Kejahilan merupakan sesuatu penyakit hati dan sosial yang perlu dibanteras oleh setiap individu. Ia amat merbahaya dan boleh membawa implikasi buruk terhadap kehidupan individu , masyarakat dan negara. Dalam hal ini, Seorang yang jahil tidak dapat membezakan diantara kebenaran dan kepalsuan, sedangkan kebenaran dan kepalsuan amatlah berbeza. Untuk mengenal sesuatu kebenaran, Seseorang itu mesti mempunyai ilmu dan menghayati kebenaran tersebut.. Begitu juga jika mengetahusesuatu itu palsu (tidak benar) ia mestilah mengetahui apakah ciri-ciri kepalsuan apakah ciri-ciri kesesatan. Dengan cara ini seseorang itu tidak mudah terjerumus dalam kancah kepalsuan dan kesesatan.
Menurut islam, bagi menentukan sesuatu ilmu itu benar atau sesat maka kita hendaklah berpandukan sepenuhnya dengan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Ulama' dan Qiyas, sekiranya sesuatu itu benar bertentangan dengan satu daripada empat-empatnya, maka itu adalah karut dantidak benar. Ini semua memerlukan kepada ilmu. Didalam Al-Quran Allah SWT telah menjelaskan bahawa islam adalah agama yang benar. Ia adalah jalan lurus yang boleh menyampaikan kehidupan kita kepada keredaan-Nya bagi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Mafhum Firman Allah S.W.T
"Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam,Tiada berselisih orang yang telah diberi al-kitab kecuali datang pengetahuan kepada mereka" Surah Ali-'Imran : Ayat 19
Tetapi malang sekali bagi kita yang tidak memiliki Ilmudan tidak memahami isi kandunga Al-Quran, tentulah kebenaran agama Islam yang suci itu tidaklah akan diketahui dan difahami, Jauh sekali untuk menghayatinya malahan boleh menimbulkan rasa ragu-ragu dan hilang keyakinan terhadap kebenaran dan kesuciannya. Apabila hilang keyakinan dan keimanan seorang muslim, sudah tentu iman yang menjadi benteng pertahanan dihati dan jiwanya akan menjadi lemah dan menunggu masa untuk roboh
Mereka mengakui diri mereka islam, tetapi jarang-jarang solat yang telah difardhukan keatas setiap orang muslim. Dengan kata-kata lain mereka melanggar hukum islam dan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh meruntuhkan akhlak. Kejahilan itu menjadikan insan itu bodoh , tidak dapat berfikir menolak segala kebaikkan dan tidak dapt mengenal nilai-nilai kemanusiaan.
Individu dan masyarakat yang jahil tidak mampu untuk menguruskan masalah diri. Apa lagi menentukan perancangan dan pengurusan lain termasuk keluarga, Masyarakat dan negara. Ia tidak akan mengerti tanggungjawab tersebut. Dalam kehidupan bermasyarakat pula kejahilan akan mengakibatkan manusia boleh bertindak tidak waras iaitu mencetuskan suasana yang tidak sihat seperti menipu, membunuh dan fitnah. Semua kelakuan ini akan membawa pergaduhan dan perpecahan dikalangan ummah dan akhirnya siapa yang rugi ?
Mafhum firman Allah S.W.T :
"Telah timbul berbagai kerosakkan dan bala bencana didarat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia: (Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakkan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, Supaya mereka kembali insaf (Surah Ar-Rum : Ayat 41)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan