8P TIP KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA

1.PUJI iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. PERMOHONAN iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Ali Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yang sama.

Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.Apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

Isteri Jangan Tunjuk Jalan Neraka Kepada Suami

Tertarik dengan kata kata Prof Dr Muhaya “Jangan kita(isteri) menunjukkan jalan ke neraka kepada suami”.Ungkapan ini sebenarnya sangat luas pengertian dan maknanya.Apapun ianya tidak lain dan tidak bukan, sudah pasti memfokuskan tentang aurat si isteri di sebabkan kegagalan mendidik oleh si suami.

Bicara tentang aurat wanita khususnya para isteri.Perlu di ingat wahai para SUAMI, dan tolong sampaikan kepada para isteri di rumah sekiranya anda wahai para SUAMI, tidak menyampaikannya bermakna anda mengiakan maksiat kepada Allah SWT, kita ada kuasa memperbetulkan dan menegur para isteri kita.Hidupkan budaya tegur menegur(apatah lagi yang berkaitan dengan hukum hukum syara’)di antara suami isteri agar ianya tidak terus dan akan menjadi “barah” di dalam keluarga dan masyarakat kita.

Sebelum itu sama samalah kita hayati Firman Allah SWT ini di dalam surah an nur ayat 31 ” “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur:31)

Para suami, batas aurat wanita mengikut ulama Feqah, Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.kena faham betul betul skop aurat ini, agar tidak menjadi kekeliruan pada para isteri.Antara kesalahan kesalahan di dalam cara pemakaian trend zaman sekarang ini ialah 

1-BERTUDUNG, tetapi pakaian terlalu sendat(menampakkan susuk tubuh) 

2-BERTUDUNG, tetapi pakaian terdedah di bahagian lengan 

3-BERTUDUNG dan MENUTUP semua anggota badan tetapi pakaiannya terlalu nipis sehinggakan menampakkan bahagian kulit tubuhnya, 

4-TIDAK bertudung, pakaian sendat dan berpakain seksi.semua perkara di atas adalah menyalahi dari segi syara’ namun begitu masih ramai yang tidak mengambil hirau dan cakna tentang cara pemakaian ini.

Wahai para suami, khabarkan kepada para isteri, batas aurat juga tidak boleh diterjemahkan ianya tidak mengapa DI DALAM rumah dan DI PERSEKITARAN rumah atau dengan kata lain, tidak mengapa aurat ini tidak dijaga bila kita duduk dalam rumah atau di persekitaran rumah, ini adalah salah, akan tetapi batasan aurat adalah di mana kita menjaganya daripada dilihat oleh lelaki bukan mahram, itulah garis panduan yang SEBETULnya.

Sebab ramai yang terkeliru di sini, bila mana ada ipar duai datang ke rumah kakak ipar, aurat(rambut) tidak di tutup, atau adik ipar (lelaki) bertemu di rumah mak mertua dengan kakak ipar dengan selamba mendedahkan aurat(rambut), maknanya tidak bertudung dengan alasan tidak mengapa kerana ianya di dalam rumah.Inilah konsep yang disalahertikan(di dalam rumah tak mengapa), sedangkan adik iparnya(lelaki)itu tu bukankah seorang yang bukan mahram?.

Lainnya lagi keadaan yang disalahertikan, menjemur dan menyidai kain di ampaian tanpa menutup aurat (rambut) nya, mungkin mereka ingat tidak mengapa kalau di perkarangan rumahnya, ini juga satu tanggapan yang tidak betul sama sekali.Kalau hanya rumah kita sebuah saja yang ada dalam kawasan tu, maka ianya barulah dikatakan tidak mengapa.

Ada 3 aspek kelemahan para suami iaitu ;

1-Tidak Menegur = ada suami langsung tidak berani untuk menegur si isteri mungkin di sebabkan takut, mungkin juga di sebabkan tak berapa nak amik berat hal hal seperti ini atau mungkin dia merasakan apa yang isteri dia buat tu adalah betul.

2-Tidak Pantau - Tegur sudah, tinggal lagi para suami kena memantau setiap pergerakan isteri agar tidak melanggar batas batas syara’.Mungkin suami tidak berapa di rumah, tapi si isteri elok elok je mendedahkan aurat di luar atau di perkarangan rumah tadi, dilihat oleh lelaki bukan mahram, jadi para suami sebolehnya kena tanya “tadi jemur kain di ampaian tu, pakai tudung ke tak”..atau “kuar duk kat beranda/landskap tadi tutup aurat ke tidak”..ya! kena tanya sebagai pemantauan kita para suami, jangan biarkanlah sikap para isteri terus berada dalam kemurkaan Allah SWT, nampak remeh tetapi mudharat/kebinasaan yang besar akan ditanggung oleh kita wahai para suami.

3-Tidak bertegas - Tidak bertegas dalam merubah keadaan, yang sebelumnya tadi, tidak menegur, keduanya tidak memantau, bila kedua dua ini dah dilakukan, yang ketiganya tidak berlaku tegas bila para isteri tiada perubahan untuk mengikut syariat Allah SWT.Ketegasan ini bukan kata dengan cara serangan secara fizikal(contohnya menampar atau mencederakan isteri) tetapi bertegas di sini, dengan memberitahu akan seksa dan azab yang akan diterima oleh para isteri, jika ianya tidak berkesan juga, katakan kepadanya “abang tidak redha dengan kamu, kalau kamu masih berdegil”.Dan dalam hal ini, bukan isteri saja tapi ketegasan juga kepada anak anak perempuan(yang sedang membesar). Ingat para isteri “redha suami, maka redha Allah”.

Wahai para suami, ingatlah, isteri kita itu amanah Allah SWT kepada kita, jika kita gagal dalam membawa isteri ke jalan yang di redhai Allah, maka kita telah mengkhianati amanah Allah SWT yang diberikan kepada kita.Pergunakanlah ilmu yang suami sentiasa ikuti samada dalam kuliah kuliah agama @ di dalam bacaan kitab kitab agama @ majlis majlis ilmu untuk MEMBENTUK dan MEMPERBAIKI diri kita, keluarga(anak isteri) kita dan masyarakat kita.Apa guna kita mempunyai ilmu yang dipejari dari kuliah kuliah agama, dari kitab kitab agama tetapi isteri dan anak anak tidak terjaga batas auratnya, ianya sangat merugikan dan lebih malang ianya mengundang kemurkaan Allah SWT, sebab kita(suami) tahu akan hal itu, tetapi tidak bertindak menegurnya dan hanya memandang kecil akan maslahah ini.

Kesimpulan yang boleh dibuat, para isteri yang tidak menjaga batas auratnya, telah menunjukkan jalan ke neraka kepada suaminya tapi kalau para isteri menjaga auratnya maka isteri telah menunjuk jalan ke syurga kepada suaminya.

Cantik Mengikut Syara'

SYEIKH Dr Yusuf al-Qardawi menegaskan dalam kitab nukilan beliau al-Halal wal Ahkam fil Islam sekiranya ada kecacatan yang menjelikkan pada pandangan mata sehingga menimbulkan sakit di jiwanya, boleh dirawat dan diubat kecacatan itu dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam nyawanya kerana ALLAH SWT tidak menjadikan agama ini dengan penuh kesukaran.

Al-Qardawi juga menegaskan perbuatan bertatu, mencukur kening sehingga menjadi nipis sekali, menjarangkan gigi dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau mengasah gigi dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenar.

Beliau secara tegasnya menyatakan perbuatan sesetengah umat Islam yang melakukan pembedahan plastik untuk kecantikan adalah pengaruh budaya materialistik Barat sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung segala kesakitan demi menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota seperti hidung, mata dan payu dara.

Manakala Dr Abdul Karim Zaidan menyatakan dalam buku beliau al-Mufassal fi Ahlam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al- Syariah al-Islamiyyah turut membincangkan isu usaha wanita untuk mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas.

Sebarang aktiviti ke arah kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan senaman, berbedak, bercelak, bertindik telinga, mengawal pemakanan sama ada dengan tujuan untuk menambah atau menurunkan berat badan adalah harus kerana termasuk dalam a’mal al-tajmil.

PENGUBAHSUAIAN ciptaan Ilahi sering menjadi persoalan ramai. Jika diperhatikan ramai sahaja yang bertanya pada golongan ilmuwan mengenai topik berkenaan. Sesuai dengan arus kemodenan kini, banyaknya pembaharuan dalam dunia kecantikan antaranya, teknologi nano, teknologi ortodontik, pembedahan plastik, suntikan botox dan vitamin C. Semua itu menghiasi diari wanita moden bercita rasa tinggi.

Siapa tidak mahu dipandang cantik dan pastinya tidak ada sesiapa pun mahu berbadan besar serta bergigi rongak, namun seseorang Muslim itu perlu bersikap berpada-pada. Usah diikutkan kata hati untuk menjadi cantik sehingga melupakan batas-batas yang dilarang Islam. 

ABDULLAH bin Mas’ud menerangkan bahawa Rasulullah melaknat wanita yang merenggangkan giginya demi kecantikan bagi mengubah ciptaan ALLAH SWT (Sahih Muslim no: 3966).

Pengecualian diberikan kepada gigi yang tercedera disebabkan kemalangan, peperangan atau sebagainya, boleh dibetulkan kedudukannya agar orang tersebut dapat makan seperti biasa. Demikian juga dibolehkan memakai gigi palsu bagi orang yang sudah tidak ada gigi.

Adapun memutihkan gigi, maka ia termasuk dalam anjuran agama untuk menjaga kebersihan. Namun berlebih-lebihan dalam memutihkan gigi seperti menggunakan pencuci kimia atau menghakis lapisan luar yang kuning boleh merosakkan gigi untuk jangka masa yang lama, maka elakkanlah ia.

Mengulas mengenai teknik rebonding rambut  dan  inai rambut, ia dibenarkan kerana bersifat sementara dan kaum wanita adalah bertudung.Terutamanya sekiranya perbuatan dilakukan untuk menjaga keharmonian rumah tangga seperti isteri mewarnakan rambut atau rebonding rambut ianya dibenarkan.

Tapi dalam bab mewarnakan rambut, perlu diingatkan bahawa penggunaan pewarna rambut yang bersifat tidak resap air adalah tidak dibenarkan. Label halal yang dipamerkan di produk-produk pewarna rambut menyatakan bahawa bahan tersebut tidak mempunyai bahan yang dilarang syara' tetapi tidak membawa maksud ianya resap air.

Sehubungan itu, gunakan bahan semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan seperti inai. Perkara ini perlu dipertimbangkan kerana ia melibatkan hukum mandi wajib dan berwuduk iaitu memerlukan rambut tersebut dibasahkan. Ini bererti jika bahan kimia tersebut kalis air maka hukumnya boleh jatuh haram sekalipun suci dan bersih.

Ketika ini, ramai antara kita melebihkan kecantikan paras rupa dengan mencuba pelbagai bahan-bahan yang boleh dipertikai seperti suntikan vitamin C.

Jika kegunaannya semata-mata untuk kecantikan hukumnya haram sebaliknya sekiranya dilakukan untuk kesihatan dan keharmonian rumah tangga ia diharuskan.

Kita ambil contoh produk kecantikan Safi Rania Gold. Produk ini apabila dipakai di wajah tidak berkekalan sifatnya. Ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan akan hilang dengan sendirinya. Ini dibenarkan.

Berbeza dengan mereka yang memakai susuk, apabila melalui sinar X, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit menunjukkan ianya berkekalan sekali gus diharamkan.

Konklusinya, apabila membuat perubahan yang kekal pada badan sama ada melalui suntikan atau pembedahan atau rawatan sekalipun adalah diharuskan jika bertujuan untuk kesihatan atau membaiki kecacatan yang menjelikkan yang ada supaya  kembali normal.

Jika semata-mata  tujuannya untuk kecantikan adalah dilarang sama sekali terutamanya yang melibatkan perbelanjaan sehingga membazir dan dikhuatiri akan memudaratkan di kemudian hari.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 membincangkan hukum pemakaian inai bercorak mengikut syara'. Muzakarah memutuskan:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki diharuskan bagi wanita sama ada telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syara' adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk perubatan. 

Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006 membincangkan hukum suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA).

Muzakarah memutuskan:

1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan bahan-bahannya ialah khinzir.

2. Suntikan botox ini juga didapati boleh memberi mudarat bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan penipuan.

3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan botox digunakan komersialnya botox adalah haram.

Syifa'ul Qalbi

Listen to Quran

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga