Posisi tidur yang menyebabkan anda jadi bodoh

Manusia normal yang berada di atas bumi pasti melakukan aktiviti ini, walaupun cuma 1 jam sehari. Zaman dahulu kala orang tidur memakai bantal kayu atau batu atau bahkan tidak memakai bantal. 

Kebiasaan tidur dengan bantal kayu atau batu, menyebabkan orang-orang dahulu boleh bangun dengan segar bugar, kerana tubuh mereka boleh berehat secara total semasa tidur. Berbeza dengan mereka yang tidur di atas katil empuk, tubuh mereka tidak boleh berehat kerana saling menekan dengan alas tidurnya.

Posisi tidur yang betul adalah tubuh secara mengiring ke kanan dengan kaki bahagian atas di tekuk, dan tangan kanan sebagai bantal. Tidur dengan kedudukan ini akan mengalirkan darah ke otak dengan sempurna, kerana kedudukan kepala lebih rendah dari jantung.

Posisi tidur yang membuatkan jadi bodoh adalah terlentang, meniarap, dan kaki mengangkang. Posisi ini diibaratkan sebagai cara tidur binatang, kerana aliran darah tidak lancar, perut dan dada tertekan, juga aliran darah ke otak juga terbantut.

Tidur yang baik berada dalam keadaan atau ruang yang gelap, terhindar dari cahaya yang silau. Rangsangan cahaya yang terlalu banyak, menyebabkan otak tidak optimum dalam melakukan defragmentasi(susunan) data-data yang terakam sebelum tidur, ini akan memberi kesan kepada daya ingat pada jangka masa yang lama.

Posisi tidur mengiring sebelah kanan supaya proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya perut di atas hati, agar makanan akan larut dari perut. Selain bermanfaat bagi pencernaan yang tidak ada 3 manfaat lain yang boleh diambil dari kedudukan tidur mengiring ke sebelah kanan:

a. Untuk bernafas, tidur mengiring mencegah jatuhnya lidah kebelakang yang boleh menganggu saluran udara. Lain halnya jika tidur pada posisi terlentang maka relaksasi lidah pada ketika tidur boleh menyebabkan menghalang saluran nafas, menyebabkan seseorang berdengkur.

Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen malah kadang-kadang boleh berlaku terhenti nafas untuk beberapa saat yang akan membangunkan orang yang tidur dengan posisi demikian. Orang tersebut biasanya akan bagun dengan keadaan pening kerana kurangnya bekalan oksigen ke otak. Tentunya ini sangat mengganggu tidur kita.

b. Untuk jantung, tidur mengiring kesebelah kanan membuat jantung tidak tertimpa organ lain ini kerana kedudukan jantung yang memang berada lebih disebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan curah jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke atrium juga banyak, sebab paru-paru kanan berada diatas sedangkan paru-paru kanan mendapatkan bekalan darah yang lebih banyak dari paru-paru kiri.

c. Bagi kesihatan paru-paru, paru-paru kiri lebih kecil berbanding dengan paru-paru kanan. Jika tidur mengiring kesebelah kanan, jantung akan jatuh kesebelah kanan, itu tidak menjadi masalah kerana paru-paru kanan besar, lain halnya kalau bertumpu pada sebelah kiri, jantung akan menekan paru kiri yang bersaiz kecil, tentu ini sangat tidak baik.

Ada beberapa hadis Rasulullah SAW berkenaan posisi tidur; 

"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu." (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

"Rasulullah SAW apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya." (HR. Abu Daud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

"Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla." (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih)

"Bahawasanya Rasulullah SAW membenci tidur malam sebelum (solat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya." [Hadith Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)]

"Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudukmu untuk melakukan solat." (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)

Hukum Persenyawaan Tabung Uji

Maksud persenyawaan tabung uji ialah permulaan penciptaan janin di dalam bekas atau tiub di luar rahim ibu melalui proses sedutan ovum dari ovari kemudian digabungkan dengan sperma suami untuk di senyawakan lalu dipindahkan janin yang terbentuk itu ke dalam rahim melalui faraj wanita untuk proses tumbesaran dan penyempurnaan kejadiaannya.

Kaedah semulajadi dalam persenyawaan ialah dengan sempurnanya hubungan kelamin di antara suami dan isteri lalu bercantumnya sperma suami yang naik dari faraj dengan ovum isteri yang terdapat di dalam ovari kemudian ianya bergerak memasuki saluran rahim yang dinamakan sebagai tiub fallopio. Setiap wanita memiliki dua tiub fallopio. Apabila kedua-dua benih bertemu di tiub fallopio kedua-duanya akan menempel pada sel yang satu dan bergerak ke rahim untuk proses tumbesaran dan penyempurnaan janin.

Ada juga berlaku persenyawaan bukan secara semulajadi iaitu keadaan apabila dua saluran tiub fallopio tersebut tersumbat yang menyebabkan sperma dan ovum akan berjauhan atau sperma tidak mampu untuk bergabung dengan ovum. Apabila perkara ini berlaku maka ianya berhajatkan kepada persenyawaan luaran yang dilakukan di dalam bekas di luar rahim wanita. Disebabkan itulah perkara ini dikenali sebagai persenyawaan dengan bantuan makmal dan perpindahan embrio.

Sesunggguhnya persenyawaan makmal ini telah membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah kesuburan yang berlaku pada kebanyakan golongan isteri yang mana masalah ini telah menjerumus mereka ke dalam konflik rumah tangga sehingga membawa kepada penceraian. Peratus kejayaan proses ini tidak lebih daripada 15%.

Golongan Fiqh kontemporari telah berselisih mengenai hukum persenyawaan ini kepada dua pendapat :

PENDAPAT PERTAMA : Dibolehkan untuk melakukan persenyawaan dengan bantuan makmal (bayi tabung uji) di antara suami dan isteri ketika ada keperluan. Ini merupakan pendapat dari kebanyakan Fuqaha'.

Hujah mereka ialah sesungguhnya Islam tidak berdiri di atas tujuan yang sah iaitu untuk mendapatkan anak. Persenyawaan makmal ini disifatkan sebagai salah satu alternatif perubatan untuk penyakit kemandulan. Hal ini bersandarkan kepada hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Hibban dan Abu Daud dengan sanad yang sahih, hadis daripada Usamah bin Syarik yang berbunyi :

Maksudnya : Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyakit itu kecuali dijadikannya penawar.

Abu Daud menambah :

Maksudnya : kecuali satu penyakit yang tiada penawarnya iaitu tua.

PENDAPAT KEDUA : Haram melakukan persenyawaan dengan bantuan makmal ini secara mutlak.

Hujah mereka ialah beramal dengan kaedah iaitu menutup jalan yang membawa kepada perbuatan yang dilarang kerana proses ini akan mengundang masalah yang berbagai  disebabkan berlakunya percampuran nasab atau membawa nasab kepada si mati sepertimana telah sempurnanya persenyawaan ketika si suami masih hidup kemudian diletakkan embrio tersebut di dalam rahim isteri selepas kematian suaminya lalu akan menyebabkan timbulnya masalah harta warisan. Golongan ini juga mengaitkan dengan peratusan kecil kejayaan proses ini di samping pihak-pihak yang telah mengeksplotasi proses ini kepada suatu bentuk perniagaan untuk mengaut keuntungan kecil untuk menarik minat pasangan-pasangan yang inginkan cahaya mata sebagai salah satu hujah untuk mengharamkan proses persenyawaan makmal ini.

Maka isu persenyawaan dengan bantuan makmal (bayi tabung uji) kekal sebagai suatu isu yang berhajatkan kepada kajian-kajian baru di kalangan Fuqaha' untuk meletakkan garis panduan yang meliputi hak-hak pihak-pihak yang terlibat tanpa menghalang sesuatu hak lain yang telah ditetapkan oleh Islam semata-mata suatu ilusi yang mungkin boleh dikawal darinya bersandarkan garis panduan tersebut.

Hukum Ujian DNA

Deoxyribonucleic acid atau lebih dikenali sebagai DNA ialah suatu istilah baru yang dipelopori oleh Profesor Alex Jeffrey pada tahun 1985 ketika menjalankan ujian rutin terhadap gen manusia lalu menemui susun jalur yang menakjubkan di dalam DNA tersebut yang membezakan setiap individu seperti cap jari.Penemuan fakta saintifik ini kemudian disahkan oleh Eric Lander dan menamakannya sebagai 'pengesahan identiti terakhir'selepas menemui semua ciri-ciri asas yang diperlukan untuk membezakan identiti setiap manusia melalui DNA ini sekalipun berada dalam pelbagai keadaan dan DNA ini mampu dilakukan dengan adanya kesan air mani,darah atau air liur yang kering.Begitu juga sisa tulang,rambut,kulit dan sebagainya walaupun telah melalui tempoh yang panjang.Proses ini akan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan serta teknik-teknik moden.

Sebahagian akademi-akademi fiqh telah mengetahui sesungguhnya DNA ini merupakan struktur genetik yang terperinci yang menunjukkan identiti setiap individu tertentu dan penemuan saintifik ini merupakan realiti yang menakjubkan bagi manusia yang mana Allah SWT telah memerintahkan untuk menelitinya sepertimana firman Allah SWT yang berbunyi :

Maksudnya : Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu).

Jesteru, diwajibkan ke atas kita untuk mezahirkan tanda syukur kepada golongan-golongan pengkaji ini.

Adapun kesan DNA ini dari sudut Fiqh dan syarak,ianya telah wujud di dalam masalah-masalah yang banyak yang mempunyai kaitan dengan hasil penemuan saintifik ini.

HASIL PERTAMA : 

Sesungguhnya DNA akan mengesahkan identiti seseorang individu dengan sifat yang khusus yang akan membezakannya dengan yang lain yang mana tidak akan ada persamaan seorang pun manusia dengannya. Daripada hasil ini, kemungkinan dapat mengetahui siapakah individu yang hadir di satu tempat tertentu, atau siapakah yang meletakkan tangan atau mana-mana bahagian anggotanya ke atas sesuatu melalui kaedah menyiasat apa yang ditinggalkan dari kesan-kesan manusia seperti darah, air mani dan air liur atau sehingga ke titisan peluh begitu juga dengan rambut, tulang dan sebagainya di lokasi kejadian jenayah atau sebagainya. Kemungkinan juga dapat diambil iktibar dari hasil ini di dalam masalah-masalah yang berbagai antaranya :

Pertama -mengesahkan identiti individu yang telah hilang setelah beberapa tahun kemudian pulang semula dalam keadaan imejnya yang telah berubah dan ahli keluarganya juga menafikannya.

Kedua - boleh mendedahkan penipuan identiti individu yang telah hilang dengan tujuan untuk mengambil harta peninggalannya atau melakukan serangan ke atas isterinya.

Ketiga - mengetahui identiti penjenayah untuk memudahkan pengadilan.

HASIL KEDUA : 

DNA juga dapat mengesahkan identiti seseorang individu dengan sifat-sifat asalnya iaitu sifat-sifat yang dikongsi bersama keturunan dan juga pewarisnya. Daripada hasil ini kemungkinan dapat diketahui ibu-ibu,bapa-bapa dan anak-anak mereka. Kemungkinan juga hasil ini dapat memberikan manfaat di dalam masalah-masalah yang berbagai antaranya : menyelesaikan pertelingkahan nasab apabila bercampurnya anak-anak yang dilahirkan di hospital-hospital dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat menghalang penipuan dalam mendakwa nasab anak pungut seperti melakukan helah dalam mem 'bin' kan anak tersebut kepada yang diharamkan. Allah SWT berfirman :

Maksudnya : Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber'bin' kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama.

Di dalam setiap sudut, sesungguhnya DNA ini akan membuka suatu lembaran fiqh yang baru untuk mengesahkan nasab dan kembali pertimbangkan dalam menasabkan anak zina kepada pelakunya selepas mengetahuinya melalui DNA ini. Jesteru, golongan ahli Fiqh wajib menitikberatkan hal ini sebagai persiapan untuk menghadapi isu-isu saintifik di masa hadapan yang tidak dapat dielakkan.

15 Sifat Manusia Dalam Al-Quran

Fitrah insani kita memang tidak pernah cukup untuk membawa kita menuju jannahNya.tidak cukup hanya menjadi “manusia biasa” untuk berlari dan berlumba menuju Syurga.Kerana sifat dasar manusia yang dikurniakan Allah kepada kita,sungguh, sungguh hina lagi dina!!!

Makhluk apa lagi yang berani memikul amanah yang gunung dan langit menolaknya selain manusia!?makhluk apa lagi yang dikatakan Tuhan penciptanya selalu berada dalam kerugian kecuali orang-orang tertentu saja!?Benarlah Saiduna Umar al-Khattab RA berkata ;

“ Ya Allah, Engkau muliakan kami dengan iman dan islam”

Sungguh jika bukan kerana keduanya, maka celakalah manusia...

Mari kita telusuri, apa kata al-Quran tentang makhluk yang bernama manusia ini…

1) manusia itu LEMAH

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (An Nisa; 28)

2) manusia itu MUDAH TERPEDAYA

“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah” (Al-Infithar : 6)

3) manusia itu LALAI

“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu” (At-Takaatsur 1)

4) manusia itu PENAKUT / MUDAH KHAWATIR

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah 155)

5) manusia itu BERSEDIH HATI

“Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Soobiin , siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah , hari kemudian dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati” (Al Baqarah: 62)

6) manusia itu TERGESA-GESA

Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’ 11)

7) manusia itu SUKA MEMBANTAH

“Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.” (an-Nahl 4)

8) manusia itu SUKA BERLEBIH-LEBIHAN

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Yunus : 12)

“Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas” (al-Alaq : 6)

9) manusia itu PELUPA

“Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka.” (Az-Zumar : 8 )

10) manusia itu SUKA BERKELUH-KESAH

“Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Al Ma’arij : 20)

“Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” ( Fussilat : 20)

“Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)

11) manusia itu KIKIR

“Katakanlah: “Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, niscaya perbendaharaan itu kamu tahan, kerana takut membelanjakannya.” Dan adalah manusia itu sangat kikir.” (Al-Isra’ : 100)

12) manusia itu SUKA MENGKUFURI NIKMAT

Dan mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hamba-Nya sebagai bahagian daripada-Nya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar pengingkar yang nyata (terhadap rahmat Allah). (Az-Zukhruf : 15)

sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, tidak berterima kasih kepada Tuhannya, (al-’Aadiyaat : 6)

13) manusia itu ZALIM dan BODOH

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh, ” (al-Ahzab : 72)

14) manusia itu SUKA MENURUTI PRASANGKANYA

“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Yunus 36)

15) manusia itu SUKA BERANGAN-ANGAN

“Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab: “Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.” (al Hadid 72)

Itulah 15 sifat manusia yang disebutkan dalam al-Quran. Mengerikan bukan? Adapun Islam, sudah memberikan solusi untuk segala sifat buruk manusia ini. Sungguh nikmat iman dan islam ini bukanlah sesuatu yang kita dapat dengan murah!!!

SOLUSI PERTAMA

Tetap berpegang teguh kepada tali agama dan petunjuk-petunjuk dari Allah.

Kami berfirman: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (al-Baqarah : 38)

SOLUSI KEDUA

Tetap berada dalam ketaatan sesulit apapun situasi yang melanda.

Tetap berada dalam ketaatan di sini, bererti bersegera menyambut amal-amal kebaikan.

Allah berfirman “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,” ( Ali Imran : 133)

SOLUSI KETIGA

Jaga keimanan kita.

Adalah hal yang wajar, iman seseorang naik turun .Mengapa demikian? kerana ia merasa Imannya turun ketika jauh dari Rasulullah. Ternyata itu pula yang dirasakan lelaki dengan iman tanpa retak itu. 

Tetapi sungguh, iman seorang mukmin yang baik, akan tetap memiliki trend yang meningkatk. Di sinilah mungkin iman kita kepada Allah diuji. Apakah kita mampu, belajar mencintai Allah di atas segala sesuatu, belajar mencintai sesuatu kerana Allah, serta belajar membenci kekufuran!!!

SOLUSI KEEMPAT

Berjama’ah

Manusia itu lemah ketika sendiri dan kuat ketika berjama’ah. Adakah yang meragukannya?

Bacaan al-Quran Terhadap Manusia

"Tak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingat dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an ...".

Dr. Al Qadhi,melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa Arab mahupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Penurunan tekanan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, menangkal berbagai macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya. Penemuan sang doktor ahli jiwa ini tidak menentu.

Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, detak jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik.Dari hasil uji cubanya beliau telah membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuat pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sampai 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Kesimpulan hasil uji cuba tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Objek kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak mengerti bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, iaitu membaca Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Quran memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Maha benar Allah yang telah berfirman,

"Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

22 sifat buruk bangsa Yahudi

Dalam Al-Quran sedikitnya disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al Baqarah: 75,91,101,140,145,211; Ali Imran:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imran:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran Al Quran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imran:70)

9.Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan meyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah: 90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imran:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran: 24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

15 SOAL JAWAB ORANG KAFIR YANG PERSOALKAN KEBENARAN ISLAM

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Na'uzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung. 

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Ali Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, Kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.
(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Ayat Al-Quran Sebagai Penawar Penyakit Kanser

Kanser begitu sukar dipulihkan terutamanya jika sudah berada di tahap tiga dan empat. Sebaik sahaja sel kanser merebak masuk ke saluran darah dan sistem peredaran kelenjar atau ‘lymph’, amat sukar untuk memastikan bahagian organ mana yang mengalami proses metastasis dan menyebabkan sel kanser.

Jalan paling mudah dalam kaedah perubatan moden adalah kemoterapi, iaitu memasukkan ubat anti kanser keseluruhan sel organ dalam badan.Tetapi proses kemoterapi hanyalah berfungsi untuk surpressed atau melemahkan sel kanser atau melambatkan proses kanser dari merebak dengan cepat.

Adalah sukar bagi pakar perubatan moden untuk memberi lima tahun jaminan pesakit akan sembuh atau selamat dari kanser.Ini kerana mereka sedar, kebarangkalian sel-sel kanser merebak ke bahagian tubuh yang lain amat tinggi.Biarpun seseorang pesakit kanser telah bebas dari kanser berdekad lamanya, itu bukan jaminan kanser tidak akan kembali menyerang mereka.

Ini adalah kerana sel-sel kanser yang dilemahkan semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi akan kembali aktif selepas beberapa jangka masa atas beberapa faktor seperti tekanan emosi (stres), pemakanan tidak seimbang dan pelbagai faktor lain.

Apabila kanser kembali menyerang, pesakit perlu mengulangi semula rawatan seperti rawatan pertama.Ini yang membuatkan pesakit berasa putus asa, tekanan emosi dan tabiat ini tidak membantu menyembuhkan sebaliknya membantu menggalakkan lagi pertumbuhan kanser.

Dalam erti kata lain, perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada Allah dan meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah di dalam Al-Quran :

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman….” (Al Israa’ 82)

“….Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku..” (Al Baqarah, 186)

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.

Konsep inilah yang akan menghasilkan keputusan ’2 dalam 1′, iaitu di samping mendapat kesembuhan, diri juga akan lebih dekat dengan Allah.

Sesungguhnya kesakitan bukanlah alasan untuk kita menjauhi diri daripada Allah. Dan kesakitan bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadah sama ada wajib atau sunat.Justeru, berdoa ketika sakit lebih dipandang Allah berbanding ketika sihat. Hal ini kerana ketika sihat, ia akan berdoa dan beramal dengan sambil lewa, kerana belum merasakan peritnya sebuah musibah kesakitan.

Namun, apabila seseorang itu sakit misalnya, ia akan berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk, tawaduk serta penuh pengharapan supaya Allah memakbulkan doanya dan menyembuhkan penyakitnya.

Al-Quran, bukan sekadar bacaan, ia sumber panduan juga medium penyembuhan.Insya-Allah, semoga dengan keyakinan yang terbina, Allah akan hadiahkan pesakit/ pembaca dengan kesembuhan.

Antara kaedah yang digunakan untuk merawat kanser adalah ;

* Membaca beberapa rangkaian ayat suci Al-Quran.

Ini adalah amalan utama atau amalan pokok dalam perubatan ini. Pesakit akan diberikan beberapa ayat suci Al-Quran, yang saya beri selepas memeriksa pesakit, jenis kanser, sejauh mana tahap sakit dan kesan penyakit terhadap pesakit.

Secara umumnya, ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.

Ayat surah Mukminun untuk dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas maghrib atau isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam atau dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardu, atau Qiyammulail.

Ayat surah Al Hajj tadi pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali selepas subuh, zohor atau asar.

Jika tidak sempat, maka boleh dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.

Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh.

Ingat, berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.

Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya-Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.
Dua rangkaian ayat (Al Mukminun, Al Hajj), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.

Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan. Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian surah-surah di bawah.

Al Anbiya’ 38 hingga 50 / Huud 60 hingga 80 / An Nahl 90 hingga 110 / Yunus 55 hingga 70 / Qasas 66 hingga 88 / Ibrahim 9 hingga 22 / Al Kahfi 38 hingga 60 / Yunus 71 hingga 89

Malah, ayat ini bersifat khusus untuk setiap tahap kanser dan spesifik untuk setiap jenis kanser yang dialami.

Setiap rangkaian ayat ini sama jika dibandingkan dengan setiap satu jenis ubat dalam kaedah rawatan kanser secara moden.

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhuk

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhuk yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhuk sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhuk dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhuk memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhuk ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhuk disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhuk mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhuk itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhuk dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhuknya.

Yang paling penting dari wudhuk ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.Fakta Wudhuk sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhuk.

Cara Wuduk Rasulullah S.a.w

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansari r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Muslim )

Huraian

Wuduk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wuduk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga