5 PETANDA UTAMA SISTEM PENGHADAMAN TIDAK SIHAT

ADAKAH anak anda sentiasa mengalami cirit-birit, perubahan mood dan masalah kulit? Masalah ini mungkin terletak pada sistem penghadaman!

Apabila menjadi seorang ibu atau bapa, anda tentu sedar secara semula jadi anda bertukar menjadi seorang pakar perubatan. Anda belajar untuk mengenali apabila anak anda berpura-pura sakit perut hanya untuk ponteng sekolah, atau menyembunyikan masalah kesihatannya hanya untuk berkunjung ke taman air.

Berurusan dengan penyakit biasa adalah satu hal, tetapi kadang-kadang, gejala-gejala ini membawa petanda bahawa anak anda mempunyai sistem penghadaman yang tidak sihat. Berikut adalah tanda-tanda mudah yang harus menjadi panduan berguna bagi ibu bapa untuk mengenal pasti kesihatan sistem penghadaman anak-anak mereka.

Petanda #1: Masalah buang air besar

Ketidakseimbangan antara bakteria baik dan tidak baik dalam pemakanan kanak-kanak boleh menyebabkan ketidakbiasaan pada najis dan pergerakan usus kanak-kanak, yang kemudiannya boleh membawa kepada masalah penghadaman seperti kembung, angin dan cirit-birit.

Petanda # 2: Perubahan emosi dan cepat marah

Mungkin biasa untuk kanak-kanak menunjukkan sikap memberontak, tetapi bukan selalu. Adakah anda tahu bahawa perubahan emosi boleh berpunca daripada sistem penghadaman tidak sihat? Sistem penghadaman menghasilkan 90% daripada serotonin tubuh, yang mempengaruhi pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia, seperti selera makan, tidur, ingatan, dan emosi.

Petanda # 3: Masalah garu dan gatal-gatal

Tahukah anda bahawa sistem penghadaman terdiri daripada kira-kira 80 peratus daripada sistem imun? Kulit dan sistem imun sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain untuk memberi keseimbangan dalam memelihara kulit agar sihat. Apabila kesihatan sistem penghadaman kanak-kanak terjejas, ia boleh memulakan tindak balas berantaian, menjejaskan sistem imun, yang seterusnya boleh menyebabkan penyakit kulit seperti ekzema dan ‘rosacea’.

Petanda # 4: Kerap bersin Hidung berair, demam dan batuk, terutamanya dengan lendir kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan virus dan bakteria.

Kanak-kanak selalunya tidak mengendahkan kebersihan diri, jadi mereka cenderung menyentuh benda-benda yang terdapat bakteria sama ada semasa di sekolah atau ketika bermain di taman permainan. Namun, jika anak anda sering mengalami penyakit, kemungkinan ini juga bermakna dia alah kepada serangan patogen disebabkan sistem penghadamannya tidak sihat.

Petanda # 5: Mudah lupa Sistem penghadaman juga dikenali sebagai otak kedua, yang mengandungi neuron atau “sel-sel otak”.

Kanak-kanak sering “terlupa” perkara-perkara seperti kerja rumah, atau memberus gigi, tetapi jika ia berlaku terlalu kerap, ini mungkin tanda probiotik tidak mencukupi. Sistem penghadaman yang sihat bukan sahaja boleh membantu memelihara ingatan yang baik, tetapi juga boleh membawa kepada penumpuan yang lebih baik di dalam kelas dan semasa peperiksaan!

1. Minum VITAGEN setiap hari Dirumus dengan kombinasi sempurna bakteria baik, VITAGEN padat dengan berbilion kultur hidup yang aktif iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei bagi membantu penghadaman dan menguatkan sistem imun anak anda.

2. Kekal aktif Kekal aktif secara fizikal boleh menggalakkan bakteria baik untuk berkembang di dalam sistem penghadaman, manakala tidak aktif boleh menyebabkan sebaliknya. Tetapkan tarikh untuk bermain atau kunjungi taman permainan dengan lebih kerap.

3. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran Diet yang sihat membawa kepada sistem penghadaman yang sihat! Ini bukanlah mudah, tetapi pengambilan 3-5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membawa kepada kepelbagaian mikrobial yang baik, serta seratnya sangat sesuai untuk penghadaman anak anda.

4. Dapatkan tidur yang mencukupi Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting untuk pembentukan ekosistem mikrobial di dalam sistem penghadaman anak anda. Pastikan mereka tidur apabila tiba masa tidur!

5. Galakkan waktu berehat dan bermain Terlalu banyak kerja rumah tanpa rehat adalah tidak baik untuk sistem penghadaman anak anda. Seterusnya ia mungkin menyebabkan pelbagai masalah lain. Biarkan mereka berehat dan bermain sekali-sekala.

PETUA SISTEM PENGHADAMAN SIHAT UNTUK IBU BAPA YANG SIBUK

Tingkatkan kesihatan sistem penghadaman anda dengan 5 langkah mudah.

Kebanyakan ibu bapa seperti anda perlu mengimbangi masa di antara tugas-tugas pejabat, keluarga dan kerja-kerja rumah, hinggakan andaa tidak mempunyai masa untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Dengan tempoh masa yang cukup singkat, sering kali hal ehwal yang berkaitan dengan nutrisi, aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat bukanlah menjadi keutamaan. Lagipun, anda perlu memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga dan menguruskan rumahtangga memerlukan komitmen yang tinggi.

Kami memahami bahawa ibu bapa adalah satu pekerjaan sepenuh masa dan anda perlukan cara yang mudah dan cepat untuk memelihara kesihatan sistem penghadaman bagi mendapatkan manfaat jangka panjangnya.

Berikut adalah 5 langkah mudah untuk anda, sebagai ibu bapa amalkan setiap hari, bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain, untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.

1. AMALKAN BERJALAN KAKI SELAMA 30 MINIT

Dalam dunia yang saling berhubung hari ini, tidak menghairankan jika anda banyak menghabiskan masa lapang dengan peranti mudah alih, melayari laman web media sosial atau melayari internet. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia menghabiskan masa berjam-jam dalam talian dalam satu hari? Kajian telah menunjukkan bahawa menjadi aktif secara fizikal boleh menggalakkan bakteria baik untuk hidup dalam sistem penghadaman, manakala tidak aktif boleh membawa hal sebaliknya. Jadi, lain kali jika anda mempunyai masa terluang, ketepikan telefon pintar dan berjalan-jalan setiap hari untuk sekurang-kurangnya 30 minit. Malah, anda boleh membawa anak-anak bersama-sama. Amalan ini juga baik untuk kesihatan mereka, di samping dapat menanam sikap untuk bergiat aktif melakukan aktiviti fizikal yang menyihatkan!

2. BANYAKKAN PENGAMBILAN SAYUR-SAYURAN HIJAU

Sebenarnya, bukan setakat sayur-sayuran, tetapi cuba untuk mendapatkan spektrum buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih luas, kerana setiap warna mengandungi manfaat tersendiri seperti vitamin dan mineral. Walau bagaimanapun, pastikan anda memasukkan sayuran berbentuk ‘cruciferous’, atau sayur-sayuran berbentuk bunga seperti kubis, bok choy dan brokoli dalam diet anda. Sayur-sayuran jenis ini, khususnya, dapat membantu pembentukan bakteria baik dalam sistem penghadaman anda. Pada masa yang sama, 3-5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza-beza setiap hari, yang mengandungi serat dan nutrien secukupnya adalah penting untuk sistem penghadaman yang sihat. Serlahkan kreativiti anda dengan mencuba resipi yang menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai bahan utama. Juga, jadikan anda sebagai contoh semasa anda menyuruh anak-anak anda menghabiskan buah-buahan dan sayur-sayuran mereka.

3. LUANGKAN MASA UNTUK BEREHAT

Meminta ibu bapa supaya tidak perlu berasa bimbang tentang anak-anak mereka adalah seperti menyuruh seseorang supaya tidak bernafas – mustahil! Inilah sebabnya: kajian telah menunjukkan bahawa tekanan fisiologi bukan sahaja menjejaskan sistem penghadaman, tetapi juga mengubah komposisi microbiota di dalamnya, tidak dengan cara yang baik! Ini boleh mengakibatkan sistem imun anda lebih mudah terdedah kepada serangan patogen dan penyakit, dan seterusnya menyebabkan ulser, sensitiviti makanan dan pedih ulu hati yang berterusan. Sekali-sekala, cuba dapatkan khidmat pengasuh untuk beberapa malam, dan rancang percutian keluarga dengan lebih kerap. Siapa yang tidak sayangkan anak, tetapi ketahuilah mereka sememangnya membuatkan anda tidak mempunyai rehat yang secukupnya!

4. DAPATKAN TIDUR 6-8 JAM

Antara bimbang mengenai anak-anak pada waktu malam dan tabiat suka menghabiskan masa dengan telefon pintar anda, tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia tidak mendapat tidur yang secukupnya pada waktu malam. Tidur yang tidak teratur boleh menyebabkan sistem penghadaman anda kurang bertenaga, yang diperlukan untuk mencerna makanan dan menyerap nutrien. Pada siang hari, keletihan mendapat kita pergi untuk kopi dan gula untuk rangsangan tenaga yang amat diperlukan, yang boleh menyebabkan kerengsaan pada saluran penghadaman, serta membawa kepada kualiti tidur tidak mencukupi, dan menyebabkan proses ini berulangan. Apabila anda menidurkan anak-anak anda pada jam 9.00 malam, anda seharusnya cuba untuk melakukan perkara yang sama. Inilah petuanya: Cas peranti mudah alih anda di luar agar jauh dari jangkauan semasa anda tidur.

5. MINUMLAH SUSU KULTUR

Minumlah susu kultur seperti VITAGEN setiap hari, ia boleh membantu menyekat pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus. VITAGEN mengandungi berbilion kultur hidup yang aktif untuk penghadaman yang lebih baik dan sistem imun yang lebih kuat. Gabungan dua strain, Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei dalam setiap botol membantu meningkatkan daya tahan terhadap bakteria berbahaya di dalam tubuh anda. Ini membantu mengurangkan gejala gangguan usus seperti sembelit, cirit-birit, ulser, kembung, nafas berbau dan pedih ulu hati. Anda juga boleh menjadikannya minuman rutin untuk anak-anak setiap pagi, atau semasa makan malam. Minuman susu kultur seperti VITAGEN biasanya popular di dalam kalangan mereka yang mempunyai anak kecil, jadi adalah tidak menyukarkan untuk anda menyuruh mereka meminumnya. Malah, anda mungkin perlu meletakkan VITAGEN di tempat yang lebih tinggi di dalam peti sejuk!

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga