Pertama : Bencana Moral.
Apabila seseorang tidak berpedoman kepada kitabullah Al-Quran, maka tentu dia akan mengikuti hawa nafsunya. Apabila banyak orang yang berlaku demikian, maka tentu akan berlaku bencana moral dalam masyarakat. Kerana moral seorang muslim tentu dibentuk atas dasar petunjuk dari Al-Quran.
Kedua : Bencana Fizikal.
Hal ini diungkapkan Allah swt dalam surat Al-A'raaf ayat 96: "Akan tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami azab mereka akibat kedustaan mereka".
Kepada kaum-kaum penentang sebelumnya, Allah swt telah menurunkan azab, gelombang seperti tsunami terhadap kaum nabi Nuh AS, hujan batu yang menimpa kaum Nabi Luth as kerana menganut homoseks, Firaun yang ditenggelamkan kerana menentang Musa AS, dan tentunya tengoklah apa yang menimpa para penentang Nabi Muhammad SAW, seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Umayyah bin Khalaf, Musailamah Al-Kazzab.
Ketiga : Bencana Ekonomi.
Kata Ma'isyatan Dhonka dalam surat Thaaha: 124 bermakna mata pencarian yang sempit. Rezeki akan susah, tekanan ekonomi semakin berat, lantaran mereka jauh dari Al-Quran.
Keempat : Bencana Sosial.
Manakala kaum muslimin jauh dari Al-Quran, tentu hubungan ukhuwwah sesama muslim tidak akan baik. Hubungan dengan jiran tetangga, hubungan-hubungan sosial akan rosak. Hal ini merupakan bibit-bibit perpecahan ummat bahkan perpecahan bangsa. Jika ini berlaku, tentu merupakan bencana sosial bagi kita semua.
Kelima : Bencana Keimanan;
Kerosakan iman kaum muslimin akan menjadi sasaran akhir jauhnya mereka dari pedoman hidup Al-Quran. Tidak faham Al-Quran, sehingga mereka tidak faham kenapa perlu mengerjakan solat, mengapa diwajibkan berpuasa, mengapa perlu membayar zakat, haji dan seterusnya. Lama kelamaan mereka akan mula bertanya, mengapa kita harus beriman?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan