BAHAYA TIDUR BERDENGKUR DAN CARA MENCEGAH

Bagi individu yang sering berdengkur semasa tidur ia diibaratkan seperti menyanyi dengan nada sumbang yang menganggu tidur orang lain, itulah antara perumpamaan digunakan oleh mereka yang terganggu dek dengkuran tersebut.

Persoalannya, adakah anda sering mengalami dengkuran ketika tidur pada waktu malam? keadaan tersebut menyebabkan waktu tidur terganggu akibat selalu terjaga secara mengejut dan kadang-kadang mengalami sesak nafas.

Tambahan, situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat dan adakalanya membingitkan telinga yang mendengar.

Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apne (OSA)Bagi kanak-kanak, dengkuran disebabkan hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid (daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung)

Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya

Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat
Bagaimanapun, masalah tidur berdengkur tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes

PUNCA PENYEBAB TIDUR BERDENGKUR

1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Obes
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak

KESAN TIDUR BERDENGKUR

Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan
Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik

CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR

1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur
3. Memilih posisi tidur secara mengiring
4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit
6. Berhenti merokok

Kebiasaannya, mereka yang mengalami gangguan tidur berdengkur ini juga adalah dalam kalangan pekerja yang bekerja secara shif, gemar menonton television sehingga lewat malam, kesan pengambilan dan ketagihan ubat-ubatan

Utama Ihsan dalam Pendidikan

Setiap ahli keluarga perlu memahami konsep ihsan dalam memainkan peranan bagi memastikan rumah tangga harmoni dan bahagia. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak dalam menerapkan konsep ihsan. Elak mencari kesalahan dan berkeluh kesah, sebaliknya cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Sekiranya kita berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, maka ahli keluarga kita juga akan terdorong untuk sama berubah. Antara maksud ihsan ialah melakukan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin dan penuh keikhlasan.

Bagaimanakah sesuatu perkara itu dapat dikenal pasti sebagai perkara terbaik untuk dilakukan bergantung kepada niat dan keazaman.Ustazah Norhafizah Musa mengambil contoh bagaimana seorang isteri yang berniat untuk memasak makanan yang baik untuk seluruh ahli keluarganya untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.

Setiap perkara yang dilakukan perlulah tidak melanggar syariat agama walaupun niat pada permulaannya adalah baik dan selepas melakukan perkara tersebut sentiasa muhasabah untuk memperbaiki diri, bukan untuk mendapat kepujian atau berbangga diri.

Tanam sifat rendah diri

Fahaman melakukan sesuatu perkara dengan cara terbaik perlu diakhiri dengan jiwa yang tawaduk terhadap Allah SWT. Tanamkan rasa rendah diri terhadap Allah dan sentiasa memohon ampun daripada-Nya dengan segala perkara yang dilakukan.

Ihsan juga bermaksud keupayaan dan kemampuan meletakkan diri pada tempat orang lain. Norhafizah ketika bersiaran di IKIMfm dalam rancangan Usrati, jam 5 petang Rabu mengambil contoh bagaimana anak cuba mencuri perhatian ibu bapa dengan cara memberontak.

Dengan nilai ihsan ini, ibu bapa yang ada rasa empati terhadap anak akan cuba sedaya upaya memahami kehendak mereka dengan menolong mereka menguruskan emosi. Sentuhan, belaian dan pelukan akan menjadikan anak terasa diri mereka lebih disayangi. Ibu bapa juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terhadap anak bagi mengelakkan jurang perhubungan di antara ibu bapa dengan anak.

Ibu bapa yang meletakkan diri pada tempat anak tidak akan memarahi anak yang memberontak kerana ingin mendapatkan perhatian ibu bapa, sebaliknya merasa belas kasihan dan lebih memahami kehendak mereka.

Nilai ihsan bukan sesuatu yang mudah untuk diterapkan di dalam rumah tangga kerana ia memerlukan pemahaman dari dalam diri dan membabitkan banyak faktor.

Antara faktor yang boleh menjayakan penerapan nilai ihsan ialah kasih sayang. Ibn Qayyim menceritakan seorang sahabat melihat sebuah rumah yang pintunya tertutup. Tiba-tiba pintu itu terbuka dan beliau melihat seorang ibu sedang menolak anaknya lalu terjatuh. Ibu itu memarahi anaknya kerana tidak mendengar kata-katanya sambil menghalaunya dari rumah dan seterusnya menutup kembali pintu. Anak itu menangis di hadapan pintu sambil mengetuknya, namun ibunya tidak membuka pintu sehinggalah anaknya terlelap di hadapan pintu.

Akhirnya ibunya membuka pintu dan memeluk anaknya sambil memberi nasihat dengan nada yang lembut dan penuh kasih sayang. Ibunya mengatakan bahawa apa yang dilakukan itu adalah untuk mendidik dan mengajar anaknya untuk menjadi anak yang lebih baik. Inilah erti kasih sayang yang ditunjukkan oleh ibu kepada anaknya.

Mungkin tidak banyak ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang seperti yang ditunjukkan oleh ibu itu, namun sebagai ibu bapa seharusnya memohon doa kepada Allah SWT untuk melimpahkan rahmat di dalam diri.

Curah kasih sayang dalam keluarga

Dengan ini mudah bagi ibu bapa untuk mencurahkan kasih sayang dan melakukan kebaikan terhadap ahli keluarga, terutama anak.

Norhafizah memberikan contoh kisah seorang lelaki yang berbakti kepada ibunya. Suatu hari beliau berjumpa dengan Saidina Umar lalu bertanya, “Adakah perbuatan aku ini sudah boleh dianggap sebagai cukup membalas budi dan jasa ibuku terhadapku? Adakah berbuat baik terhadap ibuku itu sudah dianggap sebagai anak yang berbudi dan mengenang jasa?” Saidina Umar menjawab, “Tidak sama sekali!” Lelaki itu terkejut dan bertanya kembali, “Kenapakah perbuatan aku itu tidak dianggap sebagai berbudi?” Saidina Umar menjawab, “Engkau semasa menguruskan ibumu engkau mengharapkan kematiannya tetapi ibumu semasa menguruskanmu mengharapkan kehidupanmu akan menjadi lebih sempurna.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anak tidak akan sama dengan kasih sayang anak terhadap ibu. Kasih sayang ibu adalah penuh dengan keikhlasan dan hanya mengharapkan kebaikan untuk anak tanpa mengharap balasan. Hati seorang ibu sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang dan seharusnya anak menghargai kasih sayang ini.

Apabila seorang ibu memarahi anak, ia bukanlah dari hati tetapi hanya untuk memberi tunjuk ajar atau bersifat sementara saja demi mendidik mereka. Hati ibu sentiasa berfikir untuk memberikan kasih sayang kepada anak bukan atas sebab tanggungjawab tetapi kerana untuk memelihara anak dengan limpahan kasih sayang.

6 Tips Untuk Hindar Daripada Godaan Syaitan

Dalam menghadapi cabaran pertama iaitu syaitan  maka wajib kita mengikuti 6 langkah yang telah ditunjuk oleh al-Quran iaitu :

[1]  Jadikan Syaitan musuh kita Surah Fatir ayat 6 :

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِير

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. 

[2]  Istiqamah dengan jalan yang lurus. Firman Allah dalam Surah al-An’am ayat 153

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

[3]  Memohon perlindungan Allah. Firman Allah dalam Surah an-Nahlu ayat 98-99

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ﴿٩٨﴾ إِنَّهُ لَيْسَ لَهُ سُلْطَانٌ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ 

Maksudnya : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.

[4]  Sentiasa ingat kepada Allah. Firman Allah dalam Surah az-Zukhruf ayat 36-37

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ﴿٣٦﴾ وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ

Maksudnya : Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (36) Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

[5]  Muraqabah sebagaimana firman Allah dalam Surah al-A’araf ayat 201

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِّنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُم مُّبْصِرُونَ 

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

[6]  Jauhi orang-orang yang lupa dan lalai. Firman Allah dalam Surah al-An’am ayat 68

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ مَعَ 

الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

Cara untuk bebas daripada hawa nafsu:

01.Tingkatkan Iman

Yakin Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang kita lakukan. Ya! mari kita mengamalkanmuraqabah.

02.Isi masa dengan perkara berfaedah

Apabila bersendirian ataupun berangan-angan kosong, Syaitan akan mudah menghasut nafsu.

03.Bersahabat dengan orang-orang yang baik

Sahabat akan mempengaruhi diri seseorang.

CARA BERHENTI MEROKOK MELALUI PERMAKANAN

Bagi perokok tegar, biar tidak makan nasi asalkan boleh menyedut asap daripada sebatang rokok. Lihatlah betapa hebatnya kesan merokok itu.

Setiap tahun harga rokok di negara ini akan naik, ia sekali gus membuatkan perokok merasa keinginan untuk berhenti. Tetapi percayalah hasrat untuk berhenti itu adalah sukar bagi mereka meskipun mengetahui merokok tidak mendatangkan apa-apa kebaikan malah mendatangkan kemudaratan pada kesihatan mereka.

Bagi yang mempunyai keazaman yang kuat untuk berhenti merokok, memang sukar untuk berhenti begitu sahaja ataupun dalam masa yang singkat.

Justeru itu minta bantuan orang tersayang terutamanya keluarga atau rakan-rakan dan doktor. Menurut kajian dengan bantuan orang yang terdekat ia akan menjadikan hasrat untuk berhenti merokok adalah lebih mudah.

Disamping itu pelbagai kaedah dan panduan yang diberitahu oleh pakar dan penulis tertarik dengan makanan yang dapat membantu seorang itu berhenti merokok antara makanan tersebut adalah seperti berikut ;

MADU

Makan madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam darah

MAKANAN MASIN

Makanan masin dapat memadamkan keinginan peghisap rokok. Apa yang perlu dilakukan adalah cuba makan dalam kuantiti yang sedikit masin ataupun mengambil secubit garam

HALIA DAN BAWANG PUTIH

Halia dan bawang putih dapat membantu untuk mengatasi keinginan merokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu melepaskan racun-racun yang berpunca daripada merokok

Selain itu, ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika menarik diri daripada kebiasaan merokok

KAYU MANIS

Menghirup atau menghidu aroma kayu manis boleh membuatkan seseorang itu seperti sedang ‘berkhayal’ rasanya lebih enak dari asap rokok. Menurut pakar pemakanan memakan kayu manis juga akan menenangkan otak dan saraf

EPAL

Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan rokok

Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Malah, tekstur epal juga boleh mengurangkan keinginan untuk merokok

SUSU

Ketika merokok, bibir  kehilangan kenyalan dan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan zat di bibir. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit

Ramai yang gagal untuk berhenti merokok pada cubaan pertama (selalunya lebih lima kali) sebelum mereka benar-benar dapat berhenti merokok

Jika mula merokok semula selepas cuba berhenti, jangan putus asa. Setiap kali anda berhenti merokok walaupun dalam jangka masa pendek, sebenarnya semakin hampir dengan matlamat jangka panjang

Selalu ingatkan diri bahawa dengan berhenti merokok dapat mengelakkan penyakit serius dan hidup lebih lama dan anda pasti berjaya melaksanakannya.

8 PENYAKIT YANG BOLEH SEMBUH DENGAN BERJALAN KAKI

Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

Konsep 7M Lahir Generasi al-Quran

Generasi 7M adalah generasi yang memiliki ciri-ciri generasi al-Quran. Dalam melahirkan generasi al-Quran, pendidikan perlu menyeluruh sama ada bagi membina masyarakat, keluarga, anak serta individu yang memiliki tujuh ‘M’.

Pertama ialah mempelajari iaitu merujuk kepada kehendak untuk belajar al-Quran sebagai gudang ilmu yang perlu diterokai. Jika perkara utama itu tidak ada dalam diri seseorang, maka amat sukar untuk membentuk seseorang itu menuju kejayaan sebagai generasi al-Quran.

Kedua ialah membaca al-Quran. Membaca bukan sahaja merujuk kepada membaca sahaja tetapi juga bermaksud mendengar bacaan al-Quran dibaca oleh orang lain, seperti mana Rasulullah SAW pernah meminta Ibnu Mas’ud untuk memperdengarkan bacaan al-Quran kepada Baginda.

Daripada Ibnu Mas’ud, Nabi SAW bersabda kepadaku: “Bacakanlah al-Quran untukku. Aku berkata: Wahai Rasulullah, saya membacakan al-Quran untuk tuan? Pada hal kepada tuanlah al-Quran diturunkan. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku ingin mendengar al-Quran dibaca oleh orang lain. Maka aku pun membacakan untuk Baginda surah an-Nisa’ sehingga sampai ayat 41. Kemudian Baginda bersabda: Cukuplah sampai di sini. Saya menoleh kepada Baginda, tiba-tiba kedua matanya mencucurkan air mata.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW sepatutnya dijadikan iktibar kepada umat Islam, generasi sebeginilah yang perlu dibentuk bagi memimpin masa hadapan. Generasi mempunyai hati yang cair dan lebur apabila mendengar bacaan al-Quran, yang dibaca sendiri atau mendengar orang lain membacakannya.

Membaca al-Quran boleh dijadikan sebagai aktiviti atau rutin harian setiap institusi keluarga, mudah-mudahan ia memberi rahmat kepada seluruh ahli keluarga di samping dapat melembutkan hati yang keras.

Ketiga ialah mengajar al-Quran mengikut kadar ilmu yang ada dalam diri. Seseorang individu boleh mendapat kebahagiaan dengan mengajar, sama ada mengajar ilmu berkaitan bacaan al-Quran atau ilmu lain seperti sains, matematik, geografi dan sebagainya.

Ustazah Norhafizah Musa dalam program Usrati mengambil contoh seorang guru sains yang hendak menceritakan mengenai kejadian manusia sepatutnya mengaitkannya dengan keindahan kejadian diceritakan dalam al-Quran untuk menarik minat pelajar sekali gus merasa lebih dekat dengan al-Quran itu sendiri.

‘M’ yang keempat ialah menghafaz ayat al-Quran, sama ada keseluruhan ayat, sebahagian daripadanya atau memberi motivasi dan galakan kepada anak untuk menghafaz al-Quran. Mereka adalah golongan yang menjaga akhlak, amanah kepada Allah SWT dan berdisiplin.

Sheikh Zainuddin Al-Malbari menulis satu syair yang menggambarkan pakej atau ciri-ciri orang menghafaz al-Quran. Qari dan hafiz haruslah berperangai dengan perangai yang baik dan diredai seperti zuhud terhadap kemewahan dunia, tidak menaruh perhatian kepada harta atau gilakan dunia.

Juga orangnya murah hati, dermawan, berakhlak mulia dan wajah berseri-seri. Seorang yang santun, penyabar, menghindari pekerjaan yang menghinakan dan sentiasa memperindahkan dirinya. Menjauhi tempat tertawa dan tidak bercanda berlebihan.

Takut pada ujub, riak, hasad, merendahkan orang lain, takbur dan sentiasa berhati-hati. Mempergunakan zikir, doa, tasbih dan tahlil yang jelas sumbernya. Selalu ingat kepada Allah SWT di saat sepi, ramai dan menyandarkan segala urusan kepada Allah SWT. Demikianlah sebahagian adab pembaca dan penghafaz al-Quran yang harus disempurnakan.

Kelima ialah merenung atau mentadabbur sementara yang keenam ialah mengamalkan. Generasi al-Quran sudah pastinya tidak akan wujud jika hanya menumpukan kepada belajar, membaca dan menghafaz, tanpa mengamalkan al-Quran.

Ketujuh, adalah mendaulatkan al-Quran yang mengandungi hukum-hakam dan syariat yang telah Allah SWT tentukan sebagai panduan hidup manusia. Generasi al-Quran sudah pasti akan menjadikan segala perintah Allah SWT dalam al-Quran sebagai perjuangan hidup dan mati mereka.

Ibu bapa perlu menjadikan 7M sebagai panduan mendidik dan menjadikan diri serta anak sebati dengan al-Quran, bermula daripada mempelajari sehinggalah mengamalkan isi kandungan al-Quran. Jangan menjadikan al-Quran rujukan apabila menghadapi kesulitan, kesusahan atau atas sebab yang memaksa.

Mohonlah kepada Allah SWT supaya menghadirkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam hati kita untuk membaca, mengajar, belajar, mengamal ataupun memperjuangkan al-Quran. Jadikanlah saat berurusan dengan al-Quran saat yang menggembirakan supaya sentiasa ada rasa untuk berdampingan dengan al-Quran.

Sematkan rasa bahagia bertuah dalam diri bahawa Allah SWT telah memilih lidah kita untuk membaca, mata untuk menatap ayat Allah SWT, telinga untuk menadah dan mendengar ilmu mengenai al-Quran. Merasa diri tenang dan gembira dapat melaksanakan sesuatu amalan berkaitan dengan al-Quran.

Memahami konsep 7M atau generasi al-Quran, menjadikan ibu bapa lebih mengetahui cara terbaik untuk mendidik anak memiliki kualiti 7M supaya dapat menjadi benteng kepada mereka menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.

Kenapa Harus Makan Ikan? Al-Quran Sudah Menerangkan

Firman Allah Ta'ala ;

"Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan, "(Al-Maaidah: 96)

Fakta membuktikan bahawa usia rata-rata orang yang meninggal akibat penyakit jantung terus mengalami penurunan, sebab meningkatnya kepedulian masyarakat terhadap kesihatan koronari.

Walaupun banyak kemajuan besar dalam bidang rawatan penyakit jantung, para ahli di lapangan pada dasarnya mengesyorkan bahawa untuk melakukan tindakan pencegahan haruslah berhati-hati sebab akan menjadi fatal kerana pencegahan yang salah. Para ahli juga mencadangkan satu makanan penting untuk kesihatan fungsi jantung dan pencegahan pelbagai penyakit, yakni ikan.

Alasan mengapa ikan, ikan merupakan sumber penting untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi tubuh manusia dan juga mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Sebagai contoh, telah terungkap bahawa apabila ikan bertindak sebagai perisai dalam hal kesihatan, di mana mengandungi asid omega-3 yang boleh dimakan secara teratur mengurangkan risiko penyakit jantung dan menguatkan sistem kekebalan tubuh.

Fakta bahawa ikan dapat bermanfaat bagi kesihatan, telah dibuktikan secara ilmiah sebagai sumber pemakanan yang penting, namun jauh sebelum ini telah didedahkan dalam Al-Quran. Allah SWT membuat rujukan untuk makanan laut yang secara terperinci dijelaskan dalam Al-Quran.

"Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. (An-Nahl: 14)

Selain itu, secara khusus juga diterangkan dalam Surah al-Kahfi, di mana mendedahkan bahawa Nabi Musa (as) ketika dalam perjalanan panjangnya mengambil ikan bersama untuk mereka makan.

Perlu diingat bahawa dalam Surah al-Kahfi ikan harus dipilih sebagai makanan khusus setelah perjalanan yang panjang dan melelahkan. Oleh kerana itu, salah satu bahagian kebijaksanaan dalam kisah ini mungkin menjadi petunjuk manfaat pemakanan ikan.

Bahkan, apabila kita meneliti sifat pemakanan ikan, kita mendapati beberapa fakta yang sangat menarik. Ikan diberikan kepada kita sebagai rahmat oleh Allah dan merupakan makanan yang sempurna, terutama dalam hal protein, vitamin D dan elemen (unsur-unsur tertentu yang dijumpai dalam jumlah sedikit dalam badan, tetapi masih sangat penting untuk itu).

Daging ikan dapat membantu dalam pembentukan gigi dan gusi yang sihat, manfaat warna kulit, membuat rambut sihat dan memberikan sumbangan untuk memerangi jangkitan bakteria. Lalu ikan memainkan peranan penting dalam pencegahan serangan jantung kerana menetapkan tahap kolesterol dalam darah. Di sisi lain, juga memberi kesan kepada fungsi aktiviti mental.

Sungguh luar biasa jika kita melihat ciptaan Allah tentang satu makhluk saja, yakni ikan. Sudah sepatutnya hal ini menjadi bahan renungan, bahawa Allah menyediakan sumber melimpah pada hambaNya.

Kurangkan Bercakap, Lebihkan Mendengar

Seseorang yang dijangkiti penyakit waswas ketika melakukan ibadah sebenarnya membuka pintu kepada syaitan umpama kita membuka pintu untuk pencuri di rumah Allah SWT menciptakan dua pancaindera penting bagi manusia iaitu pendengaran dan penglihatan. Tujuan penciptaan ini adalah supaya kita fahami bahawa satu daripada pancaindera ini mesti dikurangkan fungsinya supaya hati kita menjadi lembut untuk menerima kebaikan.

Fungsi pendengaran hendaklah dilebihkan dan fungsi lidah dikurangkan kerana percakapan terdedah kepada fitnah serta dosa sehingga ulama menyarankan supaya perbezaan sepertiga jurang pada penggunaan kedua-duanya.

Umpama kita bercakap dalam kadar satu jam, maka pendengaran mestilah digunakan dalam tempoh tiga jam. Menunjukkan, percakapan yang banyak akan menjerumuskan seseorang ke kancah dosa dan maksiat. Dosa lidah adalah satu daripada dosa besar yang diambil ringan oleh kebanyakan manusia.

Kawal percakapan

Baginda SAW meninggalkan banyak pesanan bagi menyelamatkan umat daripada bahaya lidah. Baginda Nabi SAW bersabda: “Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: Kalau aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian. Akan tetapi katakanlah: Takdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi. Ini kerana perkataan ‘kalau’ akan membuka pintu perbuatan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Kata-kata yang diucapkan akan menentukan pulangan pahala dan dosa seseorang. Lebih banyak mendengar lebih baik daripada banyak berkata-kata. Pengaruh hati juga amat besar berbanding anggota lain, maka hati perlu dijaga dengan meneliti kerja yang kita lakukan setiap hari.

Hati yang mendorong lidah dan telinga untuk memainkan peranannya. Hati akan menjadi keras disebabkan berlebihan dalam tutur kata, berlebihan mengambil makanan, banyak bergurau serta bersosial.

Kemudahan teknologi kini menyebabkan ramai melupai tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat.

Pengaruh Facebook, Twitter, WhatsApp dan laman sosial lain menjadi medan utama untuk bersosial sedangkan Islam meletakkan beberapa syarat memilih kawan yang sebenar. Antaranya, sentiasa mengingatkan saudaranya jika melihat kawannya terleka.

Suasana kehidupan juga mendorong kita untuk melakukan kebaikan. Segala ucapan yang diungkapkan, akan menambahkan pengetahuan. Demikian ciri sahabat sebenar dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Oleh itu, kebijaksanaan memilih kenalan akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupan.

Membawa akibat buruk

Berlebihan bercakap menjadikan hati keras serta membawa akibat buruk kepada seseorang. Natijahnya, mereka akan suka dan gemar kepada perkara haram, bercakap yang sia-sia, mendengar dan melakukan perkara buruk kerana menjadi permainan syaitan.

Seterusnya akan menyebabkan manusia menghidap dua penyakit bahaya iaitu syubahat dan syahwat. Syaitan tidak akan masuk kepada perkara wajib kerana mengetahui hamba taat melakukan perkara itu.

Jadi, syaitan menyerap masuk melalui dua penyakit ini untuk menyesatkan manusia.

Manusia akan dibayangi penyakit waswas terhadap kewajipan dilakukan. Meragukan terhadap ibadah yang kita lakukan ketika sedang dan selepas beribadah.

Maka, seseorang yang dijangkiti penyakit waswas sebenarnya telah membuka pintu kepada syaitan umpama kita membuka pintu untuk pencuri di rumah.

Kebanyakan penyakit waswas ini menyerang mereka yang ingin membuat yang terbaik dalam ibadahnya. Contohnya, meragukan kita mengenai rakaat sembahyang, sah wuduk serta perbuatan lain berkaitan ibadah dilakukan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.” (Surah an-Nas)

Penyakit syahwat

Setelah syaitan dapat melangkah kepada pintu pertama iaitu waswas, maka akan terus masuk pintu lebih besar iaitu ragu-ragu terhadap manhaj Allah SWT, meragui ketetapan seterusnya membatalkan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT serta hukum hakamnya.

Ketetapan Allah SWT akan dianggap lapuk, ketinggalan dan menjadikan sistem jahiliah sebagai pegangan dianggap yang terbaik. Firman Allah SWT bermaksud: “Apakah mereka menghendaki hukum jahiliah dan hukum siapakah yang lebih baik daripada Allah SWT?” (Surah al-Maidah, ayat 50)

Akhirnya kita terjebak kepada penyakit syahwat yang akan membinasakan. Hati terdorong kepada dunia dengan menyukai pangkat kekayaan, kedudukan dan kuasa. Gemar kepada mengumpulkan harta kekayaan tanpa mengira sumbernya serta suka kepada kemasyhuran dan kemegahan.

Ada Ulama’ berpendapat, perlu bagi seseorang supaya tidak menghentikan lidahnya daripada berzikir kepada Allah SWT. Zikir dapat melindungi diri daripada gangguan syaitan yang masuk melalui pintu kelalaian.

Pelihara penglihatan

Sebahagian ulama menyarankan kita memelihara penglihatan kerana pandangan terhadap sesuatu akan mempengaruhi hati dan minda. Justeru, mata perlu dipelihara supaya tidak cenderung melihat kepada aspek keduniaan sahaja.

Firman Allah SWT bermaksud: “Janganlah kamu tujukan kedua pandanganmu kepada mereka yang diberikan kesenangan dunia untuk kami uji mereka dengannya.” (Surah Taha, ayat 131)

Kita dianjurkan melihat kepada yang lebih rendah supaya tidak berasa kecewa dengan nikmat Allah SWT seperti disarankan Baginda SAW dalam sabda Baginda: “Lihatlah pada orang yang lebih rendah daripada kalian dan jangan melihat orang yang lebih tinggi dari kalian, kerana yang demikian lebih baik supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allah ke atas kalian.” (Riwayat Muslim)

Pandangan kepada mereka yang lemah akan menambahkan kesyukuran terhadap kurniaan Allah SWT walaupun tidak dinafikan kata-kata menyebut bahawa orang kaya yang bersyukur lebih baik daripada orang miskin yang sabar.

Namun, dalam urusan agama hendaklah dilihat kepada mereka yang di atas untuk peningkatan kepada amalan baik yang kita lakukan. Hati akan berasa ghairah apabila melihat orang lain beribadat dan berusaha untuk melakukan kebaikan lebih banyak daripadanya.

Ingatlah, sesiapa yang menjaga dan memelihara pandangannya akan dikurniakan ketajaman pandangan mata hatinya. Mereka yang menutup pandangannya terhadap kelemahan manusia, akan ditutup pandangan manusia terhadap kelemahannya.

6 KELEMAHAN JIN YANG ANDA PERLU TAHU

Walaupun jin dan syaitan mempunyai kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin, di antaranya:

1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.

Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 

“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.

2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah

Apabila seseorang betul-betul memegang ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh, maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmuzi Rasulullah Saw bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmuzi).

Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:

“Sesungguhnya orang mukminakan dapat mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).

Bahkan, apabila seseorang betul-betul, dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim ini juga:

“Rasulullah Saw bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “. Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).

3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.

Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut ini dalam surat Sod ayat 36-38:

“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam belenggu” (QS. Sod ayat 36-38 ).

Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:

“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Sod 38:35).

Doa Nabi Sulaiman inilah yang menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim dikatakan:

“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari Rasulullah Saw bangun, tiba-tiba kami mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”, kemudian Rasulullah Saw juga berkata: “Allah telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini.

Kami juga melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman, tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk Madinah “(HR. Muslim)

4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah

Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang bermimi melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka ia sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:

“Rasulullah Saw bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).

5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit

Sekalipun jin dan syaitan mempunyai kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah ar-Rahman ayat 33-35).

6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah

Dalam sebuah hadis Rasulullah Saw bersabda:

” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kulit binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur), matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).

Nabi s.a.w Guna Kelembutan Dalam Mendidik

Akhir-akhir ini ramai yang bertanya adakah rotan dibenarkan dalam Islam khususnya daripada mereka yang mempunyai anak ramai. Adakalanya ibu bapa merotan anak sebagai cara untuk mendidik.

Berhubung isu rotan, pertama sekali umat Islam perlu memahami falsafah sebenar pensyariatan rotan dalam Islam. Perlu diingatkan, Islam adalah agama yang menitikberatkan nilai kasih sayang. Oleh sebab itu, Nabi SAW telahdididik oleh Allah SWT seperti dijelaskan- Nya dalam firman yang bermaksud: “Dan jika kamu jenis yang keras hati nescaya ramai (golongan yang berada di sekeliling kamu) akan lari (dan tidak berminat untuk menerima dakwah yang disampaikan).” (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Punca nasihat ditolak

Ulama’ berpendapat, konsep pendidikan anak juga mestilah berasaskan kepada ayat itu. Jika kaedah pendidikan dimulakan dengan kekasaran, ia akan menyebabkan nasihat berkenaan ditolak. Sejarah Nabi SAW juga membuktikan Baginda tidak pernah menggunakan kekasaran dalam mendidik walaupun kesalahan yang dilakukan sebahagian sahabat bercanggah dengan syariat Islam.

Nabi SAW akan menjelaskan terlebih dahulu kesalahan yang dilakukan mereka di samping memberi jalan keluar dan penyelesaian kepada kesalahan itu. Jika ada yang masih ingkar, barulah kaedah rotan digunakan seperti disarankan oleh al-Quran dalam isu solat, zina dan sebagainya.

Ini dapat dilihat menerusi hadis Nabi SAW: “Didiklah anak kamu solat pada usia tujuh tahun dan rotanlah mereka apabila usia mereka menjangkau 10 tahun ( jika masih meninggalkan solat).” (Riwayat Abu Dawud, hadis hasan sahih)

Guna kaedah galakan

Hadis ini menunjukkan bahawa kaedah mendidik dimulakan dengan galakan pada umur tujuh tahun. Selepas tiga tahun memberi tunjuk ajar secara berhemah, maka barulah Nabi SAW membenarkan ibu bapa untuk merotan anak yang masih ingkar terhadap arahan dan masih melakukan kesalahan serupa.

Boleh ustaz jelaskan garis panduan merotan anak yang dibenarkan oleh Islam.

Merotan anak sememangnya dibenarkan dalam Islam selagi ia tidak memudaratkan dan tidak mencederakan anak. Bagi menjaga kebajikan anak, maka Islam meletakkan beberapa garis panduan rotan supaya ibu bapa dapat mematuhi panduan itu.

Selain itu, ia juga mampu mendorong ibu bapa supaya tidak melampaui batas dalam mendidik sehingga akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak. Antara garis panduan rotan dalam Islam ialah memastikan anak telah dididik menerusi kaedah pembelajaran terlebih dahulu sebelum rotan diguna pakai.

Beri peluang anak untuk berubah

Pastikan juga anak telah diberi peluang untuk berubah supaya mereka faham jika ibu bapa mengambil keputusan untuk merotan adalah disebabkan tindakan anak sendiri yang terus mengulangi kesalahan yang sama walaupun sudah dinasihatkan. Umur anak telah sampai 10 tahun ke atas atau umur yang layak untuk dirotan.

Maknanya, ibu bapa tidak boleh merotan anak kecil. Sementara pemilihan rotan perlu sesuai dengan umur, tubuh dan kesalahan anak. Pastikan kadar rotan yang dikenakan sesuai dengan kesalahan, cara pukulan pula tidak akan mendatangkan kecederaan kekal kepada anak serta elakkan daripada sikap penderaan terhadap kanakkanak sama ada dari sudut mental dan fizikal.

Adakah ada larangan daripada Nabi SAW supaya tidak memukul anak dengan tamparan di muka.

Memang terdapat dalil daripada sunah yang melarang umat Islam menampar anak di bahagian muka walaupun bertujuan untuk mendidik kerana wajah adalah tempat sangat mulia yang perlu dipelihara.

Sabda Nabi SAW: “Jika kamu berperang (bertelagah/bergaduh) elakkan daripada memukul di bahagian wajah.” (Riwayat Muslim) Menurut Imam al-Nawawi, larangan itu turut meliputi larangan menampar, menumbuk dan sebagainya walaupun yang melakukan perbuatan itu adalah ibu bapa. Perbuatan memukul di bahagian wajah seakan-akan menjatuhkan air muka anak sekali gus mampu memberi kecederaan pada bahagian terbabit.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil perhatian bahawa menampar anak adalah dilarang. Jika ingin menegur dan menghukum sekalipun, maka gunakanlah rotan yang tidak mencederakan atau memudaratkan anak.

8 SYARAT UNTUK ROTAN ANAK

SEORANG sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ” Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.

Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut :

 Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan

Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu marah yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak

Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak

Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : 

Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.
Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….

Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka

Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.

Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini.

Gred Dalam Solat

Peringkat-peringkat sembahyang atau grade dalam solat, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat Islam terbiar dan tiada pembela dan umat Islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu. 

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu. 

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Ta'ala. 

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik. 

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini. 

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin. 

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini. 

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin. 

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Muqarrabin (Yang hampir dengan Allah ) 

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. 

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh menrungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. 

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. 

"Solat itu ibu pada segala ibadah." 

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga