengambil segelas air lalu di berikan kepada Juha sambil berkata : "Sila minum Tuan! Tuan kalau ada apa-apa kami semua sedia berkhidmat untuk Tuan!".

Semua itu terus di saksikan oleh orang tua tadi dengan penuh kehairanan...tetapi kemarahannya terus membuak. Dalam hatinya berkata : "Eh ! siapakah sebenarnya lelaki ini ! hinggakan pengawal istana pun begitu hormat sekali terhadapnya !?"..seakan-akan ada sesuatu yang dia tidak mengetahuinya.

Tidak lama kemudian kedengaran suara melaung : "Orang ramai ! beri laluan kerana kenderaan Tuan Gabenor mahu lalu !"....tahulah orang ramai bahawa Tuan Gabenor telah berbesar hati untuk meninjau keadaan di pasar....semua yang hadir berdiri memberi penghormatan. Kebetulan tempat Juha duduk itu adalah kawasan jalan umum yang bakal di lalui oleh kenderaan Tuan Gabenor. Orang tua tadi terus bergegas berdiri di depan kedainya memberi hormat. Tetapi yang pelik lagi ialah Juha sama sekali tidak bangun....bahkan dia terus duduk tenang seakan-akan tidak menghiraukan bahawa kenderaan Tuan Gabenor semakin menghampirinya.

Tidak lama kemudian sampailah kenderaan Tuan Gabenor di hadapan Juha....tiba-tiba berhenti kenderaan tersebut....lantas serta merta Tuan Gabenor turun dari kenderaan seraya berkata : "Wahai saudara ! mengapalah kamu tidak beritahu aku bahawa kamu datang kesini ! sudahlah begitu kamu tidak mahu berziarah ke istana pulak tu !. Sesungguhnya kami semua terlalu merindui kamu kerana sudah lama tak jumpa !".....Juha terus bangun lantas memeluk Tuan Gabenor dengan begitu mesra sekali.

Ini semakin menjadikan orang tua tadi kehairanan. Tahulah dia bahawa Juha bukan sebarang orang....dia dari kerabat Tuan Gabenor juga...mulalah dia merasa serba salah. Sebelum Tuan Gabenor beredar Juha berkata :
"Baiklah ! nanti aku akan pergi ke istana....sebab aku ada beberapa urusan yang mesti di selesai hari ini. Kalau tak selesai nanti aku beritahu kamu lah kerana sebenarnya aku tidak mahu menyusah-nyusahkan kamu dan aku yakin bahawa sudah pasti kamu akan dapat membantu aku. Nanti sajalah kita bertemu di istana... !". Tuan Gabenor pun memberi salam : "Assalamualaikum !"...jawab Juha : "Waalaikumussalam !".

Melihat yang demikian orang tua tadi hampir-hampir mahu pengsan, tahulah dia bahawa selama ini dia sengaja menempah bala. Dia telah bermusuhan dengan kerabat istana....dia tahu sendiri apa balasan yang sedang menunggunya. Tanpa banyak bicara terus dia berlari masuk ke dalam istana....di ambilnya rantai emas dari laci meja...lalu berlari semula keluar kedai menemui Juha sambil katanya dalam ketakutan : "Wahai Tuan ! ambil lah semua rantai emas yang kamu amanahkan kepadaku dulu. Aku minta maaf banyak-banyak !...aku berjanji tidak akan melakukannya lagi!" sambil dia mencium-cium tangan Juha.

Melihatkan yang demikian pengawal istana terus menangkap orang tua tersebut....jelaslah bahawa selama ini memang orang tua tersebut suka berbuat khianat kepada sesiapa yang ada memberi amanah kepadanya. Orang tua tersebut terus di bawah ke istana untuk di bicarakan... setelah mengaku bersalah Tuan gabenor pun mengambil keputusan supaya dia di penjara buat seketika untuk memberi pengajaran kepadanya. Sambil beliau berkata :

"Memang benarlah bahawa kamu ini adalah salah seorang yang telah di sabdakan oleh baginda Rasulullah saw dalam hadisnya yang berbunyi : "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga : "Bila berkata-kata dia dusta, bila berjanji dia ingkari dan bila di beri amanah dia khianat !"...maka balasan untuk orang seperti kamu ini ialah penjara di dunia dan neraka di akhirat !".

Mendengar yang demikian orang tua tadi menjerit-jerit meminta maaf dari Juha dan juga dari Tuan Gabenor moga di ampunkan kesalahannya...dan dia benar-benar bertaubat : "Maafkanlah aku ! maafkanlah aku ! aku bertaubat dan aku berjanji tidak akan berlaku khianat lagi !

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga