Doa tertolak kerana hati mati

Kata Ibrahim bin Adham: doa kamu tertolak kerana hati kamu mati. Lapan sebab yang menjadi peunca hati mati ialah:

1 Kamu mengetahui hak Allah tetapi kamu tidak menunaikannya.
2 Kamu selalu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.
3 Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi kamu tidak mengikuti sunnahnya.
4 Kamu mengatakan takut kepada kematian tetapi kamu tidak bersiap
menghadapinya.
5 Allah memberitahu kamu bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu terus
bersubahat dengannya.
6 Kamu mengaku takut dimasukkan ke dalam neraka tetapi kamu masih melakukan
sesuatu yang menyebabakan kamu dicampakkan ke dalamnya.
7 Kamu mengaku suka masuk syurga tetapi kamu tidak berusaha melakukan
amal-amal soleh supaya kamu dimasukkan ke dalamnya.
8 Setiap hari kamu berusaha menutup aib diri kamu sendiri, sedang pada waktu
yang sama kamu tidak bosan mendedahkan aib orang lain.

Berdosa salah guna facebook

SELEPAS sekian lama meninggalkan bangku persekolahan, memang tidak menyangka bertemu semula kenalan lama selepas berbelas tahun terpisah.

Inilah manfaat laman sosial yang kini menjadi kegilaan masyarakat terutama golongan muda.

Facebook mendapat sambutan sehingga syarikat pengeluar telefon bimbit mengeluarkan telefon yang mempunyai aplikasi lebih mudah untuk mengemas kini profil pada bila-bila masa.

Malah, ada yang bertemu jodoh selepas ‘bersembang’ di alam maya Facebook. Begitulah berpengaruh laman sosial ini kepada masyarakat teknologi maklumat hari ini.

Namun, kebaikan dan manfaat Facebook kini disalah guna sesetengah pihak untuk melakukan segala macam perbuatan negatif.

Ada yang mendedahkan aurat, maki hamun, fitnah serta mendedahkan keaiban suami isteri.

Paling ditakuti apabila ada pihak mengambil kesempatan membuat akaun peribadi orang lain lalu menyebarkan gambar atau maklumat palsu.

Ada pula yang menggunakan kemudahan Facebook untuk mempersendakan agama serta membuat kenyataan bersifat perkauman yang boleh menggugat keharmonian.

Ini bertentangan dengan etika dan amalan agama. Tiada halangan kepada pemilik akaun Facebook meluahkan perasaan, cuma berhati-hati dan jangan keterlaluan.

Kisah dan perihal rumah tangga contohnya, tidak boleh diceritakan secara terbuka.

Dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap perbuatan mengadu domba dan fitnah.

Jika mendengar cerita kurang baik, pastikan sumber itu sahih, bukan fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujuraat, ayat 6)

Kita tidak boleh menghina antara satu lain kerana belum pasti golongan yang kita hina itu lebih mulia daripada kita.

Amalan mencaci, memaki hamun, memalukan orang lain sesuka hati dan memanggil mereka dengan gelaran yang tidak baik adalah berdosa.

Kesan fitnah boleh mencetus pergaduhan besar, malah membawa kepada pembunuhan dan kerugian harta benda.

Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah.

Firman-Nya yang bermaksud: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.” (Surah al-Baqarah ayat 191)

Cukup mudah dan pantas penyebaran fitnah di zaman teknologi moden ini. Selain facebook, kemudahan lain yang boleh didapati sebagai saluran komunikasi ialah web, blog, serta e-mel.

Fitnah tidak lain hanya untuk memburukkan dan menjatuhkan seseorang.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengenai berita benar atau palsu yang disebarkan tanpa kebenaran, Rasulullah bersabda bermaksud: “Adakah kamu mengetahui apakah ghibah (mengumpat)?

Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Lalu Baginda meneruskan sabdanya: “Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya.” Lalu ditanya oleh seorang sahabat: “Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?” Rasulullah bersabda: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Larangan mencari kesalahan amat ditegah. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap sesama Muslim), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudara nya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu benci untuk memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujuraat ayat 12)

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan secara halal.

“Kemudahan yang ada hendaklah digunakan bagi tujuan kebaikan dan bermanfaat.

“Ini penting bagi mengelak sebarang fitnah sama ada terhadap orang lain atau diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata jalinan silaturahim yang dikembangkan melalui kecanggihan teknologi komunikasi berkenaan hendak lah dimanfaatkan sebaiknya.

“Kemudahan berkomunikasi melalui laman sosial ini memudahkan interaksi. Cuma jangan dimanipulasi bagi tujuan jahat atau melalaikan.

“Elak bersembang perkara sia-sia, membangkitkan nafsu syahwat serta mengadu domba. Malah, jangan menggunakan ‘kebebasan’ diberikan untuk menyamar sebagai individu lain bagi menjatuhkan seseorang,” katanya.

Zamihan berkata bagi golongan yang mempersendakan agama mereka adalah golongan pencetus yang akan dipertang gungjawabkan atas isu yang mereka cipta.

“Penjenayah siber ini menimbulkan huru-hara, tetapi kekeliruan terhadap pegangan agamanya, malah ada yang ‘menarik’ pengikut untuk menyokong usaha dan idea dangkal mereka.

‘Saham’ dosa bukan saja diterima individu terbabit, malah bagi yang turut serta secara langsung dengan meletakkan komen juga turut sama mendapat dosa,” katanya.

Beliau berkata menjadi satu kesalahan besar dan haram hukumnya bagi mereka yang menggunakan maklumat serta gambar peribadi orang lain tanpa persetujuan.

“Tambahan lagi, jika ia digunakan untuk matlamat yang salah, pasti mewujudkan perselisihan faham, cabar mencabar dan perbalahan besar.

“Akibatnya, orang sekeliling memberi gambaran tidak baik serta hilang kepercayaan terhadap seseorang yang di fitnah. Dosa mereka tidak akan diampunkan Allah sehingga orang yang teraniaya itu mengampunkan dosa mereka,” katanya.

Beliau berkata laman sosial seperti facebook atau apa saja ruangan yang boleh diakses perlu diselidiki asas kebenarannya.

“Dalam mencari sumber yang benar, pastikan kita merujuk kepada golongan ketiga iaitu mereka yang ahli atau pakar mengenainya,” katanya.

Wallahu A'lam...

sifat-sifat bidadari syurga

Sifat-sifat bidadari syurga (Hurun Ain) dalam al-Quranul Karim adalah seperti berikut:

Pertama: Qasrut Torfi.

Ada tiga ayat yang mana tuhan menjelaskan kepada kita bahawa bidadari syurga bersifat begini. Di antaranya:

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 48 : as-Saffat

Imam Tobari berkata:

Ayat ini menjelaskan bagaimana sifat yang agung bidadari syurga iaitu hanya memandang kepada pasangan mereka tidak seperti wanita dunia yang memandang ke sana sini.

Imam Fakhurrazi berkata:

Ini menunjukkan bahawa betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”

Wanita muslimah sepatutnya mencontohi wanita syurga yang mana segala kemesraan, pandangan manja, layanan dan sebagainya hanya untuk suami.

Kedua: “ Atrab” Umur yang sama di antara mereka.

Firman Allah swt:

“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” 52 : surah Sod

Atrab adalah plural bagi turb iaitu sebaya atau sama umur. Mereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad dengan sanad yang baik.

Ketiga: Baik akhlak dan jantik paras rupa.

Firman Allah swt:

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." 70: surah ar-rahman

Ulama berkata bidadari memiliki akhlak yang baik dan rupa paras yang cantik.

Keempat:"kawa'ib" Buah dada yang tegang (tense).

Firman Allah swt:

“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.” 33 (an-Naba')

Kelima: Anak dara.

Firman Allah swt:

“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.” 36 : Surah al-Waqiah

Berkata pengarang tafsir Maalimut Tanzil:

“Setiap kali mereka dijimak oleh suami-suami bidadari, mereka akan dapati bidadari tersebut ada dara .”

Keenam: Bagus layanan dan kasih sayangnya kepada pasangannya.

Firman Allah swt:

“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.” 37 : Al-Waqiah

Mujahid, Hasan dan Qatadah (Ulama tafsir) berkata:

Urub adalah wanita-wanita pecinta yang asyik kepada suami-suami mereka dan menyintai mereka sepenuh hati, melayani suami mereka dengan manja, baik serta pertuturan.

Ketujuh: Tubuh mereka bersih

Firman Allah swt:

"...Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ." 25 : al-Baqarah

Imam at-Tabari berkata:

“ Kesucian bidadari adalah kesucian yang mutlak yang mana termasuklah suci dari semua perkara yang tidak disukai yang ada pada wanita dunia seperti haid,nifas, kencing, berak, ludah,kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.”

Nabi saw bersabda:

“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.” Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Kesimpulan:

Para lelaki hendaklah beramal sebaiknya untuk mendapatkan bidadari syurga dan wanita pula beramal sebaiknya untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya.

MUNAJAT

Ya Allah sesungguhnya daku tidak layak untuk mendapat bidadari syurgamu lantaran dosa2 ku

Tetapi kemaafan mu lebih luas dari dosa2 ku, ampunkanlah dosa2 ku , berilah ku hidayah menuju Redamu,

Andai ku tersasar sedarkanlah daku, janganlah kau uji diriku apa yang aku tidak mampuHadapinya,

anugerahkanlah ku seorang wanita yang akan menjadi isteriku di dunia dan bidadariku di syurga.

Aku bersyukur kerna kau memberi ruang dan masa untuk mengecap kemanisan inabah(kembali) pd mu.

Rujukan: Sifatul Jannah Fil Quranul Karim oleh Abdul Halim Muhammad

Wallahu A"lam..

ibuku yang terbaik

lagu mendidik anak-anak menghormati ibunya

">c

para pelajar yang dikasihi,
cuba dengar dengan berhati-hati dan hafalkan liriknya kerana ia boleh membantu anda mempelbagaikan vocab dan gaya bahasa dalam karangan anda terutamanya bagi pelajar PMR

mari belajar bahasa arab berdasar huruf hijaiah

">mari menyanyi!!


ألف أرنب يجري يلعب يأكل جزرا كي لا يتعب

Alifun – arnab yajri yal’ab ya’kulu jazran kay la yat’ab

Alif – seekor arnab berlari, bermain, lalu makan lobak merah agar tidak keletihan
باء بطة نطت نطة وقعت ضحكت منها القطة

Ba-un – battoh nattot nattoh waqa’at dhohikat minhal qittoh

Ba’ – seekor itik melompat-lompat dan jatuh, lalu si kucing mentertawakannya
تاء تاج فوق الراس فيه الذهب وفيه الماس

Ta-un – taj fauqar ra’si fihiz zahabu wa fihil mas

Ta’ – mahkota di atas kepala, terdapat padanya emas dan permata
ثاء ثعلب صاد دجاجة هو ماكر وقت الحاجة

Tha-un – tha’lab soda dajajah huwa maker waqtal hajah

Tha’ – musang menangkap ayam, ia licik ketika punya hajat
جيم جمل في الصحراء مثل سفينة فوق الماء

Jimun – jamalun fis sohra’ mithlu safinah fauqal ma’

Jim – seekor unta di padang pasir, seperti kapal di atas air
حاء حج أسمى رغبة فيه طواف حول الكعبة

Ha’un – hajj asma raghbah fihi towafun haulal ka’bah

Ha’ – Haji, semulia-mulia keinginan, padanya ada tawaf di keliling Ka’abah
خاء خبز عند البائع لا يأكله إلا الجائع

Kha-un – khubzun ‘indal ba-i’ la ya’kuluhu illal ja-i’

Kha’ – sekeping roti pada penjual, tidaklah memakannya kecuali orang yang lapar
دال ديك حسن الصوت قام يؤذن فوق البيت

Dalun – diik, hasanus souti qaama yu-azzin fauqal bayti

Dal – seekor ayam jantan, suaranya merdu, ia berkokok di atas rumah
ذال ذئب وحش صلب لا يرهبه إلا الكلب

Dzalun – dzi’bun wahsyun solbun la yurhibuhu illal kalbu

Dzal – seekor serigala yang liar, garang, tiada apa mencabarnya kecuali si anjing
راء رجل عرف الدين فهو صدوق وهو أمين

Ra-un – a rajulun ‘arafad din fahuwa soduqun wahuwa amiin

Ra’ – seorang lelaki yang tahu agama, maka dia bercakap benar dan dia seorang yang amanah
زاي زهرة أصفر أحمر هي بعيني أحلى منظر

Zayun – zahrah asfaru ahmar hiya bi’aini ahla manzor

Zay – sekuntum bunga kuning dan merah , ia pada pandanganku adalah seindah-indahnya
سين ساعة تحفظ وقتي في مدرستي أو في بيتي

Siinun – sa’ah tahfazu waqti fi madrasati au fi baiti

Sin – jam yang menjaga waktuku, di sekolahku, dan di rumahku
شين شمس صنع قدير فيها الدف وفيها النور

Syinun – syamsun sun’un qadirun fihad dif-u wa fihan nuru

Syin – matahari , kejadian yang hebat, padanya kehangatan dan padanya juga cahaya
صاد صائد ألقى الشبكة بعد قليل صاد سمكة

Sodun – so-id alqasy syabakah ba’da qalilin soda samakah

Sod – seorang nelayan melontar jalanya, tak lama selepas itu dia dapat menangkap seekor ikan
ضاء ضابط يحمي وطني يحفظ أمني يرعى سكني

Dhodun – dhobit yahmi watoni yahfazu amni yar’aa sakani

Dhod – pegawai polis menjaga negeriku, memelihara keamananku, menjaga rumahku
طاء طفل أجمل طفل فهو نظيف حسن الشكل

To-un – tiflun ajmalu tiflin fahuwa nazhifun hasanusy syakli

To’ – bayi yang paling comel, suci dan cantik rupanya
ظاء ظفر نظفناه طال قليلا فقصصناه

Zho-un – zhufrun nazzhofnahu tola qalilan faqasasnahu

Zho’ – kuku yang kami telah bersihkan, telah panjang sedikit maka kami potongnya
عين عين تخش الله تشهد خيرا فيه رضاه

‘Ainun – ‘ainun takhsyAllaha tasyhadu khairan fihi ridhohu

‘Ain – mata yang takutkan Allah, melihat perkara yang baik , diredhai Allah
غين غار غار حراء فيه أنزل القرآن

Ghaynun – ghaar ghaaru hiraa’fihi unzilal qur’aan

Ghayn – gua, gua hira’ yang mana di situlah turunnya Al-Qur’an
فاء فيل ذو أنياب وهو صديق يا أصحاب

Fa-un – fiilun zu anyab wahuwa sodiqun ya as-haab

Fa’ – seeorang gajah yang ada belalai, dan dia adalah kawan, wahai kawan-kawan
قاف قمر فيه منال ومواقيت تهدى السائح

Qafun – qamarun fihi manaalun wa mawaqitu tahdis sa-il

Qaf – bulan padanya harapan dan takat waktu untuk si pengembara
كاف كلب عاش جواري يحرس غنمي يحرس داري

Kafun – kalbun ‘aasya jiwari yahrusu ghanami yahrusu daari

Kaf – seekor anjing tinggal berdekatanku, menjaga kambing-kambingku , mengawasi rumahku
لام لحم ينمو جسمي يكسو عظمي فيه أسماه

Laamun- lahmun yanmu jismi yaksu ‘azhmi fihi asmah

Laam – daging, badanku membesar, ia membaluti tulangku di atasnya
ميم مسجد بيت الله فيه أؤدي كل صلاة

Miimun – masjidun baytullah fihi u-aadi kulla solaah

Mim – masjid , rumah Allah, dalamnya ku tunaikan semua solat
نون نهر نهر النيل فهو كريم غير بخيل

Nunun – nahrun nahrun nili fahuwa karimun ghairu bakhilin

Nun – sungai, sungai Nil, ia amat pemurah (kiasan pada air yg tak putus) , tidak bakhil
هاء هرم عالي القمة وبناؤه رمز للهمة

Ha-un – haramun , ‘alil qimmah , wa bina-uhu ramzun lilhimmah

Ha’ – pyramid, puncaknya tinggi, dan pembinaannya symbol kesungguhan
واو وجه للإنسان فيه إشراق بالإيمان

Wawun – wajhun lil insaan, fihi isyarqun bil imaan

Wau – wajah manusia, padanya cahaya keimanan
ياء يد ترسم زهرة تبدع شكلاً تظهر فكراً

Ya-un – yadun tarsumu zahrah tubdi’u syaklan tuzh-hiru fikran

Ya’ – tangan melukis bunga, cantik bentuknya, menyerlahkan ideanya

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga