KISAH NABI MUHAMMAD SAW DENGAN KANAK-KANAK

RASULULLAH senang bermain-main (menghibur) dengan anak-anak dan kadang-kala baginda memangku mereka.

Baginda pernah menyuruh Abdullah, Ubaidillah dan anak anak lain untuk berbaris lalu berkata, “siapa terlebih dahulu sampai kepadaku akan ku beri sesuatu (hadiah).Mereka pun berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian anak-anak itu duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi mereka dan memeluknya”.

Ketika Jaafar bin Abu Talib, terbunuh dalam peperangan, Rasulullah, sangat bersedih. Baginda segera datang ke rumah Jaafar dan bertemu isterinya Asma bin Umais yang sedang membuat roti, memandikan anak-anaknya dan memakaikan baju. Baginda berkata, “kemarilah anak-anak Jaafar”, ketika anak-anak itu datang kepadanya, beliau menciuminya sambil menitiskan air mata.

Lalu Asma bertanya kepada baginda mengapa,‘wahai Rasulullah, mengapa anda menangis? Apakah ada berita dukacita tentang suamiku Jaafar dan sahabatnya? ’Baginda menjawab, ‘ya benar, mereka di timpa musibah’. Air mata baginda mengalir deras.

Asma pun menangis sehingga wanita sekeliling rumahnya berkumpul dan mengerumuninya. Kemudian Rasulullah bersabda, ‘janganlah kalian melupakan keluarga Jaafar, buatlah makanan untuk mereka kerana keluarga ini dalam musibah akibat kematian Jaafar’.

Al-Aqraa bin Harits melihat Rasulullah mencium Al-Hasan lalu berkata,”wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka”. Rasulullah bersabda, “aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila ALLAH mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa tidak memiliki rasa kasih sayang, nescaya dia tidak akan disayangi”.

Seorang anak kecil dibawa kepada Rasulullah untuk didoakan, dimohonkan berakah dan diberi nama. Anak-anak tersebut dipangku oleh baginda. Tiba-tiba anak itu kencing, lalu orang-orang yang melihatnya berteriak. Baginda berkata, “jangan diputuskan anak yang sedang kencing, biarkanlah dia selesaikan kencingnya”. 

Selepas itu, beliau berdoa dan memberi nama lalu membisiki kepada ibu bapa anak itu supaya tidak menyimpan sangkaan buruk. Ketika pasangan itu berlalu, baginda mencuci sendiri pakaian yang terkena kencing tadi.

Ummu Kholid binti Khoid bin Saad Al- Amawiyah berkata, aku dan ayahku menghadap Rasulullah dan bermain dengan cincin baginda, ayahku memarahiku tetapi Rasullulah berkata, “biarkanlah dia”. Kemudian baginda berkata kepadaku, bermainlah sepuas hatimu, nak!’

Ketika Rasulullah bersolat, baginda meletakkan Umamah binti Zainab di lehernya. Tatkala baginda sujud, Umamah diletakkannya di sebelah apabila baginda kembali berdiri diletakannya semula Ummamah dileher. Umamah adalah anak Abu Ash bin Rabigh bin Abdusysyam.

Tiada ulasan:

Doa Moga Dibinakan Rumah Di Dalam Syurga

Doa Mohon Rezeki dan Ilmu

Hadis Perumpamaan Orang Yang Membaca Al-Quran

Halwa Telinga