yang lahir pasti mati (siri Lucu Juha)

Setiap yang lahir mesti mati, betul tak??? kisah kali ni mungkin ada banyak istifadah yang dapat kita ambil, jangan sangka dalam gurauan Juha, tidak mengandungi hikmahnya...

Ade sekali tu Juha meminjam periuk besar dari jiran di sebelah rumahnya, selang beberapa hari Juha pun memulangkan periuk itu kembali berserta satu lagi periuk kecil yang diletakkan didalam pe riuk besar itu. Jiran yang melihat periuk kecil itu pun pelik lalu mengajukan soalan:

Jiran : Periuk kecil ini datang dari mana???
Juha : ooo, periuk kecil ini adalah anak si periuk yang besar ni, periuk inilah yang melahirkannya..
Jiran : ????? tercengang

Tapi dah rezeki di depan mata, jiran tersebut mengambilnya tanpa memikirkan masa depan yang dia akan hadapi bersama Juha yang amat bijaksana, tanpa mengingkari kata-kata Juha yang tidak masuk dek akal itu.

Selang beberapa minggu, sekali lagi Juha meminjam periuk dari jiran tersebut. Jiran itu pun memberi tanpa segan silu, dan merasakan periuk itu boleh beranak lagi. Tetapi hari demi hari, Juha tidak juga memulangkan periuk itu. Jiran yang bengang ini pun pergilah berjumpa dengan Juha.

Jiran : Di manakah periukku yang kau pinjam tempoh hari? Mengapa tidak dipulangkan
lagi kepadaku?
Juha : ooo, periuk kamu itu telah mati.
Jiran : aik, bagaimana periuk boleh mati?
Juha : Senang saja, jika ia boleh beranak, mesti boleh mati, periuk itu mati ketika cuba melahirkan anaknya lagi...
Jiran tersenyap tanpa mampu berkata apa-apa kerana dahulu dia hanya mendengar sahaja apa yang dicakap Juha tanpa menafikannya

Tiada ulasan:

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga