Kenapa Tidak Boleh Tidur Waktu Pagi dan Lewat Petang

Kajian yang disampaikan oleh Dr. Alyssa Cairns pada Associated Professional Sleep Societies di Minneapolis terhadap 738 kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas mendapati mereka yang tidur lewat petang terbukti sukar untuk tidur malam dan gagal memainkan puzzle dan kemahiran organisasi. Akibat kebiasaan tidur di lewat petang mereka akan lewat tidur 39 minit berbanding dengan rakan sebaya yang tidak tidur.

Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur di saat yang sangat diperlukan tidur (sangat mengantuk). Demikian juga, tidur di awal malam lebih bermanfaat dari pada tidur di akhir malam. Tidur di tengah hari lebih bermanfaat daripada tidur petang. Apabila tidur antara lewat petang dan waktu maghrib, maka manfaatnya akan semakin berkurang dan memudaratkan.

Apalagi tidur di waktu Asar (atau sesudah solat Asar) dan tidur di awal siang, kecuali bagi yang malamnya tidak tidur. Selain itu, waktu-waktu yang dimakruhkan untuk tidur adalah waktu antara sesudah solat subuh dan terbitnya matahari. Secara ringkas, tidur yang paling bermanfaat adalah tidur selama setengah malam yang pertama dan seperenam yang terakhir, kira-kira lapan jam.

Inilah tidur yang perlu menurut para doktor. Kurang dan lebihnya waktu tidur dari lapan jam akan menimbulkan ketidak seimbangan pada badan. Tidur menjadi sesuatu intipati dalam kehidupan kita kerana dengan tidur, kita menjadi segar kembali. Tubuh yang letih, urat-urat yang mengerut dan otot-otot yang diguna untuk bekerja seharian boleh meremaja semula melalui tidur. Tidur menjadi sesuatu yang intipati dalam kehidupan kita. 

Ada dua waktu tidur yang tidak disarankan oleh Rasulullah

1. Tidur di pagi hari setelah solat subuh

"Termasuk hal yang makruh bagi mereka yang orang soleh adalah tidur antara solat subuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai pemanfaatan waktu tersebut dari orang-orang soleh, walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak akan berehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit.

Ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya. Ia merupakan masa turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan dan mengembalikan segala kejadian hari itu atas kejadian masa yang mahal tersebut. Oleh itu tidurnya pada saat seperti itu seperti tidurnya orang yang terpaksa.

2. Tidur sebelum solat Isyak

Diriwayatkan dari Abu Barzah RA "Bahawasannya Rasulullah SAW membenci tidur sebelum solat isyak dan berbual selepas" (HR. Bukhari dan Muslim). 

Beberapa ulama menjelaskan, sebab dibenci tidur malam sebelum isyak adalah boleh menyebabkan tidak menunaikan solat isya 'pada waktunya. Akibat terlalu banyak tidur:

1. Banyak tidur akan mematikan hati.
2. Menambah berat badan.
3. Menghilangkan manfaat masa.
4. Menimbulkan kemalasan.
5. Banyak tidur ini hukumnya sangat makruh.
6. Banyak tidur juga akan membahayakan badan dan tidak bermanfaat bagi badan.

Tidur-tidur yang Sunat dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama: Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Abu Daud)

Kedua: Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana mengganggu orang yang solat.

Ketiga: Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). ( Abu Daud )

Keempat: Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.Nabi saw bersabda:

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” ( Abu Daud)

Kelima: Tidur waktu subuh.Nabi saw bersabda:

“Tidur subuh menegah rezki.” (Ahmad )

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:

“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”

Keenam: Tidur sebelum isyak kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:

“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Bukhari )

Ketujuh: Tidur lepas solat asar.Nabi saw bersabda:

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Abu Ya’la )

Kelapan: Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan: Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh: Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Ibnu Majah)

Kesebelas: Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.Nabi saw bersabda:

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Abu Daud )

Kedua belas: Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlah dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” ( Muslim)

Posisi tidur yang menyebabkan anda jadi bodoh

Manusia normal yang berada di atas bumi pasti melakukan aktiviti ini, walaupun cuma 1 jam sehari. Zaman dahulu kala orang tidur memakai bantal kayu atau batu atau bahkan tidak memakai bantal. 

Kebiasaan tidur dengan bantal kayu atau batu, menyebabkan orang-orang dahulu boleh bangun dengan segar bugar, kerana tubuh mereka boleh berehat secara total semasa tidur. Berbeza dengan mereka yang tidur di atas katil empuk, tubuh mereka tidak boleh berehat kerana saling menekan dengan alas tidurnya.

Posisi tidur yang betul adalah tubuh secara mengiring ke kanan, dan tangan kanan sebagai bantal. Tidur dengan kedudukan ini akan mengalirkan darah ke otak dengan sempurna, kerana kedudukan kepala lebih rendah dari jantung.

Posisi tidur yang membuatkan jadi bodoh adalah terlentang, meniarap, dan kaki mengangkang. Posisi ini diibaratkan sebagai cara tidur binatang, kerana aliran darah tidak lancar, perut dan dada tertekan, juga aliran darah ke otak juga terbantut.

Tidur yang baik berada dalam keadaan atau ruang yang gelap, terhindar dari cahaya yang silau. Rangsangan cahaya yang terlalu banyak, menyebabkan otak tidak optimum dalam melakukan defragmentasi(susunan) data-data yang terakam sebelum tidur, ini akan memberi kesan kepada daya ingat pada jangka masa yang lama.

Posisi tidur mengiring sebelah kanan supaya proses pencernaan lebih cepat kerana condongnya perut di atas hati, agar makanan akan larut dari perut. Selain bermanfaat bagi pencernaan yang tidak ada 3 manfaat lain yang boleh diambil dari kedudukan tidur mengiring ke sebelah kanan:

a. Untuk bernafas, tidur mengiring mencegah jatuhnya lidah kebelakang yang boleh mengganggu saluran udara. Lain halnya jika tidur pada posisi terlentang maka relaksasi lidah pada ketika tidur boleh menyebabkan menghalang saluran nafas, menyebabkan seseorang berdengkur.

Orang yang berdengkur akan mengakibatkan tubuh kekurangan oksigen malah kadang-kadang boleh berlaku terhenti nafas untuk beberapa saat yang akan membangunkan orang yang tidur dengan posisi demikian. Orang tersebut biasanya akan bangun dengan keadaan pening kerana kurangnya bekalan oksigen ke otak. Tentunya ini sangat mengganggu tidur kita.

b. Untuk jantung, tidur mengiring ke sebelah kanan membuat jantung tidak tertimpa organ lain ini kerana kedudukan jantung yang memang berada lebih di sebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan curah jantung yang berlebihan kerana darah yang masuk ke atrium juga banyak, sebab paru-paru kanan berada diatas sedangkan paru-paru kanan mendapatkan bekalan darah yang lebih banyak dari paru-paru kiri.

c. Bagi kesihatan paru-paru, paru-paru kiri lebih kecil berbanding dengan paru-paru kanan. Jika tidur mengiring ke sebelah kanan, jantung akan jatuh ke sebelah kanan, itu tidak menjadi masalah kerana paru-paru kanan besar, lain halnya kalau bertumpu pada sebelah kiri, jantung akan menekan paru kiri yang bersaiz kecil, tentu ini sangat tidak baik.

Ada beberapa hadis Rasulullah berkenaan posisi tidur; 

"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu." (Bukhari  dan Muslim )

"Rasulullah SAW apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya." ( Abu Daud, At Tirmidzi , Ibnu Majah  dan Ibnu Hibban )

"Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah ." (Abu Daud)

"Bahawasanya Rasulullah SAW membenci tidur malam sebelum (solat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya." [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ]

"Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudhukmu untuk melakukan solat." (Bukhari  dan Muslim )

Ibubapa Perlu Menjadikan Pendidikan Islam Satu Keutamaan

Kita bekerja keras menyediakan anak kita untuk kehidupan ini dan merasakan bahawa kita telah menerapkan nilai-nilai Islam yang secukupnya kepada mereka. Fikirkan lah sekali lagi!

Kebanyakan ibu bapa yang saya tahu, termasuk diri saya (pada peringkat awal) mengambil pendekatan dunia sebagai yang pertama, akhirat sebagai kedua. Seorang ibu memberitahu saya yang dia mengambil pendekatan 'pendidikan dari alam rahim sehingga kelahiran'. Yang jelas sekali, ia satu permulaan yang baik akan tetapi semasa anak-anak sedang membesar, pilihan kaedah pengajaran dan bahan mula terpengaruh kepada satu yang berkaitan keduniaan.  Kita boleh menafikan fakta ini, mungkin kita tidak sedar melakukan perkara ini.

Pengaruh Media hari ini tidak dapat dinafikan. Kita kadang-kadang dikelirukan dengan banyak nasihat yang kita dapat tentang pendidikan. Pada masa-masa tertentu, kita menjadi begitu teruja dengan pendedahan yang dipaparkan tanpa disedari, kita membuat keputusan berdasarkan apa yang pengiklan mahu kita percaya.

Apabila ini berlaku, kita mula mempercayai bahawa pengetahuan asas Islam sudah mencukupi.  Apabila ini berlaku, islam mengambil tempat kedua bagi kita yang mahu yang terbaik untuk anak-anak. Kita sekarang percaya bahawa kita perlu berkerja keras untuk menyediakan kepada anak-anak kita dengan persekitaran yang terbaik, motivasi, bahan rujukan, rumah, kereta dan sebagainya.

Kita sering terlupa bahawa anak-anak yang sudah memahami sepenuhnya apa erti mereka  menganut agama Islam akan mahu berjaya dalam semua apa yang dilakukannya. Dia tahu bahawa Allah (swt) adalah yang perancang terbaik. Bahawa di dalam hal itu sendiri adalah satu motivasi yang paling besar bagi anak-anak yang boleh mereka miliki.

Sesetengah ibu bapa bimbang bahawa pendidikan Islam selepas sekolah akan membebankan dan sesuatu yang sukar  kepada anak-anak. Hakikatnya, Islam tidak boleh menghalang anak-anak kita daripada apa yang baik, sebaliknya boleh meningkatkan perkara-perkara yang mereka lakukan.

Hari ini, kita dapati ramai golongan muda Islam sudah tidak mengejarkan solat (sembahyang), melibatkan diri dalam pergaulan bebas, minum arak dan menjadi gay. Kadang-kadang kita tertanya-tanya jika mereka ini dapat dibezakan dengan orang yang tidak beriman.

Beberapa anak muda yang saya temubual (yang terlibat dengan perkara negatif) , sebenarnya sudah melalui beberapa bentuk pendidikan Islam, jadi mengapa ini berlaku? Jawapannya adalah benar-benar jelas! Islam dijadikan sebagai keutamaan kedua dan mereka menjadi keliru dengan amalan kebudayaaan. Sesetengah ibu bapa menjadikan jadual yang sibuk sebagai alasan untuk tidak taat kepada Allah.  Sebahagian, dalam usaha mereka untuk membesarkan seorang anak-anak yang mampu berdikari akan memberinya kebebasan kepada anak-anak dan akan mempercayai anak itu secara membuta tuli. Kesan tindakan sebegini ialah kedua-dua ibu bapa dan anak-anak menjadi terpedaya dan hilang arah.

Ibu bapa sekalian, jangan tinggal di laman pemikiran bodoh yang merasakan bahawa hal ini tidak akan berlaku kepada kita. Jika kita biarkan ia, ia akan berlaku. Jangan sesekali berfikir walaupuan seminit bahawa anak-anak terpelajar kita tidak tertakluk kepada pencabulan. Bimbingan yang konsisten dan pemahaman diperlukan di sini.

Tujuh Perkara yang Boleh kita Lakukan Untuk menjadikan Islam sebagai Satu Keutamaan

Jadikan Islam matlamat Numero uno dalam kehidupan. Kita boleh melakukan ini dengan menjadi proaktif. Apa sahaja dunia moden tawarkan Islam boleh menawarkan yang serupa yang masih tetap dalam sempadan Islam.

1. Mewujudkan satu alternatif lain buat anak kita untuk sibukkan dirinya. Islam tidak semestinya dogmatik dan membosankan. Kita, ibu bapa perlu melengkapkan diri kita dengan Ilmu bagi membolehkan kita menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mematuhi Syariah.

2. Sentiasa menganggap penting apa yang berlaku di dalam kehidupan seharian anak kita dan akan terlibat secara kuat.  Ingat, mudarris (guru) atau ustaz hanya boleh berbuat sedemikian banyak. Kitalah, ibu bapa yang perlu menetapkan piawaian teras.

3. Konsisten dalam tindakan dan komitmen kepada Deen (agama) kita.  Ini tidak boleh tidak akan menghantar mesej kepada anak-anak kita akan kepentingan Islam dalam kehidupan mereka

4. Memikirkan semula kemudahan yang kita beri kepada mereka. Adakah kita membeli untuk mereka biografi Nabi Muhammad atau kita membeli mereka novel Harry Potter? Simplyislam telah mengujudkan beberapa bahan-bahan yang menarik sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Adakah kita meminta nasihat dari ahli Terapi Islam atau kita pergi ke tempat terbaik wang kita boleh membeli?

5. Memudahkan, bukan menetapkan agar tidak mengelirukan anak-anak kita dengan norma-norma budaya yang dikatakan berkaitan dengan Islam. Mereka hanya berkhidmat untuk tujuan hipokrit dan tidak munasabah. Islam adalah Islam, tamat.

6. Jangan menjauhkan diri dari bercakap dengan rakan-rakan kita yang lebih berpengalaman dan warak serta benar.

7. Jika Islam bukan keutamaan kita, buatlah ia sebagai satu yang utama, hari ini.  Anak kita sedang melihat.

Kesimpulannya jika niat kita adalah untuk berbuat baik, Insya-Allah Taala kita akan mendapat petunjuk. Buatlah Islam sebagai satu keutamaan kita hari ini!

Didik Anak Kenali Tanda Baligh

Usia baligh sama ada bagi anak lelaki ataupun perempuan adalah proses semula jadi yang dialami setiap manusia. Ia adalah petanda perubahan seorang kanak-kanak ke alam dewasa yang lebih mencabar. Menjadi kewajipan kepada ibu bapa memberikan penjelasan dan pengetahuan mengenai tanda-tanda baligh dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul setelah mencapai usia dewasa.

Jelaskan tiga perkara asas

Semua perkara ini perlu dilakukan setahun atau dua tahun sebelum mereka mencapai usia matang. Tiga perkara asas yang perlu dijelaskan kepada anak-anak sebelum mereka baligh:

1. Mengenali darah haid bagi perempuan dan air mani dan mimpi basah bagi lelaki. Sebaiknya ibu memainkan peranan menjelaskan mengenai kedatangan haid bagi anak gadis yang mencapai usia tertentu sekitar sembilan atau 10 tahun. Kesan daripada pengeluaran darah haid ini mungkin menyebabkan anak berasa sakit sedikit atau sakit yang teruk seperti senggugut. Dia juga mungkin berasa lemah dan tidak bermaya untuk melakukan kerja-kerja lain.

Bagi lelaki pula, ayah lebih sesuai memberikan penjelasan mengenai baligh dan mimpi basah pertama yang menandakan akil baligh. Dalam usia anak mencapai 12 hingga 15 tahun, mereka sudah mula mengalami mimpi basah, iaitu mimpi yang menyebabkan mereka mengeluarkan air mani. Ciri-ciri air mani yang pekat, bewarna keputihan dan baunya perlu diterangkan kepada anak. Sekiranya tidak, dibimbangi anak tidak dapat mengetahui dia telah bermimpi basah dan tidak mandi wajib.

2. Menjelaskan perubahan yang berlaku ke atas fizikal dan emosi mereka bagi membantu mereka menghadapinya dengan baik.

a. Perubahan fizikal dan mental bagi anak gadis yang telah baligh.

- Payudara menjadi lebih besar daripada sebelum ini. Pembesaran secara perlahan-lahan ini kadang kala menyebabkan kesakitan kepada mereka hingga tidak boleh disentuh.
- Bulu ari-ari mula tumbuh pada bahagian ari-ari. Mereka perlu diajar mencukur bagi menjaga kebersihan bahagian sulit.

b. Perubahan fizikal dan emosi lelaki yang baligh:
- Suara menjadi garau dan serak.
- Bulu ari-ari mula tumbuh pada bahagian pubik.
- Otot tubuh mula kelihatan.
- Misai dan janggut tumbuh.

3. Mengajar kepada mereka hukum hakam bagi anak yang sudah baligh.

a. Kewajipan melaksanakan ibadat bagi anak yang sudah baligh adalah seperti orang dewasa. Apabila baligh, mereka sudah wajib menunaikan solat fardu dan puasa Ramadan dengan sempurna. Sekiranya sebelum baligh ibu bapa sudah mendidik mereka bersolat dan berpuasa dengan baik, tiada masalah bagi mereka meneruskan tanggungjawab ini dengan sempurna.

b. Pengharaman beribadah seperti solat, membaca dan memegang al-Quran dan puasa ketika sedang haid.

c. Mengenali waktu permulaan dan pengakhiran darah haid bagi mengetahui waktu wajib melakukan ibadah dan waktu diharamkan. Tempoh minimum haid adalah sehari semalam, tempoh biasa ialah tujuh hari tujuh malam sementara paling lama ialah selama 15 hari. Selepas hari ke-15, darah yang keluar dianggap sebagai darah istihadhah yang mewajibkan perempuan bersolat. Mereka perlu diajar bersuci, berwuduk dan bersolat dalam keadaan istihadah.

d. Menunjukkan tatacara mandi wajib selepas bersih daripada haid atau selepas mimpi basah atau selepas keluar air mani. Kecuaian dalam mendidik anak mandi wajib dengan sempurna menyebabkan hadas besar tidak terangkat dan segala ibadah yang mewajibkan bersih daripada hadas besar, menjadi tidak sah.

e. Menguruskan tuala wanita yang telah digunakan. Tuala wanita yang mempunyai darah haid perlu diuruskan dengan baik. Tuala yang berdarah ini sebaiknya dibasuh dulu hingga hilang kesan darah padanya sebelum dibuang ke dalam tong sampah atau lebih baik ditanam.

Perlu pelihara aurat

f. Membimbing mereka memelihara aurat mereka dan memelihara pandangan mereka daripada melihat aurat orang lain. Apabila baligh, berlaku perubahan pada tubuh anak gadis hingga menjadikannya lebih wanita daripada sebelum ini. Justeru, mereka perlu memelihara aurat mereka dan memakai pakaian yang memelihara aurat dengan sempurna. Mereka juga perlu dilatih agar memelihara pandangan mereka daripada melihat aurat orang lain dan melihat perkara yang boleh menaikkan syahwat seperti menonton televisyen dan melayari internet.

g. Hadkan pergaulan mereka dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. Sekiranya sebelum ini, anak gadis bebas bermain bersama adik beradik, saudara mara dan jiran yang berlainan jantina, selepas baligh pergaulan seperti ini perlu dihadkan. Senda gurau antara adik beradik juga ada had tertentu. Malah mereka juga perlu menjaga batasan mereka dengan ibu bapa mereka sendiri. Tidak boleh lagi berpeluk cium secara berlebih dengan abang, adik lelaki, ayah, bapa saudara atau datuk.

h. Memelihara aurat waktu dengan meminta izin terlebih dulu sebelum memasuki bilik ibu bapa atau saudara yang sudah berkelamin. Firman Allah berkaitan isu ini bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh daripada kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu) dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah solat Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari tiga masa berkenaan, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk di antara kamu dan mereka.

Dan apabila kanak-kanak daripada kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara minta izin orang yang berkenaan dulu, Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. – (Surah an-Nur, ayat 23-24)

Ukhuwwah Biar Ikhlas, Tiada Muslihat

Membina silaturahim bukan sekadar mengucap salam kepada sesiapa yang ditemui dan tidak semudah berkirim salam melalui teman. Kemanisan ukhuwwah hanya dapat dirasai mereka yang ikhlas melengkapkan kehidupan sesama manusia setelah menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah SWT.

Tidak salah membina ukhuwwah dengan sesiapa saja untuk memperteguhkan hubungan dengan Yang Maha Mencipta. Pilihlah sahabat yang mengingatkan kita sewaktu lupa, menjauhkan daripada leka serta mengikat kita kuat pada tali-Nya, kerana itulah sebenarnya hikmah bersaudara.

Hari ini, jalinan ukhuwwah menjadi semakin mudah dengan adanya pelbagai medium untuk meneguhkan ikatan silaturahim. Hubungan yang jauh boleh didekatkan dan ini memudahkan kita membina persahabatan.

Firman Allah SWT; “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Tanpa memerlukan masa yang panjang dan modal banyak, kita boleh bertanya khabar serta tahu perkembangan taulan yang jauh hanya di hujung jari. Malah, hubungan jauh boleh didekatkan dengan kemudahan teknologi yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan itu.

Lebih daripada itu, ukhuwwah berasaskan takwa dan berlandaskan syariat adalah tunjang kekuatan ummah malah, silaturahim menjauhkan manusia daripada hasad dengki serta fitnah. Ukhuwwah juga boleh menguatkan hubungan dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa seorang Muslim itu menjadi saudara seorang Muslim lainnya, kerana itu tidak dibolehkan seorang Muslim itu menganiaya saudara Muslim yang lainnya. Juga tidak boleh seorang Muslim itu menghina saudara Muslim lainnya. Dan barang siapa memberikan pertolongan yakni memenuhi hajat keperluan saudaranya, maka Allah pun memenuhi dan menyelesaikan segala keperluan hajatnya dan barang siapa yang memberikan kemudahan atau memberikan kelapangan bagi kesusahan seorang Muslim, nescaya Allah melapangkan kesusahannya pada hari kiamat.”

Perintah membina silaturahim bertujuan melancarkan urusan kehidupan kerana manusia tidak boleh hidup sendirian, sebaliknya saling bergantungan dan melengkapkan keperluan masing-masing.Rasulullah SAW bersabda: “Orang Mukmin terhadap orang Mukmin yang lainnya, tidak ubah bagaikan sebuah bangunan yang bahagian-bahagian menguatkan satu sama lain.”

Oleh kerana ukhuwwah melengkapkan keperluan manusia, ia boleh menjadi asas pembinaan sebuah unit masyarakat harmoni. Alangkah indahnya keluarga yang sarat rasa hormat dan kasih sayang, menjadi tunjang perpaduan yang akhirnya menguatkan kesatuan ummah.

Ukhuwwah kerana agama tidak mengenal bangsa dan keturunan. Ia juga tidak terbatas kepada hubungan kerabat semata.Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah lebih Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Justeru, menjalin hubungan silaturahim haruslah ikhlas kerana Allah SWT. Kita tidak akan merasa cukup dengan nikmat Allah jika sentiasa menyandarkan asbab setiap hubungan persahabatan untuk mendapatkan sesuatu.

Ditakdirkan apa yang diingini itu tidak diperoleh, kita akan berasa marah, menyesal dan berdendam. Sedangkan, jika ia dijalinkan kerana Allah SWT, kita akan sentiasa reda dengan setiap apa yang berlaku.

Ukhuwwah yang erat tunjang kekuatan ummah. Ia jugalah yang menguatkan perjuangan Rasulullah SAW di peringkat awal menyebarkan dakwah kepada setiap penduduk Makkah. Kehadiran sahabat yang turut mewakafkan diri kepada Allah SWT dan Rasul-Nya memudahkan urusan dakwah baginda.

Sayang sahabat kepada sahabat yang lain juga tiada taranya. Itulah perbezaan yang nyata dalam persahabatan ikhlas kerana Allah SWT berbanding persahabatan kerana sebab yang lain.

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga