">
">

Sabtu, 1 Disember 2012

Ayat Al-Quran Sebagai Penawar Penyakit Kanser

Kanser begitu sukar dipulihkan terutamanya jika sudah berada di tahap tiga dan empat. Sebaik sahaja sel kanser merebak masuk ke saluran darah dan sistem peredaran kelenjar atau ‘lymph’, amat sukar untuk memastikan bahagian organ mana yang mengalami proses metastasis dan menyebabkan sel kanser.

Jalan paling mudah dalam kaedah perubatan moden adalah kemoterapi, iaitu memasukkan ubat anti kanser keseluruhan sel organ dalam badan.Tetapi proses kemoterapi hanyalah berfungsi untuk surpressed atau melemahkan sel kanser atau melambatkan proses kanser dari merebak dengan cepat.

Adalah sukar bagi pakar perubatan moden untuk memberi lima tahun jaminan pesakit akan sembuh atau selamat dari kanser.Ini kerana mereka sedar, kebarangkalian sel-sel kanser merebak ke bahagian tubuh yang lain amat tinggi.Biarpun seseorang pesakit kanser telah bebas dari kanser berdekad lamanya, itu bukan jaminan kanser tidak akan kembali menyerang mereka.

Ini adalah kerana sel-sel kanser yang dilemahkan semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi akan kembali aktif selepas beberapa jangka masa atas beberapa faktor seperti tekanan emosi (stres), pemakanan tidak seimbang dan pelbagai faktor lain.

Apabila kanser kembali menyerang, pesakit perlu mengulangi semula rawatan seperti rawatan pertama.Ini yang membuatkan pesakit berasa putus asa, tekanan emosi dan tabiat ini tidak membantu menyembuhkan sebaliknya membantu menggalakkan lagi pertumbuhan kanser.

Dalam erti kata lain, perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada Allah dan meminta pertolongan dari-Nya. Firman Allah di dalam Al-Quran :

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman….” (Al Israa’ 82)

“….Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku..” (Al Baqarah, 186)

Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.

Konsep inilah yang akan menghasilkan keputusan ’2 dalam 1′, iaitu di samping mendapat kesembuhan, diri juga akan lebih dekat dengan Allah.

Sesungguhnya kesakitan bukanlah alasan untuk kita menjauhi diri daripada Allah. Dan kesakitan bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadah sama ada wajib atau sunat.Justeru, berdoa ketika sakit lebih dipandang Allah berbanding ketika sihat. Hal ini kerana ketika sihat, ia akan berdoa dan beramal dengan sambil lewa, kerana belum merasakan peritnya sebuah musibah kesakitan.

Namun, apabila seseorang itu sakit misalnya, ia akan berdoa kepada Allah dengan penuh khusyuk, tawaduk serta penuh pengharapan supaya Allah memakbulkan doanya dan menyembuhkan penyakitnya.

Al-Quran, bukan sekadar bacaan, ia sumber panduan juga medium penyembuhan.Insya-Allah, semoga dengan keyakinan yang terbina, Allah akan hadiahkan pesakit/ pembaca dengan kesembuhan.

Antara kaedah yang digunakan untuk merawat kanser adalah ;

* Membaca beberapa rangkaian ayat suci Al-Quran.

Ini adalah amalan utama atau amalan pokok dalam perubatan ini. Pesakit akan diberikan beberapa ayat suci Al-Quran, yang saya beri selepas memeriksa pesakit, jenis kanser, sejauh mana tahap sakit dan kesan penyakit terhadap pesakit.

Secara umumnya, ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.

Ayat surah Mukminun untuk dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas maghrib atau isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam atau dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardu, atau Qiyammulail.

Ayat surah Al Hajj tadi pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali selepas subuh, zohor atau asar.

Jika tidak sempat, maka boleh dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.

Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh.

Ingat, berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.

Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya-Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.
Dua rangkaian ayat (Al Mukminun, Al Hajj), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.

Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan. Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian surah-surah di bawah.

Al Anbiya’ 38 hingga 50 / Huud 60 hingga 80 / An Nahl 90 hingga 110 / Yunus 55 hingga 70 / Qasas 66 hingga 88 / Ibrahim 9 hingga 22 / Al Kahfi 38 hingga 60 / Yunus 71 hingga 89

Malah, ayat ini bersifat khusus untuk setiap tahap kanser dan spesifik untuk setiap jenis kanser yang dialami.

Setiap rangkaian ayat ini sama jika dibandingkan dengan setiap satu jenis ubat dalam kaedah rawatan kanser secara moden.

Tiada ulasan:

Syifa'ul Qalbi

Listen to Quran

Halwa Telinga

Mari Belajar Arab

">أمي ما أحلاها "> buah-buahan ">huruf hijaiyah