Isteri Jangan Tunjuk Jalan Neraka Kepada Suami

Tertarik dengan kata kata Prof Dr Muhaya “Jangan kita(isteri) menunjukkan jalan ke neraka kepada suami”.Ungkapan ini sebenarnya sangat luas pengertian dan maknanya.Apapun ianya tidak lain dan tidak bukan, sudah pasti memfokuskan tentang aurat si isteri di sebabkan kegagalan mendidik oleh si suami.

Bicara tentang aurat wanita khususnya para isteri.Perlu di ingat wahai para SUAMI, dan tolong sampaikan kepada para isteri di rumah sekiranya anda wahai para SUAMI, tidak menyampaikannya bermakna anda mengiakan maksiat kepada Allah SWT, kita ada kuasa memperbetulkan dan menegur para isteri kita.Hidupkan budaya tegur menegur(apatah lagi yang berkaitan dengan hukum hukum syara’)di antara suami isteri agar ianya tidak terus dan akan menjadi “barah” di dalam keluarga dan masyarakat kita.

Sebelum itu sama samalah kita hayati Firman Allah SWT ini di dalam surah an nur ayat 31 ” “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur:31)

Para suami, batas aurat wanita mengikut ulama Feqah, Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.kena faham betul betul skop aurat ini, agar tidak menjadi kekeliruan pada para isteri.Antara kesalahan kesalahan di dalam cara pemakaian trend zaman sekarang ini ialah 

1-BERTUDUNG, tetapi pakaian terlalu sendat(menampakkan susuk tubuh) 

2-BERTUDUNG, tetapi pakaian terdedah di bahagian lengan 

3-BERTUDUNG dan MENUTUP semua anggota badan tetapi pakaiannya terlalu nipis sehinggakan menampakkan bahagian kulit tubuhnya, 

4-TIDAK bertudung, pakaian sendat dan berpakain seksi.semua perkara di atas adalah menyalahi dari segi syara’ namun begitu masih ramai yang tidak mengambil hirau dan cakna tentang cara pemakaian ini.

Wahai para suami, khabarkan kepada para isteri, batas aurat juga tidak boleh diterjemahkan ianya tidak mengapa DI DALAM rumah dan DI PERSEKITARAN rumah atau dengan kata lain, tidak mengapa aurat ini tidak dijaga bila kita duduk dalam rumah atau di persekitaran rumah, ini adalah salah, akan tetapi batasan aurat adalah di mana kita menjaganya daripada dilihat oleh lelaki bukan mahram, itulah garis panduan yang SEBETULnya.

Sebab ramai yang terkeliru di sini, bila mana ada ipar duai datang ke rumah kakak ipar, aurat(rambut) tidak di tutup, atau adik ipar (lelaki) bertemu di rumah mak mertua dengan kakak ipar dengan selamba mendedahkan aurat(rambut), maknanya tidak bertudung dengan alasan tidak mengapa kerana ianya di dalam rumah.Inilah konsep yang disalahertikan(di dalam rumah tak mengapa), sedangkan adik iparnya(lelaki)itu tu bukankah seorang yang bukan mahram?.

Lainnya lagi keadaan yang disalahertikan, menjemur dan menyidai kain di ampaian tanpa menutup aurat (rambut) nya, mungkin mereka ingat tidak mengapa kalau di perkarangan rumahnya, ini juga satu tanggapan yang tidak betul sama sekali.Kalau hanya rumah kita sebuah saja yang ada dalam kawasan tu, maka ianya barulah dikatakan tidak mengapa.

Ada 3 aspek kelemahan para suami iaitu ;

1-Tidak Menegur = ada suami langsung tidak berani untuk menegur si isteri mungkin di sebabkan takut, mungkin juga di sebabkan tak berapa nak amik berat hal hal seperti ini atau mungkin dia merasakan apa yang isteri dia buat tu adalah betul.

2-Tidak Pantau - Tegur sudah, tinggal lagi para suami kena memantau setiap pergerakan isteri agar tidak melanggar batas batas syara’.Mungkin suami tidak berapa di rumah, tapi si isteri elok elok je mendedahkan aurat di luar atau di perkarangan rumah tadi, dilihat oleh lelaki bukan mahram, jadi para suami sebolehnya kena tanya “tadi jemur kain di ampaian tu, pakai tudung ke tak”..atau “kuar duk kat beranda/landskap tadi tutup aurat ke tidak”..ya! kena tanya sebagai pemantauan kita para suami, jangan biarkanlah sikap para isteri terus berada dalam kemurkaan Allah SWT, nampak remeh tetapi mudharat/kebinasaan yang besar akan ditanggung oleh kita wahai para suami.

3-Tidak bertegas - Tidak bertegas dalam merubah keadaan, yang sebelumnya tadi, tidak menegur, keduanya tidak memantau, bila kedua dua ini dah dilakukan, yang ketiganya tidak berlaku tegas bila para isteri tiada perubahan untuk mengikut syariat Allah SWT.Ketegasan ini bukan kata dengan cara serangan secara fizikal(contohnya menampar atau mencederakan isteri) tetapi bertegas di sini, dengan memberitahu akan seksa dan azab yang akan diterima oleh para isteri, jika ianya tidak berkesan juga, katakan kepadanya “abang tidak redha dengan kamu, kalau kamu masih berdegil”.Dan dalam hal ini, bukan isteri saja tapi ketegasan juga kepada anak anak perempuan(yang sedang membesar). Ingat para isteri “redha suami, maka redha Allah”.

Wahai para suami, ingatlah, isteri kita itu amanah Allah SWT kepada kita, jika kita gagal dalam membawa isteri ke jalan yang di redhai Allah, maka kita telah mengkhianati amanah Allah SWT yang diberikan kepada kita.Pergunakanlah ilmu yang suami sentiasa ikuti samada dalam kuliah kuliah agama @ di dalam bacaan kitab kitab agama @ majlis majlis ilmu untuk MEMBENTUK dan MEMPERBAIKI diri kita, keluarga(anak isteri) kita dan masyarakat kita.Apa guna kita mempunyai ilmu yang dipejari dari kuliah kuliah agama, dari kitab kitab agama tetapi isteri dan anak anak tidak terjaga batas auratnya, ianya sangat merugikan dan lebih malang ianya mengundang kemurkaan Allah SWT, sebab kita(suami) tahu akan hal itu, tetapi tidak bertindak menegurnya dan hanya memandang kecil akan maslahah ini.

Kesimpulan yang boleh dibuat, para isteri yang tidak menjaga batas auratnya, telah menunjukkan jalan ke neraka kepada suaminya tapi kalau para isteri menjaga auratnya maka isteri telah menunjuk jalan ke syurga kepada suaminya.

Tiada ulasan:

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga